Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK DE PILIHANRAYA KECIL

ADUN DAP Bukit Gasing Edward Lee meninggalkan dunia

December 20, 2011
 
KUALA LUMPUR, 20 Dis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Bukit Gasing Edward Lee Poh Lin meninggal dunia hari ini, demikian menurut rakan-rakannya.

Ketika memaklumkan perkara itu menerusi mesej Twitter, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, wakil rakyat DAP itu, yang bertarung dengan masalah kanser, meninggal dunia sekitar pukul 4 pagi tadi.

Lee (gambar), 61, berhadapan dengan masalah kanser sejak 2009.
“Saya dimaklumkan bahawa YB Edward Lee (DAP-Bukit Gasing) telah meninggal dunia. (Mendiang) seorang yang baik, saya rakan satu kelas dengan James, anak lelakinya di La Salle,” kata Nik Nazmi yang juga ADUN Seti Setia.

Mendiang dimasukkan ke hospital pada 14 Disember lalu dan sepatutnya dibawa pulang ke rumah hari ini, tetapi telah meninggal dunia, kata seorang rakannya.

Lee, wakil rakyat penggal pertama, juga merupakan anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

Pada pilihan raya umum 2008, beliau menang kerusi Bukit Gasing dengan majoriti 8,812 undi.
“Kami tahu beliau sakit tetapi kematian beliau adalah sesuatu yang mengejutkan,” kata seorang pemimpin DAP kepada The Malaysian Insider.

Mendiang mendirikan rumah tangga dengan Christina Lee dan mempunyai tiga anak lelaki.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.