Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ITULAH PENYAKIT UMNO DARI DULU

PAS tolak pelawaan Najib, dakwa Umno-BN terdesak

April 30, 2011

KUALA LUMPUR, 30 April – Sambil mengucapkan “terima kasih” kepada Datuk Seri Najib Razak, PAS dalam reaksi segera menolak sama sekali pelawaan terbaru Perdana Menteri agar parti Islam itu menyertai Barisan Nasional (BN).

“Terima kasihlah atas jemputan, kami akan tetap setia dengan Pakatan Rakyat dan tidak akan meninggalkan semangat kesetiakawanan yang sudah dibentuk dengan PKR dan DAP,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.

Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, Kuala Terengganu pagi tadi.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, jemputan dibuat Najib di Kuala Terengganu adalah tindakan “terdesak” selepas BN terus gagal memperoleh sokongan masyarakat Cina termasuk ketika pilihan raya negei Sarawak baru-baru ini manakala  gagasan 1 Malaysia digerakkan pentadbiran beliau tidak mendapat sambutan.

“Saya fikir pelawaan ini satu tindakan terdesak kepimpinan Najib. Saya tidak terkejut dengan pelawaan ini,” kata Salahuddin.

Kata beliau, kepimpinan Umno-BN akan menggunakan isu perkauman apabila setiap kali berhadapan dengan persekitaran terdesak sebagaimana dialami sekarang. “Ini bukan kali pertama pelawaan macam ini dibuat... PAS tidak akan terperangkap,” katanya lagi.

Salauddin juga mendakwa pelawaan itu sebagai “terdesak” apabila mengatakan PAS harus meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah memperjuangkan Islam.

Kata beliau, soal PAS harus keluar Pakatan Rakyat hanya kerana kononnya DAP tidak pernah memperjuangkan Islam tidak timbul sama sekali.

Malah kata beliau, DAP juga sudah memberi jaminan bahawa ia akan menghormati perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Misalnya kata beliau, Islam adalah agama rasmi negara dan peruntukan ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dengan Raja-raja Melayu adalah ketua.

“Kita ada Perlembagaan, agama rasmi adalah Islam dengan raja-raja adalah ketua... jadi tak timbul soal ini,” katanya sambil menambah, kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh wakil DAP juga “tidak pernah mengabaikan soal berkaitan dengan Islam... tiada apa-apa masalah.”

“Bagi kami ini bukan satu isu, dan soal ini tidak berbangkit sama sekali,” kata Salahuddin yang turut menyifatkan pelawaan itu sebagai “madu manis yang berbisa.”

Salahuddin juga berkata, beliau yakin yang prinsip dibaw DAP itu akan terus diamalkan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya kelak.

Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.

Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu.
“Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat. “Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka,” kata beliau.

Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu.

Menteri Besar Kelantan itu telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an.

PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib.

PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008.
Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, partinya akan kekal bersama Pakatan Rakyat bagi memastikan proses pembentukan sistem dua parti berjalan dengan baik di negara ini.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Najib sebagai kenyataan yang tidak sihat untuk perkembangan politik di negara ini.

“Suka saya tegaskan sekali lagi, PAS akan tetap komited bersama dengan Pakatan Rakyat bagi memastikan proses pembentukan sistem dua parti berkembang dengan baik di negara ini demi kepentingan masa depan Malaysia,” kata Mustafa dalam kenyataannya hari ini.Bagi Mustafa, kenyataan Najib hanya kenyataan politik.

Menurut Mustafa, mempunyai orang Melayu sepenuhnya di pihak kerajaan manakala pembangkang pula Cina adalah satu ciri-ciri kemusnahan kepada negara yang tercinta ini.
“Jadi PAS tidak akan membiarkan dirinya ke arah itu,” tegas beliau.

PIIII LA TROWONG, ! FATAH SEBAB DIA SUDAH PATAH JIKA TIDAK DIA LANYAK HAMAS !

Kalau Fatah, Hamas Boleh Kenapa Tidak UMNO Pas…


KUALA LUMPUR, 29 April – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan percaya ada cahaya di hujung terowong untuk UMNO dan Pas mencontohi apa yang sudah berlaku antara Fatah dan Hamas apabila kedua-dua pihak ini menamatkan perseteruan berlarutan antara mereka.

“Ada orang bagi tahu Fatah dan Hamas ni macam UMNO dan Pas di Malaysia…saya amat gembira akhirnya Hamas dan Fatah ini boleh mengadakan satu perjanjian perdamaian untuk faedah umat Palestin yang tertindas.

“Adakah umat Islam di negara ini tertindas?  Secara keseluruhannya alhamdullilah tidak ada tetapi umat Melayu masih lagi tertinggal dalam banyak hal”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Justeru beliau tidak faham kenapa UMNO dan Pas tidak boleh duduk semeja untuk berunding bagi faedah orang Melayu secara keseluruhannya.

Ulasan:
UMNO dan PAS tak sama macam Hamas dan Fatah, orang UMNO jahat-jahat belaka, mereka suka inaya orang PAS, Tu pasal PAS tak mahu kawan ngan UMNO , bila UMNO lemah baru dia nak kawan dengan kita, bila UMNO kuat mereka lanyak kita macam tak bernafas, tu la perangai UMNO

MENYEMARAKKAN SEMANGAT PERJUANGAN ? DENGAN MCA PUN KECUT !

KUALA LUMPUR, 29 April – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru ahli-ahli UMNO yang akan memulakan mesyuarat parti peringkat bahagian untuk menggunakan pertemuaan tersebut sebagai platform memantapkan jentera dan menyemarakkan semangat perjuangan.

Katanya, ahli-ahli UMNO perlu mengaplikasikan setiap kesempatan termasuklah pertemuan sesama ahli sebagai satu usaha menterjemahkan kekuatan UMNO dan memperteguh ikatan sesama ahli.

“Ahli-ahli UMNO adalah teras kepada parti yang sentiasa mengaplikasikan matlamat perjuangannya. Oleh itu dalam mesyuarat ini juga, kita perlu selami dan manfaatkan asas-asasnya sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan parti,” katanya kepada UMNO-Online.

Sebanyak 191 bahagian UMNO seluruh negara dijadual melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli parti melalui mesyuarat masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan parti bermula 1 Mei hingga 15 Jun ini.

