Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO TERKANTOI .......

|



Alamak, kantoi besar beb” ujar Khairi A/L Jalaludin sambil memendekkan lehernya yang sudah sedia kontot apabila akaun facebook dan emailnya berjaya digodam. Khairi A/L Jalaludin merupakan Pegawai Atase Pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah yang bachin bau badannya jika dihampiri. 

Walaupun dahulunya hanya sebagai guru jaqaf yang tidak pandai berbahasa Arab, Khairi A/L Jalaludin berjaya mendapatkan jawatan pegawai pendidikan di bawah kedutaan Malaysia di Mesir atas tiket politik UMPORNO.

Walau bagaimanapun beliau tetap merasa kacak berbanding manusia lain. Tidak hairanlah jika dilihat Khairi tidak pandai mengurus tugas sebagai pegawai bahkan lebih sinonim dengan gelaran pegawai fb. 23 jam berfb. 

1 jam berbaki untuk makan sambil buang air. Bayangkan betapa kuatnya dia bermain fb sehingga mempunyai 5 akaun fb. Mengalahkan Dafi pulak. Kadang-kadang didapati status fbnya macam budak terencat akal yang gelap kulitnya dan pendek ukurannya.

Terkini akaun fb dan emailnya berjaya digodam oleh hackers luar negara. Terbongkarlah segunung perancangan underground kelab UMPORNO luar negara. Terlalu banyak rahsia yang terbongkar. Antaranya ialah:

1- Laporan Kelab UMNO Mesir. Mengemis peruntukan sebanyak RM100k kepada kerajaan Malaysia. Turut menyenaraikan pegawai-pegawai yang dituduh oleh mereka sebagai tidak mesra dengan UMPORNO di Mesir.

Mereka yang dimaksudkan ialah Shaiful Anuar (pemangku duta), Saharudin hasan (menteri penasihat kedutaan), Mohd Hazam (pegawai JPA), Ishak Osman (Pengarah Mara Mesir) dll. Ish ish ish, kasihan mereka. Penat-penat lawan pelajar tapi masih lagi tidak diiktiraf sebagai pencacai UMPORNO yang mithali. 

Dahlah pahala tak dapat, reputasi depan pig boss amat teruk sekali. UMPORNO Mesir menuntut agar dato duta dipilih di kalangan orang yang jelas dengan ideologi UMPORNO supaya operasi mereka disokong penuh. Buktinya, dihantar Fakerudin yang gagap lagi bengap untuk menjawat jawatan dato’ duta. 

Mereka turut menyenaraikan pertubuhan ISMA sebagai pihak yang boleh dimanipulasi untuk meruntuhkan PMRAM. Tidak hairanlah selama ini ISMA dilihat membisu dalam isu mempertahankan hak mahasiswa. Laporan disediakan oleh Khairi A/L Jalaludin.

2 - Laporan Isu Mahasiswa Mesir. Menyenaraikan nama-nama pelajar yang dirasakan oleh mereka amat merbahaya yang berperanan menyebarkan ideologi PAS di Mesir. UMPORNO Mesir cukup takut dengan program usrah yang dijalankan oleh PMRAM. 

UMPORNO juga menuduh siswi yang berpurdah sebagai jumud. Padahal mereka cukup geram dan merenyam kepingin melihat wajah-wajah siswi yang muda bergetah. Jahatnya nyewww...Di dalam laporan tersebut, dikodkan senarai warna bagi persatuan-persatuan di Mesir. 

PMRAM & cawangannya = hitam (memang takde harapan, PAS solid). Persatuan Perubatan = kelabu ke hitam (hampir takde harapan gak). ISMA = kelabu ke putih (eh, ngo kelakar yg ‘bermanhaj ikhwan’ boleh jadi kawan UMPORNO?uhuhu). SUARA = hitam. UMPORNO = seputih salju (tapi Khairi tetap hitam macam bontot kuali). Laporan disediakan oleh Khairi A/L Jalaludin.

3 - Laporan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri menuduh siswa/wi Mesir terlibat dengan militan. Mereka menyenaraikan bukti bodoh. Antaranya kerana siswa/wi suka bercakap mengenai jihad dan syahid. Siswa/wi suka berusrah. Siswa/wi cakna isu Palestin. Kalau tengok laporan ini ibarat membaca tulisan orang bukan Islam pula. Laporan disediakan oleh Khairi A/L Jalaludin.

Banyak lagi perancangan tersusun UMPORNO Mesir yang akan terbongkar dengan sendirinya. Yang anehnya di kalangan mereka sendiri berlaku keretakan. Kadang-kadang kes berebut adik angkat, ada juga kerana kes berebut hasil upah. 

Di dalam mesej fb, pegawai melaka yang bernama Anuar Idris mengecam dato’ duta Fakerudin sebagai lelaki hodoh yang amat bodoh bertindak. 

Dia mempertikaikan kewajaran orang tua itu membuka perbincangan mengenai operasi Kelab UMPORNO di dalam mesyuarat rasmi sesama pegawai.

Maklumat yang sampai dari pegawai-pegawai kedutaan haluan kiri, mereka sudah sememangnya amat meluat dengan Khairi, Anuar Idris dan Zulkifli Din.

Setelah siri-siri pendedahan rahsia UMPORNO, mereka yang terlibat tidak berani keluar rumah. Bahkan dilaporkan A. Galak versi Mesir (Anuar Idris tidak keluar-keluar dari kediamannya di Rumah Melaka.

