Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DARAH ANAK-ANAK MUDA

Dec 20, 2011

Adam Adli : Mohon Pemuda PAS masuk campur.

Keluarga diugut,Adam Adli sembunyikan diri.

Pulau Pinang, 19 Dis : Situasi terkini seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli yang bertanggungjawab menurunkan bendera Datuk Seri Najib di PWTC kian genting.

Terbaru, setelah menerima ugutan Pemuda UMNO kawasan Petaling Jaya Utara semalam, beberapa rakan beliau telah dibelasah dan dipukul sekumpulan pemuda di sekitar Kuala Lumpur lewat petang semalam.

Menurut sumber, sekumpulan pemuda berkenaan telah mengesan mahasiswa melalui beberapa gambar dan rakaman video ketika himpunan 17 Disember lalu.

Mereka kemudiannya bergegas mendapatkan maklumat dan setelah itu, mereka diberitakan ingin mendapatkan Adam Adli tetapi menemui jalan buntu.

Namun mereka berjaya menemui rakan Adam yang kemudian dipukul hingga menyebabkan beberapa bahagian badannya calar dan luka kecil setelah rakannya menyatakan tidak mengetahui tempat Adam sembunyikan diri.

Laporan polis diberitakan akan dibuat petang hari ini.

PEKIDA datang rumah Adam

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, satu lagi berita mengejutkan telah terjadi semalam, juga mempunyai kaitan dengan kejadian penurunan bendera Datuk Seri Najib Razak di PWTC tempoh hari.

Menurut satu maklumat yang diperoleh, keluarga Adam Adli yang menetap di Pulau Pinang telah dikunjungi sekumpulan pemuda yang memperkenalkan diri mereka sebagai entiti PEKIDA.

Keluarga Adam yang terkejut dengan kedatangan mereka telah menyatakan kepada sumber berkenaan bahawa mereka telah diugut dan diberi amaran.

“Mereka tidak benarkan anak kami (Adam) pulang ke rumah kerana mereka akan memantau sekitar rumah kami.”

“Jika mereka nampak anak kami berada bersama kami, mereka akan lakukan sesuatu. Kami sangat sedih dan mohon semua doakan keselamatan anak kami.”, ujar salah seorang daripada ibubapa Adam yang dipetik sumber berkenaan.

Diberitakan serangan demi serangan juga telah dilakukan blogger dan facebooker terhadap mahasiswa berkenaan namun setelah dianalisis, golongan mahasiswa dan rakyat Malaysia lebih menyatakan sokongan kepada beliau. – GZDaily
[1]
Sebelum memohon bantuan terhadap Pemuda PAS, gua terpaksa stand falsafah dalam kes ini. Ini kerana terdapat sekumpulan Pemuda PAS yang mengecam penghinaan bendera musuh walau bermusuh. Ianya bukan tindakan Islam.

Memang, pada gua mahasiswa itu telah melakukan perkara yang tidak diputuskan oleh BEBAS. Tetapi keadaan sudah pun berlaku. Apa pun falsafahnya, Adam Adli tidak harus menerima hukuman tidak bertamadun seperti mencederakan fizikal.

Dan untuk peringkat [1] ini, gua terpaksa kemukakan gambar ini :

[2]
Selain dari pendekatan PAS sendiri, gua mencadangkan agar Pemuda PAS membawa Adam Adli bersama dalam pertemuan dengan Pemuda UMNO. Adam Adli belum sehebat Mat Sabu atau Ketua Pemuda PAS sendiri yang mempunyai jemaah yang kukuh.

Memang kesal sangat. Tetapi inilah wajah UMNO. Hanya samseng dengan bangsa sendiri dalam masa yang sama claim pejuang bangsa Melayu. Dengan Namawe takut pula.

Sekiranya Pemuda PAS menganbil kira rayuan gua, gua sanggup berhenti kritik lu orang selama setahun. Jangan gelak plak. Gua siyes ni. Gua tak tau apa tawaran gua untuk memohon bantuan Pemuda PAS. Nak guna nama Allah segan plak gua.

Memang Adam Adli bukan adik gua, tapi ini macam tanggungjawab kita la bro.. Nak harapkan PDRM memang payah bro. Ni zaman BN. Terpaksa harapkan Pemuda PAS untuk berdiplomasi.

[3]
Sekiranya Adam Adli diberhentikan UPSI, gua mohon jasa baik MB Selangor untuk menempatkan Adam Adli di Unisel. Atau mengikut pertimbangan yang munasabah kepada kerajaan negeri Selangor. Sekali lagi gua takda tawaran untuk tawar-menawar. Nak gua janji basuh kereta MB Selangor selama seminggu, mesti lu orang gelak. Tapi gua sanggup bai..

Apa pun gua harap perkara ini mendapat pertimbangan, perhatian pihak Pemuda PAS misalnya, AMK misalnya. Sekian, terima kasih.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.