ROSMAH LAYAK, DIA KERJA KUAT, TAK MACAM ISTERI PM YANG LAIN

Ulang Tahun UMNO Ke 65 Tampil Kelainan, Beri Anugerah Wanita Melayu Terbilang

View Image
KUALA LUMPUR, 29 April – Majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO ke 65 pada 11 Mei ini akan menampilkan satu kelainana apabila Majlis Tertinggi UMNO hari ini bersetuju untuk turut mengurniakan ‘Anugerah Tokoh Melayu Terbilang’ kepada wanita.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia adalah sebagai penghargaan kepada wanita yang banyak menyumbang kepada negara memandangkan sebelum ini anugerah itu hanya dianugerahkan kepada golongan lelaki.

“Pada kali ini kita buat penambahbaikan untuk menghargai peranan wanita. Kita akan beri dua anugerah iaitu satu untuk Tokoh Lelaki Melayu Yang Terbilang dan Tokoh Wanita Melayu Yang Terbilang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini  hari ini.

Bagaimanapun, kata beliau nama-nama tokoh berkenaan akan dirahsiakan sehingga pada malam sambutan berkenaan.

Beliau berkata sambutan itu akan dimulakan dengan solat Maghrib, bacaan tahlil, solat Isyak dan diikuti dengan majlis makan malam, menaikkan bendera dan sebagainya.

Sementara itu pada sidang media yang sama beliau turut memberitahu Majlis Tertinggi itu juga membincangkan mengenai keputusan pilihan raya Sarawak pada 16 April lepas, dari pelbagai aspek yang boleh dijadikan pengajaran terhadap Barisan Nasional (BN).

“Kita lihat dari segi aspek jentera, pentadbiran, aspek isu dan bagaimana kita tangani isu daripada kesan pilihan raya itu. Kita baca dari semua sudut,” katanya.

Najib berkata tujuan beliau dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turun ke Sarawak pada pilihan raya negeri itu adalah semata-mata untuk membantu supaya BN Sarawak mencapai kemenangan.

Ditanya sama ada pilihan raya Sarawak sebagai persediaan BN menghadapi pilihan raya umum ke-13, Najib berkata proses persediaan itu berterusan.

“Jadi apa yang kita buat itu (persediaan) adalah untuk mengukuhkan lagi UMNO sebagai sebuah organisasi sama ada untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang mahupun UMNO itu sendiri sebagai sebuah parti politik yang perlu melalui proses perubahan…transformasi politik itu merupakan satu agenda yang sedang kita perjuangkan,” katanya

APA RAMALAN PAK KARAMU ?

RAMALAN PAK KARAMU ANUAR IBRAHIM AKAN MASUK PENJARA, MAKA TINGGALLAH DIA DISANA BUAT KALI KEDUA, KITA TAK TAHU BERAPA LAMA DIA AKAN BERADA DISANA BERGANTUNG KEPADA PEMERINTAHAN DI NEGARA INI, PANDANGAN INI BUKANLAH MENDAHULUI KEPUTUSAN MAHKAMAN AKAN TETAPI RAMALAN DAN GERAK HATI SAHAJA

KEPUTUSAN MAHKAMAH ADALAH BERPANDUKAN UNDANG-UNDANG SEKALIPUN UNDANG-UNDANG ITU BOLEH DITONGGANG TERBALIKKAN IA TETAP UNDANG-UNDANG, SELAGI IA BERADA DIDALAM NEGARA INI IA TETAPLAH MENJADI UNDANG-UNDANG NEGARA DAN PERLU DIPATUHI OLEH PESALAHNYA, JIKA TIDAK MEREKA AKAN TERPAKSA DIPAKSA MENERIMANYA , YOU SUKA ATAU TIDAK YOU KENA TERIMA, JIKA YOU TOLAK MAKA YOU AKAN DITOLAK KEDALAM

SAMA ADA YOU DITUDUH ATAU YOU DI INAYA MAKA YOU AKAN DI HUKUM ATAS KESALAHAN KES YANG HINA YAITU LIWAT, YOU SUKA YOU TERIMA YOU TAK SUKA JUGA YOU KENA TERIMA, YOU BETUL YOU AKAN MASUK PENJARA, YOU TAK BETUL JUGA YOU KENA JUGA MASUK PENJARA, SEKARANG YOU NAK BUAT APA LAGI ?

NAJIB JANGAN MAIN WAYANG DENGAN PAS, PERIKSA DULU APA PENYAKIT YANG ADA DALAM UMNO

Najib Pelawa Pas Sertai BN

NAJIB WAJIB TENDANG CINA MCA DARI BN DAHULU SETELAH MCA BANYAK KALI MENGHINA ISLAM KEMUDIAN BARU PEELAWA PAS

View Image
KUALA TERENGGANU, 30 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa PAS untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dalam usaha memperjuangan agenda bangsa, agama dan negara.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. “Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno.

“Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR)”.
Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara. 

Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.
“Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).


“Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah ?,” kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.

Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk “T” atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.

Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.
“Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN,” katanya.

SETIAP LANGKAH KAKI CINA MCA AKAN DIJEJAK

KENYATAAN SOI LEK MERUPAKAN UGUTAN KEPADA UMNO, APA YANG MCA MAHUKAN IALAH SUPAYA UMNO LAMBUNG MCA PADA PRU 13 NANTI - Politik MCA ini sudah ada dalam poket seluar Pak Karamu 

View Image

MCA tolak jawatan Kabinet, Exco jika ‘dikorban’ PRU-13

April 30, 2011
KUALA LUMPUR, 30 April — MCA, komponen kedua terbesar dalam BN, mengambil pendirian tidak akan menerima sebarang jawatan peringkat pusat dan negeri jika calonnya gagal mencapai keputusan terbaik pada pilihan raya umum ke-13, lapor media. 

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, penolakan jawatan tersebut turut melibatkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. 

“Keputusan yang diambil hari ini hanyalah (bermakna) kita tidak akan menerima apa-apa jawatan di peringkat Kabinet dan negeri, bagaimanapun MCA masih tetap kekal sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN). 

“MCA akan terus duduk dan menyokong BN kerana kita masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak khususnya dalam program transformasi ekonomi dan negara,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia. 

“Kami yakin kewibawaan Perdana Menteri selaku pemimpin masyarakat majmuk untuk mencapai gagasan 1Malaysia,” katanya.

Dr Cua berkata, keputusan yang diambil itu secara tidak langsung akan menyuntik semangat kepada seluruh ahli MCA untuk menggandakan usaha bagi meningkatkan sokongan masyarakat Cina menjelang pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. 

“MCA perlu berubah kerana kita kena capai keputusan yang lebih baik daripada pilihan raya umum yang lepas,” ujarnya. 

Dalam pada itu, dipetik Bernama Online, Dr Chua berkata keputusan yang dicapai sebulat suara anggota mesyuarat terbabit tiada kaitan dengan keputusan pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu apabila pengundi Cina lebih memihak kepada pembangkang. 

