Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SELUDUP DISEL

Kereta isi 1,000 liter diesel untuk seludup

12/10/2011 11:12am

PADANG BESAR – Sebuah stesen minyak di Perlis dipercayai membekalkan 1,000 liter diesel kepada sebuah kereta Proton Wira yang diubah suai sebagai kenderaan pengangkut minyak.

Komander Kawasan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Padang Besar, ASP Noor Janihan Nanyan berkata perkara itu terbongkar apabila pihaknya menumpaskan cubaan menyeludup diesel bersubsidi ke Thailand semalam.

Menurutnya, UPP Padang Besar yang melakukan rondaan mencegah penyeludupan telah terserempak dengan kenderaan itu yang dalam keadaan mencurigakan di kawasan perindustian Padang Besar kira-kira pukul 5.10 petang.

"Setelah menyedari diekori UPP, pemandu kenderaan itu memecut kenderaannya menghala ke pekan Padang Besar tetapi dapat ditahan di Kampung Melayu yang tidak jauh daripada kawasan sempadan,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Noor Janihan berkata hasil pemeriksaan ke atas kenderaan yang cukai jalannya telah tamat tempoh itu, mendapati terdapat tangki minyak tambahan di tempat duduk belakang dan di dalam bonet kenderaan itu yang dipercayai mampu mengisi sehingga 1,000 liter diesel.

Beliau berkata penyeludup itu seorang penduduk tempatan berusia 29 tahun telah ditahan dan kes berkenaan diserah kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan lanjut.

Nilai diesel iaitu ialah RM1,800 sementara dua tangki yang dibina dalam kenderaan itu bernilai RM3,000.

Menurutnya, berdasarkan kenyataan lelaki itu, bekalan diesel bersubsidi itu diperolehi daripada sebuah stesen minyak di Kangar. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.