Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIDAK RELEVAN KE ?

Thursday, October 13, 2011

Saksi Kes Liwat 2 - Musa Hassan dikeluarkan dari Senarai.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan sepina Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk tampil sebagai dalam perbicaraan kes liwat, pihak pembelaan hari ini memutuskan untuk tidak memanggil dua lagi saksi.

Dua orang saksi yang dijadualkan dipanggil adalah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Tindakan yang mengejut ini disahkan hari ini oleh peguam Anwar, Sankara Nair.

"Kami telah memaklumkan kepada pihak satu lagi (pendakwaan) berhubung keputusan itu.

"Tidak ada gunanya memanggil kedua-dua mereka kerana mahkamah tidak membenarkan Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk tampil," katanya ketika dihubungi.

Perbicaraan dijadualkan bersambung Isnin ini.

Pada 6 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak sepina yang menuntut pasangan itu untuk hadir sebagai saksi pembelaan.

Ketika membenarkan permohonan Najib dan Rosmah bagi mengketepikan sepina itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, memutuskan mereka adalah tidak relevan dan bukan saksi utama dalam perbicaraan itu.

Sepina meminta perdana menteri tampil itu bertujuan mendapatkan penjelasan berhubung mesyuarat pada 24 Jun 2008, berikutan satu pertemuan yang diaturkan oleh pembantu Najib, Datuk Khairil Annas dengan pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.