Pada 8 Mac 2009, MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti terbabit. 

“Oleh kerana kita (MCA) tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Cina maka untuk menghormati masyarakat Cina kita buat keputusan, kita tidak seharusnya memegang jawatan dalam kerajaan pusat, negeri dan pihak berkuasa tempatan,” katanya di Melaka semalam. 

Namun begitu, kata beliau, MCA akan terus menjadi parti komponen BN kerana parti itu masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak khususnya dalam program tranformasi ekonomi dan tranformasi negara. 

“Kami yakin beliau mampu dan mempunyai kewibawaan untuk memimpin masyarakat majmuk untuk mencapai gagasan 1 Malaysia dan berpendapatan tinggi dan mencapai status sebagai sebuah negara maju,” katanya. 

Berhubung soalan sama ada keputusan untuk tidak menerima jawatan itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Dr Chua berkata, perkara itu mungkin dibawa ke mesyuarat agung tahunan MCA pada 2 Oktober ini untuk mendapat perakuan terlebih dahulu.

UMNO bolehlah terima ugutan MCA ini sebab umno hanya bergantung kepada cina MCA yang telah ditumbangkan pada PRU 12 dulu dan sekarang mereka mula bercakap apabila PRU 13 sudah hampir, dan UMNO kenalah layan mereka

TUTUPLAH CERITA SEX, TANGKAP SAJA ANUAR TU KALAU BERANI

JIKA IA BENAR ANUAR MAKA TANGKAPLAH DIA, HUKUMLAH DIA, PENJARAKANLAH DIA, TIDAK SIAPA YANG HAIRAN, ITU ADALAH PERKARA YANG BIASA, NAMUN MENGAPA MASIH TIDAK BERTINDAK ? JIKA DITAKDIRKAN ANUAR IBRAHIM PERLU DI TANGKAP DAN DITUDUH BERZINA MAKA ITU URUSANNYA, YANG JADI MASALAH IALAH MENGAPA HINGGA SEKARANG KERAJAAN MASIH TAK TANGKAP DIA ?

CERITANYA MASIH LAGI MENJADI ISU POLITIK, MENGAPA ?

ANDAINYA DIA AKAN MENERIMA HUKUMAN DALAM KES LIWATNYA  BERTAHUN-TAHUN DIDALAM PENJARA, MAKA DIA MASIH LAGI BOLEH DIKELUARKAN UNTUK PERBICARAAN KES ZINANYA PULA , APA ADA HAL ? SOALNYA SEKARANG ISU ANUAR MEMANG SUDAH JADI HAL IAITU MENGAPA POLIS DAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI MASIH BISU DA KELU ? TANGKAPLAH ANUAR TU SUPAYA  TIDAK ADA YANG MELAKUKAN DOSA KERING

Soi lek adalah ketua cina MCA yang suka putar belit

Hak Melayu: Saya tak sokong tapi cabar PKR, kata Soi Lek

April 30, 2011

KUALA LUMPUR, 30 April — Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menafikan membuat kenyataan dalam siaran YouTube bahawa beliau akan menjadi orang pertama akan mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu berjaya memansuhkan kedudukan keistimewaan orang Melayu. 

“Itu tidak benar. Jawapan saya itu telah diputarbelitkan. Itu kerja parti pembangkang DAP dan sebab itu saya mengatakan parti itu memang pakar dalam hal ini,” katanya dipetik media hari ini. 

Dalam satu mesej menerusi rakaman YouTube baru-baru ini, Dr Chua (gambar) berkata beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika ia sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu. 

“Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR,” kata presiden MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya. 

“Mengapa tidak? Tiada parti politik yang cakap mengenai ini. Jika ya, undi orang Melayu akan pergi. Tiada kaum lain akan membatalkan hak dan keistimewaan mereka,” kata beliau. 

Dalam video bertajuk “Harapan Seharusnya Bersandarkan Realiti-realiti Politik Negara”, bekas menteri kesihatan ini kelihatan mengesyorkan bahawa komuniti Cina seharusnya menerima senario politik semasa  didominasi Umno dan Barisan Nasional (BN). 

Bagaimanapun katanya, janji-janji PR memberi publik satu harapan tetapi itu semua adalah pembohongan. 

“Saya mengakui bahawa kata-kata pembangkang menggambarkan keinginan generasi muda sebab mereka mewujudkan satu bentuk harapan. “Tetapi dalam peredaran masa, rakyat akan melihat ia adalah pembohongan,” katanya.

Dalam penjelasan yang dibuat di Melaka semalam itu, Dr Chua berkata, dalam satu pertemuan dan sesi dialog dengan penyokong laman sosial Facebook di Johor Baru sebelum ini, salah seorang daripada peserta telah bangkit mempersoalkan MCA kerana tidak berusaha untuk memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu. 

“Saya mengatakan perkara itu bukan senang untuk dicapai kerana kita tidak mempunyai majoriti dua pertiga, perkara itu perlu dibawa kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja, perkara ini adalah isu sensitif dan jangan terkeliru dengan putar belit parti pembangkang,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Sebaliknya kata bekas menteri kesihatan ini, beliau telah mencabar PKR bahawa parti itu tidak akan berani menyentuh soal hak keistimewaan orang Melayu kerana kononnya perjuangan mereka adalah untuk mendapatkan hak sama rata semua kaum. 

Beliau menambah, perkara itu dilakukan oleh pembangkang sebagai strategi mereka untuk mengelirukan dan meraih simpati masyarakat Cina kerana melaungkan perjuangan mereka untuk keadilan bagi semua kaum. 

“Cukup jelas jawapan saya telah diputar belit oleh DAP,” kata beliau.

Ulasan
Soi Lek memang bercita-cita nak hapuskan hak istimewa orang-orang melayu akan tetapi menyataannya disandarkan kepada parti DAP pula dan mengaitkannya dengan PKR kerana ia sebenarnya telah terdesak dan kata-katanya telah terlajak, soalnya ialah mengapa isu hak istimewa orang melayu disentuh ?

