Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, October 8, 2011


TERBONGKAR ! - Rupanya KJ & Exco Pemuda UMNO Sokong Lynas Dibatalkan ?



Panas: 'Terbongkar', Rupanya Khairy Jamaluddin Dan Juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Sebulat Suara Setuju Kelulusan Projek Lynas Di Batalkan!
Ini satu berita panas dan mengejutkan kami terima. Ia berkaitan dengan isu bantahan rakyat Kuantan terhadap pembinaan kilang memproses rare-earth (nadir bumi) milik Lynas Corporation dari Australia. 

Selama ini ada pihak-pihak tertentu yang menuduh kononnya, isu ini sengaja dimainkan oleh pembangkang bagi tujuan untuk mengalih sokongan rakyat kepada UMNO Barisan Nasional terutamanya menjelang pilihanraya umum akan datang. 

Bantahan yang kian memuncak itu sengaja dijadikan isu politik oleh pihak terbabit yang kononnya mengatakan ia didalangi oleh parti pembangkang. 

Malah, lebih jelek lagi ada juga pemimpin UMNO yang menuduh kononnya hanya orang "Cina" sahaja yang membantah kerana mereka dipengaruhi dengan sentimen "bangsa". Malah, ada pula yang tergamak mengatakan bahawa orang Cina di Kuantan telah "diupah" oleh "orang Cina di Negara China" agak membantah pembinaan kilang tersebut di sini. 

Malah mereka juga menuduh kononnya orang Cina di sini bersekongkol dengan orang Cina di negara China. Alasan ini kerana mereka mendakwa, kerana itulah orang Cina di Kuantan begitu sibuk membantah kilang Lynas didirikan di negara ini. Bukankah tidak masuk akal semua itu. 

Alasan dangkal ini diberikan bagi membuktikan bahawa China cemburu dengan pembinaan kilang rare-earth di negara ini kerana negara itu merupakan pengeluar bahan itu yang utama di dunia pada masa sekarang. 

Jika Lynas membina kilang terbesar di Malaysia, bermakna syarikat terbabit akan mengawal pasaran rare-earth dunia selepas ini. Itulah alasan "daif" yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.