UMPORNO perlu bermuhasabah, mengapa rahsia mereka terbongkar edisi perdana ketika Khairi menjadi pig boss di Mesir? -TKO
 


Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Mayat Ramses II
Posted on Sunday, July 31 @ 23:35:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

 Oleh: zharifjenn
"

Mumia Ramesses II
Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramasses II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan majlis keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Prof. Dr. Maurice Bucaille

Bucaille adalah seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Kesempatan untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun ini di manfaat sepenuhnya oleh Bucaille. Beliau mengerah seluruh tenaga dan pengalamannya untuk membongkar misteri di sebalik kematian raja Mesir kuno itu.

hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu tidak buruk.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang dipercayainya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (tajuk asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.





Kisah Firaun Di Dalam Al-Quran

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan panik kerana sesungguhnya umat Islam telah mengetahui tentang peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga ke hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang berlaku lama dahulu tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggi.

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak 1400 tahun yang lalu.

Sambil mata tidak terlepas dari memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat menyatakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Adakah masuk akal ,di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa? Apakah masuk akal Muhammad mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” kata hatinya sendirian.

Beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya menyatakan Firaun tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah:
“Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. 
(Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)


Penemuan Roda Kereta Firaun di dasar Laut Merah

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami."
(Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan mengkaji seluruh isi al-Quran.


Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.



Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.
 

HEE ! HEE ! BULAN POSA WOIII !

Monday, August 1, 2011

TERGEMPAR : DOKTOR JUMPA OTAK DALAM LUTUT NAJIB..

KUALA LUMPUR : Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, berada di Wad Diraja HKL bagi melawat Perdana Menteri yang sedang menjalani pembedahan lutut.
Lutut Perdana Menteri Malaysia cedera selepas mewakili pasukan harimau malaya menentang singapura minggu lepas yang mencatatkan kekalahan yang memalukan buat perdana menteri itu.
Datin Seri Rosmah ketika di temui wartawan berkata "Saya telah menyediakan bomoh serta pawang yang handal dari siam, namun suami saya tetap berdegil untuk ke hospital juga".- tegas rosmah dengan nada kecewa.
Ketika ditanya mengenai pembedahan tersebut , Doktor memaklumkan bahawa terdapat seketul otak di kepala lutut Najib,Otak tersebut dipercayai telah terjatuh dari tempurung kepala najib terus ke kepala lutut beliau berikutan terlampau memikirkan soal pentadbiran negara.
Otak yang terdapat di lutut itu merupakan kelebihan semulajadi perdana menteri selama ini untuk memerintah negara dan menjadi kebanggaan 13 parti komponen BN termasuk SPR.
Perdana Menteri telah diberikan MC selama 3 hari yang membolehkan beliau Makan tengah hari bersama rosmah di kedai mamak reezal Naina Merican eee Pariah.

-Sumber berita Encik Mate...KAHKAHA

Kerajaan Negeri berjiwa rakyat di bawah pimpinan Pakatan Rakyat telah meluluskan pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah sebanyak 11,596 unit yang sekaligus menyangkal dakwaan yang mengatakan kerajaan negeri pakatan rakyat tidak membina rumah mampu milik kepada rakyatnya.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2008, Kerajaan Negeri telah meluluskan pembinaan 11,596 unit rumah mampu milik yang sekaligus menyangkal kenyataan yang mengatakan bahawa Kerajaan Negeri tidak membina rumah mampu milik kepada rakyatnya. Ini adalah di antara kos rendah (RM42,000) dan kos sederhana rendah (RM72,500) yang diluluskan.

Di bawah Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan Negeri, projek perumahan Kos Rendah dan Sederhana Rendah seperti berikut yang dibangunkan adalah seperti berikut :

Pecahan mengikut daerah bagi projek Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :
Pecahan mengikut daerah bagi projek Agensi Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :
Pecahan mengikut daerah bagi projek Swasta adalah seperti berikut :
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk membangunkan semula beberapa projek perumahan yang akan melibatkan sebanyak lebih kurang 992 buah rumah kos rendah dan 192 buah rumah kos sederhana rendah.

SAMPAI AJALNYA


Rakyat Sudah Hilang Kepercayaan Kepada Bn

Posted on Sunday, July 31 @ 19:37:45 PDT by paktam

Oleh Aspan Alias
Isu perkauman elok dihentikan sebelum terlambat.Mengendung isu perkauman tidak http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/04/kubur-umno.jpgberhenti-henti sangat menjemukan kerana rakyat hendak hidup dengan aman dan damai. Isu ini hanya diperbesarkan oleh mereka yang lemah sokongan dan menggunakan isu ini sebagai cara untuk mendapatkan sokongan dari kaumnya sendiri

Isu perkauman hanya permainan politik mereka yang berkuasa dan mereka yang tidak mampu untuk menjadi pemimpin kepada rakyat. Mereka menggunakan isu ini untuk kepentingan peribadi mereka semata-mata.

Mahu tidak mahu kita mesti akui yang semua rakyat ada hak untuk bersuara. Bagi saya kerajaan patut mengambil tindakan dengan undang-undang terhadap sesiapa yang melaungkan sentimen perkauman yang terlalu menebal. Kita terpaksa menerima yang semua kaum adalah rakyat Malaysia. Mereka berhak untuk bersuara tentang nasib masa depan mereka.