Soi Lek jangan main wayang, jika saya sebagai Soi Lek maka saya akan suruh cina lain sentuh tentang hak istimewa orang melayu kemudian Soi Lek akan kata" JANGAN ITU SANGAT BAHAYA"    namun itulah hajat Soi Lek yang sebenarnya iaitu menyentuh hak istimewa orang melayu

Soi Lek tahu bahawa dia mesti sentuh benda yang sensitif sebab dia tak suka pada benda yang sensitip yang ada didalam perlembagaan negara dan dia tahu jika dia sentuh perkara itu maka orang lain tak boleh buat apa-apa terutama UMNO sebab itu dia tak marah UMNO tapi dia marah PERKASA dan UTUSAN MALAYSIA namum mca dan Soi Lek jika dia marah pada UTUSAN dan PERKASA sebenarnya dia marah UMNO dan ada UMNO yang telah menyedarai hal ini

Orang UMNO yang lain sama juga seperti MCA yang mana mereka hanya berani dengan PKR akan tetapi tidak berani kepada yang lain, walau apapun MCA jika dia buat kenyataan kerana dia hendak tunjukkan kepada orang cina lain bahawa mereka masih hidup setelah tewas pada PRU 12 yang lalu sebab itu semua kenyataannya adalah untuk mendapatkan perhatian UMNO sahaja bahawa dia masih hidup

PANAS GAK CERITA MUTA AKHIR NIH

AWAS...!!! Seorang Lagi Bakal Mati..?

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang saksi lelaki bagi membantu satu kes siasatannya.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, saksi yang dikehendaki ialah Abd. Rashid Jaafar, 46, dengan nombor kad pengenalan 650316-01-5677 yang beralamat di No 39, Jalan KP 1/2, Taman Kota Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Serdang Selangor dan No. 56 Parit Haji Abd Salam, Batu Pahat Johor.

Sesiapa yang terlihat atau mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Penolong Kanan Penguasa Roslan Deroh di talian +603 8880 0632 begin_of_the_skype_highlighting +603 8880 0632 end_of_the_skype_highlighting atau +6012 427 5673 begin_of_the_skype_highlighting +6012 427 5673 end_of_the_skype_highlighting.
Kalau gua kenal dan tau dekat mana individu dekat atas ni berada sekalipun, gua tak kan sesekali akan maklumkan atau salurkan apa-apa maklumat pada SPRM.

Gua harap, rakyat Malaysia yang lain pun akan berbuat demikian. Kepercayaan gua pada SPRM pada masa ni berada pada tahap -110% (negatif 110 peratus).

Gua tak mahu bersubahat dengan SPRM. Gua tak mahu sesekali menyesal seumur hidup gua kalau di kemudian hari, individu dekat atas ni yang kita tak tau kesalahannya ditemui mati terjatuh dari Pejabat SPRM. Gua tak mau menyesal seumur hidup gua beb.

Walaupun dalam kenyataan SPRM, individu ni cuma dikehendaki untuk "membantu siasatan", gua masih tak dapat jamin keselamatan individu dekat atas ni. Teoh Beng Hock dan jugak Sarbani jugak dipanggil sebagai saksi dan bukannya tertuduh tapi akhirnya 2-2 individu ni mati dalam keadaan tragis... punca kematian..?

"Kematian Mengejut" - Itu hasil siasatan...

Harap tak de siapa-siapa akan bantu SPRM mengesan individu dekat atas ni... kita tak mahu seorang lagi warga Malaysia mati "mengejut".

HANGPA JANGAN BODOH

APA YANG BERLAKU PADA PEMERINTAH HARI INI TENTANG ISU VIDEO LUCAH ITU HANYA KES LOW STANDARD JE, ANUAR NAK KEDALAM KE, NAK KELUAR KE, ITU DIABOLEH TANGGUNG SENDIRI, ISU YANG SEBENAR IALAH KERETAKAN DIANTARA UMNO DAN MCA SAHAJA, JADI ISU ANUAR TU SAJA NAK ALIHKAN PANDANGAN SAHAJA

KITA NAK DENGAR SUARA DARIPADA UTUSAN, UMNO DAN PERKASA, APA PANDANGAN MEREKA TENTANG KEBENCIAN SOI LEK DENGAN HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN MENAFIKAN KETETAPAN PERLEMBAGAAN NEGARA, BAGI PAK KARAMU SOAL HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU PAK KARAMU TAK PERNAH RASAPUN, JADI TIDAK PERNAH TERKILAN JIKA HILANG HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

AHLI UMNOLAH YANG DAPAT HAK ISTIMEWA DARI PEMERINTAH, INI JANGAN NAK NAFIKAN, YANG TAK DAPAT HAK ISTIMEWA MEREKA TIDAK TERASA APA-APA KEHILANGAN HAK ISTIMEWA JADI UMNOLAH YANG SEPATUTNYA MELENTING ! TAPI NAMPAKNYA MEREKAPUN SUNYI DAN SEPI, APA TELOR DAH JUAL SAMA MCA ?

UMNO DAN AHLINYA DAH FAHAM JIKA MCA SENTUH HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU UMNO TAKKAN BERANI BERSUARA SEBAB HANYA MCA YANG DIHARAPKAN SATU-SATUNYA KUMPULAN CINA YANG MENYOKONG MEREKA YANG LAIN MANA LAGI ADA, CUBA TOLONG NAFIKAN ! HMMMM SUDAH SAMPAI PIJAK KEPALAPUN MASINH TATAK APA-APA  " ITU SAYA AKAN NILAI SENDIRI ? "

SOI LEK BODOH, MENGAPA UMNO DIAM ?

Soi Lek Calar Maruah Umno

 SOI LEK CABAR PERLEMBAGAAN NEGARA, MANA UMNO ? MANA PERKASA ? MANA UTUSAN MALAYSIA ? MENGAPA MEMBISU ? DAH MATI PUCUK KE ? MENGAPA BERANI PADA PR SAHAJA AKAN TETAPI KECUT DENGAN MCA ? MAKA CILAKALAH ORANG MELAYU !!!

KUALA LUMPUR, 29 April: Mungkin MCA sudah tiada idea lain yang lebih bernas untuk menarik sokongan masyarakat Cina ekoran kekalahan rakan sekutunya SUPP di Sarawak.
 
Justeru, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi pengakuan akan mengundi PKR jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia.
 
Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berkata mengekalkan hak istimewa orang Melayu yang terangkum dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia telah menjadi persetujuan bersama dalam Pakatan Rakyat (PR) semasa konvensyen di Shah Alam tahun 2009.
 
Tambahnya, tidak mungkin disebabkan seorang tokoh kontroversi Soi Lek maka PR akan berubah sikap.
“Sebagai pemimpin senior dalam Barisan Nasional (BN), Soi Lek sewajarnya mendidik masyarakat memahami mengapa adanya hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia,” katanya.
 
Jelasnya, hak istimewa orang Melayu bukan menjadi halangan orang bukan Melayu untuk hidup selesa di negara ini.
 
Katanya, hak istimewa orang Melayu dilihat tempang kerana pengkhianatan Umno yang berlindung di balik dasar ini untuk mengumpul kekayaan kroni-kroni mereka.
 
