Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERKASA BERNIAT JAHAT TERHADAP INKUIRI SUHAKAM

Bersih: Perkasa dakwa Suhakam tidak adil panggil inkuiri

October 13, 2011
KUALA LUMPUR, 13 Okt —
 
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa Suhakam berlaku tidak adil dengan mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan wujud pelanggaran hak asasi dan kekasaran pihak berkuasa ke atas peserta-peserta perhimpunan Bersih 2.0 awal Julai lalu.

Ahli Parlimen itu berkata sebelum Suhakam membuat siasatan awam berkenaan dakwaan pelanggaran hak asasi manusia semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, suruhanjaya tersebut hendaklah menjelaskan apakah menjadi hak asasi manusia bagi mana-mana individu atau mana-mana kumpulan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

“Melayani aduan kumpulan haram yang tidak berdaftar dengan RoS seperti Bersih 2.0, Suhakam dengan sendirinya memberi pengiktirafan (ke atas) kumpulan haram yang lain.

“Ini bertentangan dengan undang-undang negara kita, Malaysia. Hak asasi tidak boleh mengatasi undang-undang negara,” kata beliau (gambar) dalam satu kenyataan SMS hari ini.

Katanya, jika hak asasi mengatasi undang-undang, maka apa perlu “kita ada undang-undang dan Parlimen yang membuat undang-undang.”

“Saya berharap Suhakam yang mempunyai peranan memartabatkan hak asasi juga memahami perkara yang saya bangkit ini dan individu serta rakyat yang tidak suka kepada huru-hara jalanan juga ada hak asasi.

“Hak asasi bukan milik puak Bersih saja. Bagaimana hak rakyat yang benci dengan tindakan Bersih. Mana hak asasi mereka,” kata pemimpin pertubuhan pembela hak orang Melayu ini yang sebelum membantah tindakan Bersih 2.0 mengadakan perhimpunannya.

Suhakam mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunanan kekerasan melampau ketika perhimpunan Bersih 2.0 bermula Selasa lalu.
Ia akan disambung bulan depan.

Siasatan awam itu dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suhakam Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Menurut Suhakam, terma rujukan untuk siasatan awam ialah menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak sebelum dan semasa perhimpunan dan jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, untuk menentukan bagaimana pelanggaran terjadi, apakah arahan pentadbiran dan prosedur, atau aturan yang menyebabkan pelanggaran tersebut; dan individu atau agensi yang bertanggungjawab untuk pelanggaran tersebut.

Selain itu siasatan awam juga akan mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran tersebut tidak akan berulang.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di ibu negara pada awal Julai lalu menuntut pembaharuan pilihan raya.

Perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran polis dan pihak penganjur dan juga peserta perhimpunan mendakwa mereka dikasari polis.
Beberapa hari sebelum perhimpunan 9 Julai, RoS telah mengumumkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.