Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUDAH PECAT BARU NAK MINTA KETERANGAN ? TAHU TAKUT !

UIA: Aziz Bari akan diminta beri penjelasan

October 20, 2011
KUALA LUMPUR, 20 Okt

Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan memberi peluang kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari memberi penjelasan berhubung kenyataannya yang mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Shafaruddin Idris Shah baru-baru ini.

Menurut kenyataan Pejabat Perhubungan Awam UIA hari ini, pihak sekretariat lembaga itu akan menilai secara terperinci sama ada kenyataan Aziz, yang merupakan ahli akademik dan pensyarah universiti berkenaan, bercanggah dengan mana-mana peraturan universiti ataupun sebaliknya.

“Pihak sekretariat sedang mengumpul maklumat lengkap mengenai isu yang dikaitkan dengan Profesor Dr Abdul Aziz Bari,” katanya dipetik Bernama Online.

Sebuah portal berita baru-baru ini menyiarkan kenyataan Abdul Aziz yang mempertikai tindakan Sultan Sharafuddin Idris Shah campur tangan dalam isu pemeriksaan gereja.

Kenyataan itu mendapat kritikan pihak termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyifatkan keengganan Abdul Aziz meminta maaf kepada Sultan Selangor sebagai ‘kurang ajar’.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.