“Bermaksud jika tiada penghianatan Umno dan negara diurus dengan adil dan saksama maka hak istimewa orang Melayu tidak menjadi perkara yang dipertikai. Tambahnya, tanpa pengkhianatan Umno, orang Melayu sudah lama maju di negara ini. 
 
“Jika orang Melayu sudah maju dan kedudukan ekonominya sudah seimbang dengan kaum-kaum lain, maka saya percaya orang Melayu sudah tidak perlukan lagi tongkat hak istimewa orang Melayu lagi,” ujarnya  Buat waktu ini, katanya hak istimewa orang Melayu masih diperlukan.
 
Beliau sangat khuatir permainan politik Dr Chua Soi Lek mengenai hak istimewa orang Melayu akan menambah parah lagi salah faham antara kaum dalam negara ini.

Malaysia banyakmazhab, nak buat macam mana ?


http://buletinonline.net/images/stories/berita46/notoeskay&rahim.gif
KEADILAN ingin menjelaskan bahawa isu yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak tentang keperluan Dato Seri Anwar Ibrahim untuk mengangkat sumpah laknat (mubahalah) hendaklah diselesaikan mengikut prinsip dan kaedah syarak.

Cara yang telah disarankan tersebut adalah tidak menepati dengan kaedah syarak yang sebenarnya. Sheikh Yusuf al-Qardhawi, seorang ilmuan ternama dunia yang berautoriti dalam bidang syari’ah menjelaskan bahawa orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti (4 orang saksi yang adil). Ini adalah ketetapan Allah yang tidak boleh dikompromikan dan orang yang tertuduh tidak dituntut untuk bersumpah kerana pada dasarnya setiap manusia itu bersih daripada sebarang tuduhan.

Jika semua kes jenayah mahu diselesaikan dengan amalan bersumpah, maka tidaklah perlu diwujudkan mahkamah, hakim ataupun polis. Semua pelaku jenayah boleh sewenang-wenangnya melepaskan diri mereka dengan hanya melakukan sumpah. Akibatnya sistem kehidupan negara akan menjadi porak puranda.

Namun begitu, inilah yang dilakukan oleh mereka yang tergolong dari kalangan orang-orang munafik. Demikianlah gambaran al-Qur’an:

“Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. “(Al-Munafiqun: 2).

Sifat orang-orang munafiq ini memang pandai berpura-pura, berlakon dan bijak berkata-kata. Namun begitu, mereka sentiasa dihimpit rasa cemas dan gelabah serta bersifat angkuh dan sombong. Ini jelas dinyatakan Allah di dalam ayatnya yang bermaksud:

“Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati oleh tubuh badan mereka (dan kelakuannya) dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan petah sekalipun kosong). (Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (batang buruk hampas dan kosong). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka

Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa danmenyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)? (4) Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.”(Al-Munafiqun:3-5).

Isu yang ditimbulkan sebenarnya adalah sebahagian daripada gerakan fitnah yang dilakukan oleh musuh-musuh politik Dato Seri Anwar Ibrahim sejak 12 tahun yang lalu. Gerakan fitnah yang semakin menggila sekarang ini adalah manifestasi dari mentaliti tertekan dan kecemasan melampau lantaran sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada DSAI dan Pakatan Rakyat sekarang ini.

RASANYA SUMPAH INI TAK SAMPAI KEMANA, SEBAB KEJAHILAN DAN TIDAK DIBUAT DALAM AGAMA

Eskay buat sumpah laknat dengan pakaian kalis peluru

Andainya benar Anuar melakukan maksiat sekalipun maka sumpah ini tidak sampai kemana kerana menggunakan masjid dan quran secara jahiliyah, yang mungkin akan mendapat bala ialah tempat itu sendiri

April 29, 2011
Shazryl Eskay Abdullah (tengah) melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks dengan ditemani Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim (kanan). — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 29 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks — di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang ini — selepas dibatalkan dua jam sebelum itu ekoran kekecohan. “Datuk T” itu menyempurnakan niatnya dengan mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang.

Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dua rakannya itu juga memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang ekoran kekecohanselepas solat Jumaat tadi.

Sebaik sahaja berada dalam ruang solat, ketiga-tiga “Datuk T” menunaikan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat.

Mereka yang turut memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang penyokong Pakatan Rakyat yang turut berada dalam upacara itu tiba di Masjid Amru al-As pada pukul 4.10 petang sebelum meninggalkan masjid kira-kira 4.25 petang, sebaik sahaja upacara itu selesai.

Kesemua mereka bagaimanapun tidak memberikan komen ekoran nasihat polis yang meminta mereka beredar.Sumpah yang dibacakan Shazryl berbunyi:
Suasana ketika mengangkat sumpah laknat oleh Shazryl Eskay Abdullah di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul petang tadi. — Foto oleh Choo Choy May
“A’uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim (diucap tiga kali), Wallahi, Wabillahi, Watallah. Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: ‘A’uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut’.” 
 
“Sekiranya aku berlaku fitnah maka Allah akan melaknat akanku,” 

kata Shazryl ketika melafazkan sumpah laknat itu dengan memegang al-Quran.

Bagaimanapun proses tersebut sedikit terganggung dengan kehadiran seorang individu dipercayai penyokong Pakatan Rakyat yang menyamar sebagai imam masjid. Individu itu meminta agar Shazryl tidak melakukan sumpah laknat itu.

“Proses angkat sumpah ini tiada dalam syariat Islam, apa yang ada proses sumpah yang membabitkan pasangan suami isteri sahaja.

“Jadi proses ini tidak ada dalam syariat Islam, jadi anda pilihlah,” kata individu itu sebelum diminta agar beredar oleh polis.

Sebaik sahaja proses itu selesai, ketiga-tiga “Datuk T” itu bergegas meninggalkan Masjid Amru al-As dengan dikejar penyokong Pakatan Rakyat yang mengecam tindakan itu.

“Tolak, tolak, tolak fitnah... ia satu fitnah... ia fitnah... kenapa tidak dikenakan tindakan qazaf? Kenapa dibenarkan mereka melakukan sumpah laknat?

“Kenapa Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan polis membenarkan perkara ini berlaku? Mengapa melindung orang yang buat fitnah,” kata penyokong Pakatan Rakyat itu dipercayaai ahli PKR.

Bagaimanapun, mereka kemudiannya dibawa keluar dari ruang solat masjid itu oleh anggota polis.

Turut hadir menyaksikan upacara itu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, timbalannya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan naib ketua Azmizam Zaman Huri.

Sepanjang proses itu berjalan, polis mengawal ketat keselamatan kerana dikhuatiri bimbang insiden yang tidak diingini.