Masa depan sesebuah negara itu ditentukan oleh rakyatnya sendiri. Pemimpin tidak boleh menekan dan memaksa sesiapa pun untuk memberikan sokongan secara terus menerus kerana pemimpin itu sendiri telah dipilih oleh rakyat buat satu masa yang ditetapkan dan di negara kita mereka dipilih selama 5 tahun sahaja.

Dalam hal negara kita BN telah diberikan mandat sebegitu lama, tetapi keyakinan rakyat yang berterusan itu telah di salah guna oleh mereka dan mereka sudah menganggap yang hak untuk memerintah itu hanya ada kepada BN semata-mata. Dalam usaha mengekalkan mandat itu BN telah melangkaui batas-batas demokrasi yang sebenarnya.

BN khususnya UMNO tidak lagi percaya kepada sikap toleransi dan etika demokrasi yang sebenarnya dan sikap ini lama kelamaan menjadikan rakyat yang mempunyai walaupun sedikit pemikiran menjadi bosan. Rakyat sudah mula jemu dengan isu-isu yang diketengahkan terhadap parti-parti halal yang juga mempunyai hak untuk menawarkan untuk mendapatkan mandat dari rakyat.

Maka sekarang ini parti-parti yang berteriak tentang isu rasis ini dengan secara beransur-ansur dipinggirkan oleh rakyat berbilang kaum di negara ini. UMNO terutamanya masih dengan retorik usangnya kerana masih bercakap sesama sendiri betapa pentingnya UMNO itu untuk dikekalkan kerana UMNO sahajalah yang boleh menjamin masa depan negara dan orang Melayu.

Tetapi persoalannya benarkah UMNO kini masih relevan sebagai parti yang benar-benar memperjuangkan orang Melayu? Dulu benar yang UMNO merupakan parti kebangsaan yang menjadi payung kepada orang Melayu di samping menjaga kepentingan orang-orang bukan Melayu. Malahan seperti yang saya sebutkan acapkali orang-orang bukan Melayu memang menyokong UMNO itu untuk meningkatkan kedudukan orang Melayu yang akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

Tetapi keyakinan ini sudah hilang samasekali kerana UMNO mengambil sokongan semua pihak ini secara ‘for granted’. Kita telah menjadi kumpulan yang kufur terhadap nikmat yang di dapati melalui sokongan semua kaum ini. Oleh kerana unsur rasuah dan kecenderungan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri untuk mengaut kekayaan sejak 3 dekad yang lalu, UMNO telah beransur-ansur menjadi lemah dan rasuah dalam parti telah menaikan mereka yang lemah kepimpinan untuk menjadi pemimpin dengan wang ringgit hasil dari kekayaan yang di dapati secara ‘ill gotten’ tadi.

Sokongan dari kaum bukan Melayu itu telah menurun kerana UMNO sendiri telah menyalah gunakan sokongan mereka kepada UMNO dengan secara terbuka dan mudah dipandang dan dilihat. Bukan Melayu telah menyaksikan bagaimana UMNO telah mempermainkan orang Melayu sendiri apabila DEB yang sepatutnya tamat tempoh pada tahun 1990 dahulu telah tidak dihiraukan oleh pucuk pimpinan UMNO sendiri dan pada hakikatnya DEB itu telah ditamatkan riwayatnya bertahun-tahun sebelum tempoh berakhirnya dasar itu.

Orang-orang bukan Melayu sendiri melihat hak dan keistimewaan orang Melayu itu telah di salah gunakan kerana diambil kesempatan oleh kroni-kroni pucuk pimpinan di atas nama Bumiputra. Projek-projek ekonomi yang besar-besar dalam jumlah ratusan billion ringgit telah diberikan kepada beberapa orang Melayu dan Bumiputra secara ‘negotiated tender’ dan harganya melambong tinggi dengan menggunakan wang dari cukai yang di kutip dari rakyat. Projek ini kebanyakannya tidak termasuk di dalam rancangan pembangunan 5 tahun yang menjadi amalan kita selama ini.

Semua projek dilaksanakan secara ‘express’ dan rasuah pun mula bermaharajalela tanpa sekatan. Zaman itulah kita melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana Melayu dan Bumiputra baru ini menjadi seperti saudagar minyak Arab yang terbang kesana kemari dengan jet peribadi dan seumpamanya.

Sekarang semua jet-jet tersebut sudah tiada lagi kerana mereka tidak mampu untuk bertahan Kata seorang yang mempunyai jet peribadi dahulu memberitahu saya, “kalau kita membeli jet ianya hanyalah merupakan ‘2 times happiness’ sahaja. Pertamanya semasa mendapat menerima penghantaran jet itu dan yang keduanya semasa jet itu dapat dijual atau ditarik balek (repossess) oleh syarikat kewangan yang memberikan pinjaman itu”. Ada di antara mereka telah jatuh merudum kerana kesilapan memberi mereka menjadi kaya raya secara kilat.

