Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

POLIS BATU API, SUKA PROVOKASI, INI CITE LAMA !

Motivasi berapi-api dari polis untuk himpunan ala-Bersih seterusnya

Bila puak lawan Umno Barisan Nasional (BN) macam bagi dorongan supaya rakyat turun ramai-ramai berhimpun secara aman dalam perhimpunan Bersih 2.0, apa nak hairannya. Umpamanya, apa nak hairan berita Malaysiakini 5/6/11 bertajuk "Mat Sabu: Belum tentu kita menang lagi di Selangor".

Apa nak hairan kalau dengan menakut-nakutkan khalayaknya tentang kekalahan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor, Haji Mohamad Sabu mengerahkan anggota dan pemimpin PAS untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai bagi menyampaikan tuntutan mereka untuk pilihan raya bersih dan adil.

Kalau kita hairan Mat Sabu bagi motivasi sedemikian kepada puak lawan Umno BN, ia macamlah kita hairan anak Orang Putih boleh cakap Orang Putih sedangkan aku yang tua ni pun tergagau-gagau nak cakap Orang Putih. Nak hairan apa, dah dia anak Orang Putih, mesti la dia pandai cakap Orang Putih. Aku walaupun tua, aku Melayu. Nak hairan apa aku tak reti cakap Orang Putih (Nasib baik ada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), boleh jugak anak-anak aku yang sokong PPSMI ni belajar Orang Putih sikit-sikit).

Tetapi yang hairan sampai ternganga aku ni ialah bila apparat Umno BN yang memberi motivasi yang begitu berapi-api supaya rakyat berhimpun beramai-ramai dalam perhimpunan ala perhimpunan Bersih sama ada sebelum atau terutamanya selepas Umno BN menang dengan cara pembohong dalam pilihan raya akan datang.

Berita Malaysiakini 13/10/11 bertajuk "MyKad scam: Foreigners at resort for business course" melaporkan:
The foreigners at a Bangi resort charged by PAS to be candidates for citizenship were actually attending an "entrepreneurship course", according to a report in today's Sinar Harian, quoting the Sepang OCPD.

Supt Imran Abdul Rahman said: "The information we received showed that all the foreigners at Desa Pinggiran Putra were there to attend an entrepeunership course." (Versi Bahasa Melayu bertajuk "Polis Sepang nafi sindiket IC Desa Pinggiran" manakala berita berkaitan ialah "Mengapa kursus perniagaan untuk buruh ladang asing?".)
Kenyataan Mamat bernama Imran tu hakikatnya adalah motivasi yang begitu berapi-api supaya rakyat berhimpun beramai-ramai dalam perhimpunan ala perhimpunan Bersih sama ada sebelum atau terutamanya selepas Umno BN menang dengan cara pembohong dalam pilihan raya akan datang.

Apa niat Imran tu mana aku tau. Tapi hakikatnya, dia memberikan khidmat dan publisiti yang sangat terpuji untuk meramaikan kehadiran rakyat dalam perhimpunan ala-perhimpunan Bersih yang akan datang. Terima kasih daun keladi, Imran!! Serius ni!!

Berita berkaitan:
Mengapa kursus perniagaan untuk buruh ladang asing?

(Ihsan Malaysiakini 14/10/11): PAS Johor mempersoalkan mengenai "layanan kelas pertama" kepada sekumpulan pekerja asing untuk menghadiri "kursus keusahawanan" sedangkan permit kerja pertanian tidak membenarkan mereka menjalankan perniagaan di negara ini.


"Tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan, sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara kita," kata ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

"Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita?

"Sejak bila pulak kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?" kata Suhaizan dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mendakwa, pada peringkat awal, pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri(JPM).

Bagaimanapun, dakwanya, di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju sebuah pusat peranginan di Bangi.

"Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang," tambahnya.

Suhaizan mendakwa, perjanjian dengan pemandu bas ialah perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari Rabu 12 Oktober 2011, yang menurutnya menunjukkan kursus itu adalah selama lima jam - dari 8 pagi hingga 1 tengahari - sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada jam 6 pagi hari yang sama.

"Jika benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM, pergi dan balik dari Johor Bahru ke Putrajaya, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Bahru sahaja.

"Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini," tambahnya. [Baca berita penuh]

Polis Sepang nafi sindiket IC Desa Pinggiran

(Ihsan Malaysiakini 13/10/11): Polis menafikan dakwaan Pemuda PAS bahawa 240 warga asing yang menaiki sepuluh buah bas dari Johor kelmarin, dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapat taraf warganegara yang membolehkan mereka mengundi.


Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu kelmarin, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun beliau berkata, selepas menjalankan siasatan didapati perkara itu tidak benar.

“Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan.

“Mereka (warga asing) bukan dibawa untuk pergi ke JPN seperti yang didakwa oleh pihak terbabit,” katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Melayu itu. [Baca berita penuh]

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.