Terdahulu, Masjid Amru al-As yang dipilih Shazryl untuk melakukan sumpah laknat, bertukar menjadi kecoh ekoran tindakan sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat membantah tindakan “Datuk T” itu.

Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jawi mengambil tindakan qazaf terhadap “Datuk T” sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.

Bagaimanapun ketika protes itu, dipercayai dilakukan oleh berpuluh-puluh orang, Shazryl tidak berada di masjid tersebut.

TUKAR NAWAITU SUMPAH LAKNAT

Video Sumpah Laknat Eskay..

Ketika menayangkan Video lucah itu kepada umum langsung beliau tidak terfikir akan dosa dan pahala.. tetapi setelah Video lucah tayangannya itu dipertikaikan dan kenyataannya sendiri mula bercanggah beliau memilih untuk melafazkan sumpah laknat untuk mengembalikan keyakinan masyarakat Melayu..
Perlu diakui walaupun Mufti Perak ada berkata “Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah..." buat masyarakat Melayu dari Saluran 1 dan sedikit dari Saluran 2 amat yakin dengannya..

Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk melakukan sumpah laknat.


Mereka juga turut melakukan solat hajat dan berdoa supaya mereka yang membuat fitnah terhadap Anwar.

Selepas masuk melalui pintu belakang masjid, Eskay mengerjakan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat yang berbunyi.

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Sebelum itu, seorang ustaz dipercayai penyokong PKR, menasihatkan Eskay supaya jangan melakukan sumpah laknat tersebut.
 
MUNGKIN NEGARA INI JUGA AKAN MEMBEBAN SAMA KERANA SUMPAH LAKNAT

Sebab ulama mrekapun jahil

Sumpah Eskay: Itu kerja orang jahil, kata bekas Mufti Wilayah

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.

Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang  melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi,

Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.

“Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Bagaimanapun, sumpah li’an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam.

Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar.

Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li’an.

“Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah.

“Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li’an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan.

“Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.

“Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak,” ujar beliau.
Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang ke atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.

“Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

“Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah.

“Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman,” ujarnya.

Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6.

“Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina,” ujarnya.

Video Seks: Polis Terlibat Bersekongkol Dengan Datuk T


Video seks: Polis sekongkol dengan BN, dakwa PKR

PKR mendakwa polis bersekongkol dengan BN berhubung sebuah video seks yang didakwa membabitkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan aksi seks dengan seorang pelacur.

Pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pemimpin parti itu mendakwa polis bertanggungjawab menuduh Anwar sebagai pelaku dalam video seks berkenaan.

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata beliau mendapat aduan seorang pegawai polis yang dikenali sebagai SAC1 Isa Abdul Rahman dari Bukit Aman telah memberi ceramah kepada guru-guru di beberapa sekolah di Kelantan sejak beberapa bulan lalu dan mencemarkan nama baik bapanya itu.

"Saya diberitahu pegawai dari Bukit Aman itu memberitahu guru-guru di Kelantan bahawa Anwar adalah ancaman kepada keselamatan negara dan pelaku video itu adalah Anwar.

Kita mengecam perbuatan ini dilakukan sendiri oleh pegawai tertinggi Bukit Aman," katanya.

Rakan naib presiden PKR Tian Chua juga senada menuduh polis “menari mengikut rentak parti pemerintah”.

Katanya, beliau secara peribadi juga mendapat aduan bahawa pekerja parti berbangsa Melayu PKR telah diberikan 'nasihat mesra' daripada polis.

“Pekerja pilihan raya kami telah dipanggil dan diberi ceramah oleh polis yang berkata Anwar adalah lelaki di dalam video itu dan mereka mempunyai maklumat dalaman.

“Ini bukan kes terpencil. Ramai ahli kami yang berbangsa Melayu dijadikan sasaran untuk diberikan 'nasihat' bahawa Anwar adalah pelakunya. Kata-kata seumpama itu telah banyak dialami oleh ahli PKR,” katanya.

Sementara itu, TV Selangor melaporkan gambar Anwar yang dirakam pada 22 Febuari lalu, jelas membuktikan beliau bukan pelaku dalam video lucah Datuk T yang diambil sehari sebelumnya.

Ketika membandingkan dua gambar itu pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, rambut individu dalam klip video berkenaan lebih nipis jika dibandingkan dengan rambut Anwar yang lebih tebal.

Gambar yang dicetak dari laman web TV Selangor itu menunjukkan rambut ketua pembangkang lebih tebal ketika hadir ke perbicaraannya pada 22 Februari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Saya tidak tahu kalau rambut Datuk Seri Anwar tumbuh dengan cepat," katanya.

Perbezaan dalam dua gambar itu mengukuhkan pendirian kepimpinan parti yang konsisten menyatakan bahawa Anwar difitnah oleh gadingan Datuk T dan juak-juak Umno untuk mendapat sokongan pengundi Melayu.

Datuk T merangkumi ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Mereka menayangkan video itu pada 21 Mac kepada wartawan dan ahli politik terpilih, dengan mendakwa Anwar adalah pelaku dalamnya.

Gandingan itu kemudian mengugut untuk menyebarkan video itu jika Anwar dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak berundur dari politik.

Anwar membuat laporan polis terhadap Datuk T manakala Angkatan Muda Keadilan membuat pertuduhan qazaf terhadap tiga individu itu yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Nik Nazmi berkata penyebaran video itu menerusi Internet dan risalah berbentuk lucah adalah cubaan terdesak Umno-BN yang cuba menjatuhkan maruah Anwar dan keluarganya.

TAK TAHU HUKUM ?

ORANG MELAYU JIKA TIDAK FAHAM HUKUM TAK MENGAPA ! TAPI JIKA ORANG ISLAM TAK TAHU HUKUM LEBIH BAIK JADI BABI
Encik Hasri : 013 - 4450162

Friday, April 29, 2011

Ketua Pembangkang masuk Hospital...

mStar telah melaporkan, Ketua Pembangkang itu telah dikejarkan ke hospital swasta di Butterworth selepas mengadu sesak nafas di rumahnya , awal pagi Khamis..

Bagaimanapun beliau bukanlah Ketua Pembangkang di Parlimen iaitu Anwar Ibrahim tetapi adalah Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, dan jika ditakdirkan beliau meninggal dunia sekalipun tiada PRK akan berlaku ..


Azhar Dimasukkan Ke Hospital
Oleh WINNIE YEOH

GEORGE TOWN: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim yang sepatutnya menghadiri sidang Dewan pada Jumaat selepas digantung enam bulan dimasukkan ke hospital.