Ratusan billion ringgit keuntungan pembangunan hanya dinikmati oleh segelintiran rakyat yang akhirnya hidup di dalam kufur nikmat yang tidak terperi. Semuanya ini mendapat perhatian rakyat ramai dan mereka sudah tidak lagi yakin dengan jenis pimpinan seperti ini. Sekarang ini pemimpin-pemimpin yang jenis dan kumpulan ini pula yang ingin menyakinkan rakyat tentang transformasi ekonomi dan transformasi politik untuk negara.
Bagaimana rakyat hendak percaya sedangkan projek pertama untuk melaksanakan transformasi ini masih lagi mempunyai unsur-unsur yang tidak menyenangkankan rakyat. Yang dimaksudkan ialah projek raksaksa MRT yang akhirnya akan menelan belanja sebanyak lebih dari 60 billion ringgit melalui syarikat orang berpengaruh secara ‘negotiated’ tender. Ini menyakitkan kepada siapa yang faham sedikit sebanyak tentang apa yang sebenarnya berlaku di dalam kes projek ini.

Projek yang sebesar ini sepatutnya dilakukan dengan ‘tender antarabangsa’ dan tidak terkejut jika ianya dilakukan secara tender ini projek ini akan memakan kos yang kurang dari 30 billion ringgit. Kerajaan tidak boleh menyalahkan rakyat kerana begitu ‘suspicious’ kerana rakyat telah banyak kali terkena dengan projek-projek raksaksa yang telah menelan belanja yang jauh lebih besar dari yang sepatutnya. Rakyat tahu berbillion-billion dari jumlah kos itu merupakan jumlah ‘kick back’ kepada pihak-pihak tertentu.

Alah bisa tegar biasa. Rakyat sudah tidak lagi percaya cara dan kos yang terlibat dalam projek seperti ini merupakan proponent yang tepat dalam projek ini. Perkara-perkara seperti inilah yang menyebabkan terbinanya persepsi yang sangat buruk terhadap kerajaan dan nampaknya kerajaan tetap melakukannya. Tidak ada bayangan yang kerajaan sedar dan mahu berubah Apabila telah ketagih dengan rasuah kegiatan ini memang tidak dapat diubati lagi.

Rakyat berbilang kaum sudah hilang keyakinan terhadap BN khusunya UMNO dan krisis keyakinan seperti ini selalunya akan mendapat hukuman dari rakyat semasa pilihanraya nanti.

Rasuah dan penyalah gunaan kuasa tetap dilakukan, tetapi rakyat tidak dibenarkan bersuara untuk menentangnya. Jika rakyat bersuara ada yang ditangkap dibawah EO pula. Justru kehendak UMNO ialah, ‘biarkan aku rasuah dan kamu mesti terus menyokong aku. Kalau tidak aku akan tangkap kamu dan penjarakan kamu’.

Persoalannya siapa yang hendak mempercayai janji UMNO untuk membela generasi yang akan datang sedangkan generasi sekarang pun sedang menghadapi masalah keji ini? Rakyat nampaknya ingin mencari hala tujuan baru. Mereka sedang beransur-ansur lari dari perjuangan rasis yang dibina oleh UMNO begitu tebal.

Rakyat mahu mencari kerajaan yang mempunyai ‘decency’ yang jelas dan pasti. Itulah sebabnya ramai rakyat termasuk orang Melayu sedang dalam pencarian dan setengahnya sudah pun mengambil keputusan untuk memberikan perhatian terhadap 2 parti, iaitu PAS dan DAP.

PAS merupakan parti yang secara relatifnya lebih bersih dan mempunyai disiplin kepartian yang kuat. DAP pula merupakan parti berbilang kaum yang terbukti mampu mentadbir kerajaan dengan jujur dan mendapat sokongan semua kaum. Di Pulau Pinang, MCA dan Gerakkan sudah menjadi tidak mempunyai pengaruh lagi. UMNO pula sudah menjadi seperti pelesit kehilangan tuan…menyalak kebukit dan lembah kerana sudah hilang segala punca penyelesaiannya.

UMNO di P Pinang sudah hilang segala hidayah dan amat sukar untuk kembali berjiwa dalam masa yang singkat ini. UMNO hanya akan dapat kembali sembuh dari penyakit krisis keyakinan ini jika seluruh pimpinan sekarang mengambil tempat dibelakang dan memberikan kepada orang lain untuk menerajuinya. Kalau masih tidak mahu berkorban maka UMNO akan terkorban. Jangan menyesal dikemudian hari, kerana ia tiada gunanya lagi.

Hanya 3 perkara yang ditolak rakyat dari kerajaan yang memerintah sekarang. Apakah 3 perkara itu?

Pertamanya kerajaan sekarang mesti berjaya untuk menghilangkan persepsi rasuah. Keduanya rakyat menolak sistem pentadbiran ala “police state’ yang sedang berlaku pada hari ini. DAN yang akhir sekali rakyat menolak kerajaan dan UMNO memainkan sentiment rasis yang terlalu menebal sekarang ini.

Tetapi ketiga-tiga elemen inilah yang sudah pasti tidak mampu dilakukan oleh pemerintah pada hari ini

INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUUNN!

Monday, August 1, 2011

Hasnah Haron MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: PENYANYI tahun 60-an yang pernah popular dengan lagu Bersedih, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia kerana barah pangkal rahim kira-kira jam 8 pagi ini di Hospital Sultan Ibrahim Johor Bahru, Johor.

Rakan seangkatannya, Datuk A Rahman Hassan berkata, walaupun pemergian Hasnah sememangnya dijangka, namun beliau dan isterinya yang juga kawan rapat kepada Hasnah, Datin Azizah Mohamad turut bersedih dan merasakan kehilangannya.

