Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UNIVERSITY ADA KEPENTINGAN ?

Rektor UIA nafi Aziz Bari tidak dibenar masuk kampus universiti

October 22, 2011
KUALA LUMPUR, 22 OktUniversiti Islam Antarabangsa (UIA) menjelaskan tindakan menggantung tugas pensyarah undang-undang Profesor Dr Abdul Aziz Bari bukanlah hukuman, sebaliknya bagi memastikan siasatan terperinci dapat dijalankan berikutan kenyataan beliau mempertikai titah Sultan Selangor.

Rektor UIAM Profesor Datuk Dr Zaleha Kamaruddin turut menafikan laporan media dan portal berita bahawa Aziz tidak dibenarkan masuk serta berurusan dengan pihak universiti, dan digajinya turut ditahan.

Beliau berkata UIAM tetap membayar gaji Aziz seperti biasa dan pensyarah itu dibenarkan memasuki kawasan universiti untuk berurusan dengan fakulti.

“Saya tahu ada beberapa pihak yang melaporkan di dalam akhbar dan laman web bahawa beliau digantung dan tidak menerima gaji, serta dihalang dari memasuki UIAM. Itu semua tidak benar,” katanya dipetik Bernama Online.

Zaleha berkata Aziz (gambar) digantung selama tujuh hari mulai Rabu lalu dan dalam tempoh itu, pensyarah berkenaan perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIAM berhubung tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lepas.

Beliau berkata jika Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa yang ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIAM untuk dibicarakan.

Zaleha berkata kenyataan Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu.

“UIAM tidak pernah menyekat mana-mana ahli akademik untuk mengeluarkan kenyataan, tetapi kenyataan tersebut mestilah tidak bercanggah dengan kepentingan universiti,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, Aziz belum menjawab surat tunjuk sebab yang diberikan kepadanya Rabu lepas.

Tindakan Aziz mempertikai titah Sultan Selangor dibantah beberapa pihak, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keengganan pensyarah itu meminta maaf sebagai ‘kurang ajar’.

Tindakan UIA ini turut dikecam banyak pihak dengan meminta penggantungan ke atas Aziz ditarik balik.

Sekitar 700 pelajar mengadakan protes di kampus UIA di Gombak semalam. Persatuan Kakitangan Akademik UIA juga membantah tindakan pengurusan UIA.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.