Azhar, 65, dikejarkan ke hospital swasta di Butterworth selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Penaga, awal pagi Khamis.

Beliau dipindahkan ke sebuah hospital swasta di sini beberapa jam selepas keadaannya dilaporkan stabil.

Azhar yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi kemudiannya dipindahkan ke wad pesakit biasa.

"Saya mengalami masalah pernafasan dua hari lalu akibat jangkitan di bahagian paru-paru.

"Saya akan menghadiri sidang Dewan bermula Selasa jika doktor mengesahkan kesihatan saya bertambah baik.

"Jika saya masih belum sihat, Dr Hilmi Yahaya (Teluk Bahang) akan mengambil alih tugas selaku Ketua Pembangkang buat sementara waktu," katanya.

Pada Isnin, Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga tetap mempertahankan pendiriannya untuk mengkritik polisi pentadbiran yang diamalkan pemimpin DAP di negeri itu.

Menurutnya, beliau akan terus mengkritik corak pemerintahan kerajaan negeri yang disifatkan sebagai 'politik perkauman ala Ketua Menteri Lim Guan Eng'.

Azhar turut digantung daripada menghadiri sidang Dewan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Pulau Pinang mendapati beliau bersalah kerana mengeluarkan kata berbaur hasutan dalam persidangan pada Mei tahun lalu.

Sumpah Laknat Salah Menurut Hukum Qazaf, Kumpulan Bantah Fitnah Hadir


Kumpulan bantah fitnah hadir sumpah laknat
KUALA LUMPUR, 29 April: Majlis sumpah laknat oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung video seks di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini akan berdepan pihak yang menbantah tindakan itu.

Difahamkan kumpulan peguam syarie akan bertemu Eskey bagi mendesak beliau membatalkan niat bersumpah itu kerana ianya salah menurut hukum qazaf.

Selain itu mereka juga turut akan mengadakan sesi penerangan berhubung perkara itu menurut pandangan syarak kepada orang ramai yang datang menunaikan solat.

Selain itu, penyokong Pakatan Rakyat juga dijangka akan berada di sana bagi mengadakan solat hajat 'menolak fitnah jahat' berhubung video seks yang mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Solat hajat tersebut akan diadakan bahagian belakang dewan masjid, sejurus selesai solat Jumaat.

Eskey dijadual melakukan sumpah laknat bagi mendakwa Anwar adalah pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Beliau bagaimanapun belum dapat dipastikan sama ada dua lagi rakan trio 'Datuk T' itu iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim akan menyertainya.

Media juga hari ini melaporkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberi kebenaran kepada Eskay untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul di sini hari ini.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali dilaporkan berkata, tiada sebarang halangan untuk ahli perniagaan itu untuk berbuat demikian meskipun masjid berkenaan adalah di bawah pentadbiran agensi agama itu.

Bagaimanapun tegas beliau, Jawi tidak mempunyai kaitan dengan sebarang tindakan dan urusan membabitkan upacara sumpah laknat mubahalah tersebut.

JIKA PAKATAN RAKYAT MEMANSUHKAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

http://4.bp.blogspot.com/-WryRyJyClGo/Tbpob96IJdI/AAAAAAAAElo/D5RULM91xi0/s1600/chuasoilek99.jpg
SAYA SANGGUP MENGUNDI PAKATAN RAKYAT DAN SAYA ADALAH ORANG PERTAMA MENGUNDI PAKATAN RAKYAT, KENYATAAN SOI LEK INI SEPATUTNYA DIJAWAB OLEH UMNO DAN PIMPINANNYA, TAPI ORANG UMNO TAK BERANI NAK ULAS SEBAB UMNO SUDAH BERADA DIBAWAH KETIAK MCA

UMNO NAMPAK GARANG HANYA DENGAN ANUAR IBRAHIM DAN KOMPONEN PR TAPI MEREKA TAK BERANI DENGAN MCA, MANA KERIS KONTOT ORANG MELAYU DALAM UMNO ? HAIYYA !!! KALO MACA MAHU TAHU SUARA UMNO LU ORANG KENA DENGAR SUARA PERKASA, ITULAH SUARA UMNO

BELUM ANGKATSUMPAH SUDAH KENA LAKNAT

TERKINI : Video seks: Majlis kecoh, angkat sumpah laknat ‘Datuk T’ batal

Majlis angkat sumpah oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - salah seorang “Datuk T” — dibatalkan saat-saat akhir ekoran bantahan oleh sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat dikepalai ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Pengerusi jawatankuasa Masjid Amru al-As di Bandar Baru Sentul Abdul Razak Hussin mengesahkan majlis itu dibatalkan.

Terdahulu, Masjid Amru al-As yang dipilih Shazryl untuk melakukan sumpah laknat, bertukar menjadi kecoh ekoran tindakan sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat membantah tindakan “Datuk T” itu.

Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil tindakan qazaf terhadap “Datuk T” sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.

Bagaimanapun ketika protes itu, dipercayi dilakukan oleh berpuluh-puluh orang, Shazryl tidak berada di masjid tersebut.

Ketika dihubungi, beliau berkata: “Saya menunggu pengesahan. Akan hubungi balik.”

Semalam, beliau berkata akan menunaikan solat Jumaat bersama dua rakannya dan kemudian menyempurnakan sumpah laknat di masjid itu.

The Malaysian Insider difahamkan ahli perniagaan itu bersolat Jumaat di masjid lain dan sedang dalam perjalanan ke Masjid Amru al-As.

Media lucah: Apa peranan KDN



25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 April: PAS kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar lucah di dalam akhbar mereka.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka.Pada mereka, katanya soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi.

“Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“PAS ingin mengingatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah,” tegasnya.

Katanya, sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah.

Begitu juga, ujarnya berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anwar".

Ini, katanya merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar sedangkan lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya.

“Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan?” tanya beliau lagi.

Ini, katanya sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.

PAS, tambahnya hairan ke mana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja.

“Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan.

“Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno BN sahaja?” soalnya lagi.

Anwar: Saya tak akan tunduk serangan Umno-BN

April 29, 2011
Anwar Ibrahim berkata dalam mana-mana arena politik tidak demokratik, wajah pembangkang yang berwibawa akan diserang dengan teruk. — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 29 April — Musuhnya boleh membawa seberapa banyak video seks atau tuduhan liwat, tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kesemuanya tidak akan memaksa beliau berundur daripada arena politik dan melepaskan tanggungjawabnya sebagai ketua Pakatan Rakyat. 
 