"Sebenarnya sudah beberapa hari Hasnah dimasukkan ke hospital, dan kami sedia maklum kerana diberitahu oleh anaknya yang mana Hasnah sudah nazak sejak Subuh semalam. Kami sentiasa berhubung dengan anaknya untuk mengetahui perkembangan mengenai dirinya.


"Dan pagi tadi kami disedarkan dengan berita pemergiannya dan akan dikebumikan di Johor Bahru. Hasnah sudah lama menghidap penyakit barah ini dan keadaannya makin teruk sejak dari awal tahun ini selepas rawatan kimoterapi diberikan. Sebagai kawan yang rapat dengannya, kami ada melawat Hasnah di hospital beberapa kali sebelum pemergiannya.


"Selain itu, pada hujung Mei lalu, kami sempat meluangkan masa makan bersama di Kuala Lumpur dan itulah kali terakhir kami menghabiskan masa bersama, selepas itu kami tidak mempunyai kesempatan sehinggalah hari ini mengetahui berita mengenai pemergiannya," katanya ketika dihubungi.

BERKAT SERAMBI MEKAH

SPRM Sahkan Tiada Rasuah Kaitkan Kerajaan Kelantan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan mengesahkan tiada unsur rasuah dalam isu Bazar Tok Guru selain tidak menerima laporan rasuah daripada mana-mana pihak mengenai isu Ladang Rakyat.

Pengarahnya, Nasaruddin Mohd Noor berkata, pihaknya menjalankan siasatan rapi dan telus terhadap kes terbabit dan menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa SPRM tidak melakukan siasatan.

“Saya ingin ulangi kenyataan sebelum ini bahawa tiada elemen korupsi dalam isu Bazar Tok Guru dan kami menyangkal tidak buat kerja berhubung kes ini. Jika ada rasuah dan penyalahgunaan kuasa kami masuk, tapi setakat ini tidak terima (laporan berasas mengenainya).

“Mengenai isu Ladang Rakyat pula, setakat ini tiada mana-mana pihak yang membuat laporan mengenainya, tetapi kami menjalankan siasatan berdasarkan laporan dalam media dan pemantauan masih dilakukan,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan tugas kepada Pengarah SPRM negeri yang baru, Nor Rasmi Shari, disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Putrajaya, Datuk Sutinah Sutan di Bangunan SPRM, Jalan Sultan Yahya Petra, di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Pengerusi Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (Ombak) yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian, bahawa terdapat pegawai SPRM Kelantan lebih berpihak kepada Pas.

Nasaruddin juga menolak dakwaan pertukarannya ke ibu pejabat sebagai Pengarah Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme disebabkan tekanan pihak tertentu. -SH

PERAK NS AKAN JATUH KETANGAN PR

BULAN PUASA TAK BOLEH BOHONG



Pilihan Raya Olok-Olok: BN Boleh Hilang Perak, Negeri Sembilan

Posted on Sunday, July 31 @ 19:21:59 PDT by paktam

Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, demikian menurut keputusan pilihan raya olok-olok melahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-Gnc6AABsPn1s-Fw8_VWQGk8F3vKMrcQS1bFr01eemH_7RjG7sKpepkFlTGvSmIGFHUmj-aXwOTGvIbCKWDWib-RIkJuntiO-ahSPydV2tmM6Ta5vwxOpLT5LF1_ysZUZcYVY0d3-IJI/s640/teori-domino-pru-13-BN-tumbang.jpginkan parti-parti komponennya meletakkan muka-muka popular yang berpotensi dan memastikan jentera di peringkat akar umbi menjana sokongan pengundi.
Difahamkan pilihan raya latihan yang diadakan baru-baru ini menunjukkan BN boleh kehilangan sehingga 15 daripada 56 kerusi di Johor, dikuasai Pakatan Rakyat (PR).


Persekitaran itu tidak pernah diduga tetapi BN telah hilang enam kerusi di Johor pada pilihan raya umum 2008.
Daripada enam kerusi itu PAS menguasai dua manakala DAP pula empat.
Difahamkan Perlis, di mana BN menguasai 14 daripada 15 kerusi, kemungkinan akan kehilangan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan salah satu daripada tiga bahagian Parlimen di tangan Pakatan Rakyat disebabkan kemarahan penduduk negeri itu mengenai isu Wahabi termasuk tindakan meletakkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dalam senarai pengganas.
“Pilihan raya olok-olok ini menunjukkan banyak kelemahan. Dan, isu Wahabi tidak membantu,” kata satu sumber Umno kepada The Malaysian Insider.
Seorang pemimpin Umno yang semakin meningkat juga memberikan sentimen yang sama sambil menegaskan, BN perlu meletakkan muka-muka baru untuk menyegarkan kedudukan perikatan itu sementara memastikan jentera peringkat bawah peringkat aktif bagi mendapatkan sokongan menyeluruh.
“Masalahnya ialah jentera Umno boleh bekerja jika diberikan motivasi, tetapi ahli parti komponen kelihatan tidak diberikan motivasi,” kata pemimpin Umno itu.
Beliau mendedahkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran tindakan melompat parti melibatkan tiga wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.
Pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menolak laporan The Malaysian Insider bahawa kemenangan hanya boleh dipastikan jika calon yang betul dipilih kali ini.
Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13.
“Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diturunkan,” kata sumber Umno ketika itu.
Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undngan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi.
“Keadaan tidak berubah di Perak dan kini keadaan yang sama wujud di Negeri Sembilan memandangkan pembangkang menjadi semakin kukuh, melihat pada kemungkinan Datuk Seri Mohamad Hasan tidak akan kekal sebagai menteri besar,” kata sumber Umno.
Mohamad disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen.
Kata sumber itu, mereka melobi dengan kuat untuk mendapatkan kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan.
“Tetapi mereka lupa bahawa kemenangan ketika pilihan raya umum 2008 adalah tipis,” katanya lagi.
Di negeri itu, BN menguasai 21 daripada 36 kerusi manakala 15 dimenangi Pakatan Rakyat, yang yakin untuk mengambil alih negeri itu kali ini.
Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS kini menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor selain memperoleh 82 kerusi Parlimen.
Perikatan itu menyasarkan akan memperoleh lebih banyak kerusi kali ini dan mengurangkan lagi majoriti BN pada pilihan raya umum ke-13.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi bayangan bila pilihan raya umum akan diadakan tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberitahu BN agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum dalam waktu terdekat.
Kebanyakan penganalisis dan pemimpin pembangkang menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini tetapi ada juga mengatakan ia kemungkinan diadakan seawal November ini selepas Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen awal 7Oktober dan sebelum perhimpunan agung tahunan Umno.M/Insider


