Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MURTAD, MEMURTADKAN ORANG ISLAM SALAH SIAPA ?

JIKA SAYANG KEPADA UMAT ISLAM SUPAYA TIDAK DIMURTADKAN ATAU MEMURTADKAN DIRI KERANA KEJAHILAN MAKA SALAHNYA ADALAH KEPADA PEMIMPIN

Ramai para pemimpin yang bergelar islam merasa sangat dukacita kerana ada organisasi yang ditugaskan untuk memurtadkan umat islam di negara ini, atau ada diantara umat islam sendiri yang memurtadkan diri mereka  kerana kejahilan diri sendiri sebab buta mata luar dan dalam diri  sendiri kerana tiada ilmu akidah
Para pemimpin yang merasa keciwa kerana umat islam yang telah dan akan murtad juga boleh dianggap buta mata hati mereka tentang perbuatan murtad oleh umat islam kerana mereka hanya pandai bercakap tentang murtad tapi sebenarnya mereka tidak menyelidiki sebab-sebab murtad itu berlaku, mereka hanya pandai menyerlahkan diri sahaja seolah-olah merka mahu jadi jagoan yang perlu diperhatikan

Sepatutnya jagoan-jagoan ini meninjau terlebih dahulu apa yang tiada didalam dada umat islam sehinggakan mereka mudah menjadi murtad atau dimurtadkan, sekurang-kurangnya mereka perlu menggesa kerajaan yang memerintah supaya memperkenalkan pelajaran akidah diperkenalkan semula di sekolah-sekolah sehingga keperingkat university, pada saya mereka jangan hanya pandai bercakap tapi tidak pandai mencari puncanya

Mempersalahkan organisasi yang memurtadkan umat islam sahaja menunjukkan kenyataan pimpinan  kononnya sebagai pejuang anti murtad dianggap suatu kenyataan yang bodoh kerana mana-mana organisasi yang bukan islam memang kerja mereka untuk menjahanamkan akidah umat islam, itu memang kerja mereka, sebab itu para pimpinan yang berjiwa islam perlu meninjau kelemahan diri sendiri terlebih dahulu, pakai akal ! jangan pakai otak, ingat ! sesungguhnya kamu itu lemah ! Tapi mahu jadi jagoan !

Cuba fikirkan masak-masak aktiviti Syaitan yang mahu menyesatkan manusia, apa yang kita dapati kebanyakan manusia mempersalahkan kerja syaitan, pada hal kerja Syaitan itu memang mendapat keizinan daripada Tuhan, Tuhan mengizinkan Syaitan menyesatkan manusia, Tuhan juga mengasuh manusia dengan al quran, sesiapa yang berpegang teguh padanya maka tiada kuasa bagi syaitan untuk menyesatkan manusia, ini bererti pertimbangan kuasa Al Quran Vs kuasa Syaitan berlaku yang kemudiannya diakui oleh Syaitan

Kepada pejuang-pejuang kononnya anti murtad, sudahkah kamu menyediakan apa yang sepatutnya dibekalkan kepada umat islam supaya mereka itu kebal akidah untuk menangkis serangan organisasi memurtadkan umat islam ? Jawapannya ialah jika kita perhatikan apa yang berlaku kepada umat islam buat masa muta akhir ini sebenarnya kamu tak berbuat apa-apa tentang umat kebal akidah, mungkin juga kamu sendiripun tidak faham, tapi masih menonjolkan diri sebagai orang pejuang anti murtad










0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.