Sebaliknya, pemimpin berusia 63 tahun ini percaya serangan demi serangan yang dibawa Umno terhadap bekas timbalan perdana menteri itu jika dilayan bermakna beliau “tunduk” kepada perancangan berterusan parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini memberitahu The Malaysian Insider, meskipun perikatan tiga parti itu digantikan oleh seorang ketua yang baru, serangan oleh Umno-BN tidak akan dihentikan.

“Dalam pemerintahan diktatorial yang tidak demokratik, mana-mana wajah pembangkang yang berwibawa akan diserang dengan teruk,” katanya lagi.

“Anwar menjadi sasaran, tetapi jika Anwar meninggalkan pentas dan anda mendapat pemimpin baru, maka pemimpin ini akan diserang,” kata beliau dalam temu bual ini yang diadakan kelmarin, sehari sebelum rakaman video seks yang didakwa mirip beliau dimuat naik di laman YouTube.

Dalam temu bual eksklusif ini, Anwar menjelaskan meskipun serangan yang dihadapinya itu sangat “melukai hati” diri beliau dan juga keluarganya, usaha-usaha untuk menamatkan kerjaya politik bukan sesuatu yang baru.

“Ia (satu perbuatan) menghina maruah,” kata bapa kepada enam orang anak dan mempunyai dua cucu ini.

Bagaimanapun beliau menekankan, serangan-serangan itu memperkuatkan azamnya untuk terus menerajui Pakatan Rakyat.

“Jika saya berundur dan melepaskan (jawatan), ini bermakna kita tunduk kepada rekaan (politik) Umno... siapa yang patut menentukan sama ada saya patut berundur atau tidak? Parti-parti Pakatan Rakyat dan pengundi buat keputusan. Saya tidak akan tunduk kepada tekanan ini,” kata Anwar.

Anwar dilihat sebagai pengikat kerjasama dan hubungn komponen Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP, yang ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas pilihan raya umum ke-12.

Beliau berhadapan dengan tuduhan liwat pertama pada 1998 dan yang kedua satu dekad kemudian, di mana sama ada Ketua Umum PKR ini akan dipanggil bela diri atau dibebaskan akan ditentukan 16 Mei ini.

“Saya terus diserang, sejak tuduhan pertama pada 1998... ramai tidak dapat membayangkan yang mereka (Umno-BN) (sanggup) mengambil tindakan macam ini, tetapi ia bukan tuduhan yang baru, bukan?” kata bekas timbalan presiden Umno ini

Anwar berkata, tindakan-tindakan ini, yang beliau sifatkan sebagai terdesak, bertujuan menghentikan usahanya mahu mewujudkan sebuah kerajaan bebas rasuah.

“Sebagai contoh, sebuah pasukan pihak berkuasa berasuah yang cuba mencemarkan anda, menghentikan kempen anda menentang rasuah... adakah anda akan menyerah diri? Itu penekanan saya. Anda perlu ada iltizam dan semangat dalam apa yang anda lakukan,” katanya lagi.

Sehari selepas temu bual ini, rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan Anwar dimuat naik di YouTube, langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.

Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat.
Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu oleh “Datuk T”.

Anwar juga berkata beliau tidak mahu fokus perjalanan politiknya diganggu oleh penyebaran tuduhan video seks yang dipertontonkan pada 21 Mac lalu.

“Saya tidak mahu dialih pandangan dengan pendedahan video, ia didedahkan ketika dekat dengan pilihan raya Sarawak.

“Di Sarawak, saya berkempen selama 13 hari ketika serangan Umno begitu tinggi, menggunakan video... tetapi ia bukan pilihan untuk serah diri sekarang, bukan sekarang,” kata Anwar lagi.“Saya perlu teruskan (perjuangan),” katanya lagi.

Keluarganya menurut Anwar lagi, adalah sumber kekuatan beliau sepanjang berhadapan dengan waktu-waktu yang sukar dan mereka sentiasa menyokongnya dalam keputusan seharian sebagai ahli politik.

“Saya ada keluarga yang hebat dan saya harus ucapkan terima kasih kepada mereka,” katanya lagi.
“Azizah, anak-anak saya... meskipun ketika saya menjadi timbalan perdana menteri, mereka bukan anak timbalan perdana menteri, mereka anak Anwar dan Azizah,” kata beliau dengan senyuman.

Paderi Paul Tan Mengutuk video sex Anuar

PETALING JAYA: Pemimpin Gereja Katolik telah mengutuk satu tayangan klip video seks yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim di TV3.

Paderi Paul Tan, yang juga Presiden Persidangan Paderi Katolik Malaysia, mengecam langkah penayangan itu sebagai satu “penghinaan tidak dapat dimaafkan.”

Semalam, stesen TV kerajaan telah menayangkan satu klip video pendek yang juga disebut sebagai video bahagian kedua yang menunjukkan pertemuan di antara ketua pembangkang dengan seorang pelacur.

“Daripada mula lagi, satu sikap permisif (tidak berakhlak) telah ditunjukkan pihak berkuasa dalam cerita lucah ini,” kata Tan, yang juga Ketua Paderi Melaka-Johor.

“Sekarang kerana sifat tidak berakhlak ini telah menyebabkan berlakunya penghinaan : menayangkan bahan yang keji dan dahsyat di dalam TV awam kepada penonton yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

“Ini ialah satu penghinaan tidak dapat dimaafkan kerana kelemahan pihak berkuasa yang tidak bertindak tegas dalam menghalang benda-benda seperti ini menjadi satu kesalahan serius.

“Tidak ada seorang pun di dalam hatinya yang tidak terdetik merasa kesal terhadap penayangan video tidak berakhlak ini kepada tontonan kanak-kanak” dia menambah.

Tan mendesak pihak berkuasa bertindak dengan pantas dan membawa orang yang melakukan kesalahan menayangkan video seks itu dibawa ke muka pengadilan sebelum “melahirkan lebih banyak kejahatan.”

“Sikap tidak berakhlak ini, menyebabkan terjadinya penyumbang kepada perbuatan-perbuatan tidak bermoral yang dapat kita lihat hari ini.

“Penguatkuasa undang-undang dan moral tidak boleh memandang ringan terhadap kejahatan biadab ini. Mereka mesti bertindak atau masyarakat akan menanggung risiko yang serius,” dia mengingatkan.

Tayangan video seks bahagian kedua telah dikeluarkan walaupun video bahagian pertama masih dibincangkan, yang telah dikeluarkankan bulan lepas.

Anwar, yang sedang menghadapi satu pertuduhan liwat, telah menolak video itu sebagai satu lagi cubaan oleh pesaing-pesaing politiknya menghina dirinya.

Isterinya yang juga Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail juga telah menafikan suaminya adalah lelaki di dalam video itu.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.