Dr. MAZA: Warkah buat saudaraku anggota polis

Mohd Asri Zainul Abidin | Aug 01, 2011 12:24:57 pm


 
Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka.  Saya harap ia dapat dibaca oleh semua.  Jika ada kebaikan, ambillah darinya.  Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja.  Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan.  Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua.  Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Tugas Mulia

Saudaraku anggota polis,
Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara.  Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.  Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis.  Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis.  Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Saudaraku anggota polis,
Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu "Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran".  Itu moto asal pasukan polis.  Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu "Mencegah Kemungkaran".  Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.  Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):

"Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam.  Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.  Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan.  Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).


Nabi s.a.w pula bersabda:
"Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya" (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).


Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya Kuasa

Saudaraku anggota polis,
Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.  Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.  Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas.  Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,
Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.  Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun.  Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri.  Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada.  Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa.  Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan.  Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.  Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:

"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
 

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain:
"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya).  (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
 

Allah Tidak Lupa


Saudaraku anggota polis,
Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan.  Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.  Namun doanya tetap hidup.  Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.  Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya "apakah salah saya?".  Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Dunia Sementara


Saudaraku anggota polis,
Dunia ini sementara.  Setiap kita akan ada hari akhirnya.  Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.  Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata.  Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya):

"Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)". (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,
Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.  Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu.  Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.  Adil seadil-adilnya.  Bak kata Nabi s.a.w:

"Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga :
"Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).  Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya.  Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

Nasihati Hasan al-Basri

Saudaraku anggota polis,
Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan "atasan".  Maka, mungkin ada yang berkata "kami hanya menjalankan tugas".  Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu "Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata "Umar bin Hubairah:

"Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan.  Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?  Kata Hasan al-Basri: "Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah.  Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai 'Umar bin Hubairah!  Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya.  Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.  Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.

Wahai 'Umar bin Hubairah!  Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.  Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid.  Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta". Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah". (rujukan: Mir at al-Jinan wa ‘Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,
Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah.  Tiada cacatnya menjadi anggota polis.  Saudara bukan musuh rakyat.  Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.  Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan.  Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: "Benar adalah amanah, bohong adalah khianat".  Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang.  Kedamaian jiwa pun menjelang.  Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci.  Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,
Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya.  Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.  Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua.  Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara.  Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah.  Kami akan bersama menyanjungi saudara!  Selamat bertugas!

*Tulisan ini dipetik dari blog Mohd Asri Zainul Abidin (gambar kiri), bekas mufti Perlis.

KU LI DIAM DULU ! HAMPIR PRU 13 BARU BUAT KEJUTAN

Harun Taib: Ku Li ganti Anwar, tak mustahil

OOOOOO ! ULAMA UMNO RUPANYA YANG KAFIRKAN NIK AZIZ

Ahad, 31 Julai 2011

Video : Biadab !!! Ulama Umno Kafirkan Tok Guru Nik Aziz


Siapa yang mengkafirkan siapa sebenarnya ? Video ini dengan jelas menunjukkan ulama Umno terang2 telah mengkafirkan Tok Guru Nik Aziz.

Ceramah yang diadakan di Pengkalan Chepa ini aku tidak begitu pasti tarikhnya,tapi kalau diikutkan pada tarikh video ini dimuat naik ke laman youtube,ceramah ini mungkin diadakan sekitar bulan Jun 2011.

Sebelum ini Umno sering mendedangkan irama bahawa Pas telah mengkafirkan Umno,satu dakwaan tidak pernah dapat mereka buktikan.Melalui rakaman video ini aku ingin membuktikan bahawa ulama Umnolah yang mengkafirkan pemimpin Pas.

Disini aku ingin mencabar pencacai Umno sila kemukakan bukti video bahawa pemimpin Pas pernah mengkafirkan Umno,aku tunggu niii !!!! Jangan hanya pandai menjaja cerita yang tidak pernah berjaya dibuktikan !!! aku cabar !!!!

UMNO IKTIRAF PENTAS KOMINIS ?

Sunday, July 31, 2011


Veteran UMNO Aspan Alias Di Pentas DAP

Blogger, Aspan Alias yang juga seorang ahli veteran UMNO Kuala Pilah sedang berucap di pentas Majlis Makan Malam DAP di Tampin,N.S


Aspan Alias adalah seorang pemerhati politik veteran and blogger terkenal.

PENYAKIT MAT SABU TERKENA NAJIB

PM JALANI PEMBEDAHAN LUTUT DI HKL ESOK( 01/08/2011)

KUALA LUMPUR, 31 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini
mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya esok. 

Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak 

mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada jam 10 malam.
 
Khamis lepas semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas. 

Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani
pembedahan. 

Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir 

bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SALAM RAMADHAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DARI PAK KARAMU

PASAL NAK TEGAKKAN BENANG BASAH, AKHIRNYA SUSAH !

Ahad, 31 Julai 2011

Mengapa Tiba-tiba Mat Sabu Gelakkan Pak Jib..??

Mungkinkah Mat Sabu akan gelakkan Pak Jib,kerana hari tu mereka gelakkan abg mat kata Mat Sabu berpura-pura sakit lutut,bila dah kena operet baru semuanya terdiam.
 
Kini tiba-tiba Pak Najib pulak kena bedah lutut...Kah..kah..kah..Mat Sabu pulak akan gelak dan kata Pak Jib penipu..??Sory la beb..Orang Pas bukan macam itu..Orang sakit kita kena simpati,jangan ikut resam Umno Haprakkk..Orang lain semuanya Menipu yang betul hanyalah mereka sahaja.

Datuk Seri Najib Tun Razak malam Ahad mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya Isnin. 
 Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada jam 10 malam.

Khamis lepas semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas.

Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.

Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990 - mstar

ELOKLAH TANGANI BERSAMA

Kami juga komited tangani isu pengundi hantu sebelum, kata Najib

July 31, 2011
KUALA LUMPUR, 31 Julai — Datuk Seri Najib Razak berkata beliau juga komited untuk menangani isu pengundi hantu menjelang pilihan umum ke-13 — salah satu aspek yang ditekankan oleh pembangkang selama ini.
Tegas Perdana Menteri sistem biometrik yang akan diperkenalkan olehSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menjadi kaedah terbaik mengatasi perkara itu yang sentiasa dibangkitkan oleh pembangkang.

Justeru kata Najib (gambar), pentadbirannya juga mahu memastikan agar transformasi pilihan raya dilakukan SPR.

“Kita komited mahu lakukan transformasi pilihan raya, kita juga mahu tangani isu pengundi hantu.

“Dengan adanya sistem biometrik kita boleh lakukan,” katanya pada majlis perasmian penutup Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia Summit (MSLS) Kelima di sini.

Sebelum ini SPR mengumumkan akan menggunakan sistem biometrik pada pilihan raya namun tidak memberi jaminan ia boleh digunakan pada pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevesan tetap mendesak agar SPR menggunakan dakwat kekal bagi menangani isu pengundi hantu pada pilihan raya umum ke-13.

Dalam ucapan di hadapan kira-kira 1,000 perwakilan mahasiswa, Najib juga menyentuh pentadbiran PAS di Kelantan sambil menegaskan Barisan Nasional (BN) boleh menawan negeri itu pada pilihan raya umum 2004 sekiranya diadakan dengan tidak adil.

Jelas beliau, mudah untuk BN memanipulasikan undi namun tidak mahu berbuat demikian kerana berpegang kepada prinsip pilihan raya bersih dan adil.

“Kerajaan PAS di Kelantan sebelum pilihan raya umum 2004, mereka hanya menang dengan majoriti satu kerusi, jika anda rasa kita boleh manipulasi undi tak mustahil untuk kita dapatkan tiga undi.

“Jika kata SPR tidak telus... tuduh kita manipulasi undi, kita boleh buat tapi kita tidak mahu lakukan,” kata Najib.

Pada pilihan raya umum 2004, daripada 45 kerusi DUN, BN memperoleh 21 kerusi manakala PAS 24 kerusi.

Kerajaan Kelantan yang dipimpin Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mentadbir negeri Cik Siti Wan Kembang itu sejak 21 tahun lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, PAS menang 38 kerusi, PKR satu kerusi dan BN hanya enam kerusi.

Jelas Najib, beliau menghormati amalan demokrasi berparlimen yang diamalkan dalam sistem pentadbiran negara.

Kata beliau, semua calon yang akan bertanding dalam pilihan raya pasti akan bimbang kerana kemenangan bergantung kepada undian rakyat.

“Saya nak tegaskan adakah tiada demokrasi berparlimen di Malaysia? Kita boleh berdebat, bercakap pasal pilihan raya bebas.

“Bila tiba pilihan raya semua orang rasa takut, saya sendiri takut kerana bukan jaminan kita boleh menang, mustahil kita boleh memanipulasikan undi . . . mustahil kita boleh lakukan,” katanya.

Harian malaysia akam muncul esok

Harian Malaysia terbitan bekas wartawan Utusan dilancar esok

July 31, 2011
KUALA LUMPUR, 31 Julai — Akhbar online Harian Malaysia diterajui bekas wartawan kanan Kumpulan Utusan, Mohd Hata Wahari, yang dipecat kerana mengkritik syarikat milik Umno itu, akan muncul secara rasmi esok.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Hata (gambar) berkata, akhbar elektronik dengan slogan “Beretika dan Bertanggungjawab” akan memberi fokus kepada permasalahan rakyat selain membongkarkan setiap isu yang dialami.

Beliau juga berkata akhbar Bahasa Malaysia demi memudahkan informasi disampaikan kepada rakyat.

“Buat masa sekarang, kita memang sudah ada portal Harian Malaysia tapi ia hanya kerangka yang mana ia sudah mula sejak 1 Julai lalu.

“Dan, sekarang kita sedang mengatur akhbar elektronik, yang akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Ogos (esok) bersama dengan portal rasmi kita,” katanya.

“Buat masa ini, kita akan buat akhbar elektronik sebab belum dapat permit untuk cetak akhbar.
“Kita punya berita yang disiarkan nanti adalah secara percuma,” katanya.

Ditanya lebih lanjut mengenai liputan akhbar itu, Hata berkata “seratus peratus adalah tentang masalah rakyat.”

“Kita fokus kepada masalah rakyat, kalau ada politik itu tidak banyak . . . kita nak fokus kepada masalah rakyat di bawah dan kita akan bongkarkannya.

“Kita tahu apa banyak masalah rakyat di luar sana, saya sudah berbelas tahun bekerja dengan Utusan Malaysia dan saya tahu apa yang berlaku,” katanya.

“Media arus perdana tidak telus dan cuba menyembunyikan apa yang berlaku, sebab itu kita mahu membongkar apa yang berlaku di bawah,” katanya yang memegang jawatan sebagai ketua editor.

Beliau juga berkata pihaknya akan membuat liputan di seluruh negara yang mana setiap negeri akan ada seorang wartawan.

Sebarang maklumat atau informasi yang ingin disalurkan boleh terus melawat www.harianmalaysia.my.

Menurut portal rasmi Harian Malaysia, akhbar elektronik itu adalah berbayar dan pembaca dikenakan bayaran RM10 untuk langganan sebulan, RM60 untuk enam bulan dan RM120 untuk setahun.

Bagaimanapun, kata Hata, pembaca boleh akses secara percuma buat sementara waktu.

Turut membanganunkan Harian Malaysia ialah Mohd Laile Wahari selaku Pengarang (Pengurusan) dan Mohd Shawal Wahari yang bertindak selaku Pengarang (Editorial).

Selain itu, penasihat editorial Harian Malaysia membariskan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, pemimpin veteran Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan.

“Kita juga akan meminta mereka untuk menulis dalam Harian Malaysia,” kata Hata.
Harian Malaysia mempunyai beberapa kolum seperti mana yang akhbar-akhbar tempatan lain termasuk politik, berita semasa, pendapat dan kolum, komuniti, wawancara, isu, hiburan dan sukan.

Selain itu, ia juga turut mempunyai satu ruang khas dinamakan “Awang Sulung” yang akan mengulas isu-isu semasa.

NASI SUDAH JADI BUBUR

Saya sebenarnya mahu beri Bersih 2.0 Stadium Shah Alam, kata Najib

July 31, 2011
KUALA LUMPUR, 31 Julai — Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sebenarnya berhasrat mahu menawarkan Stadium Shah Alam kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) untuk berhimpun, namun gabungan 62 badan bukan kerajaan itu memilih Stadium Merdeka sebagai lokasi.

Najib sebelum ini tidak pernah mencadangkan mana-mana lokasi stadium kepada Bersih 2.0, sebaliknya hanya berkata bersedia menawarkan stadium.

Bagaimanapun Bersih 2.0 yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevesan mahu menggunakan Stadium Merdeka bagi menjayakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Namun polis tidak mengeluarkan permit kepada Bersih 2.0.

“Kita mahu ia (perhimpunan) dilakukan ikut saluran yang betul, sebab itu kita tawarkan stadium. Mengapa kita tawarkan stadium? Supaya mereka boleh berucap dan tidak turun ke jalanan kerana tiada sesiapa yang boleh jamin perhimpunan di jalan tidak akan timbulkan apa-apa masalah.

“Kita cadangkan stadium tapi tidak diterima, mereka masih mahu turun ke jalan . . . dalam pemikiran saya, saya mahu berikan Stadium Shah Alam tapi mereka tolak,” kata Najib pada majlis perasmian penutup Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia Summit (MSLS) Kelima di sini.

Jelas beliau, perhimpunan yang dibuat di stadium lebih selamat daripada diadakan di jalan.
“Kalau kita buat (perhimpunan) di jalan siapa yang boleh jamin tiada orang (awam) berada di sana? Siapa dapat jamin tiada masalah yang akan timbul?

“Setiap rakyat Malaysia dilindungi, sebab itu kita mahu ia (Himpunan Bersih 2.0) dibuat di stadium,” katanya di hadapan kira-kira 1,000 perwakilan kalangan mahasiswa.
Himpunan Bersih 2.0 menyaksikan hampir 1,700 peserta telah ditahan termasuk pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat.

Selamat bersemadi dengan tenang

Sunday, July 31, 2011

Sekitar Pengkebumian Sdr ASRI - SELAMAT JALAN SAHABAT

Yb William, Ahli Parlimen Selayang turut menziarahi Asri di Masjid Bt17 Kuang. Solat jenazah dilakukan selepas Asar petang tadi. Arwah Asri merupakan pembantu kepada Ahli Parlimen Selayang.

Ust Badrulamin mengetuai bacaan doa untuk arwah Mohd Asri Ahmad.


Anak bongsu Arwah Asri Ahmad yang bersedih dengan pemergian seorang pejuang, dan bapa yg baik.


Ust Badrulamin bersama orang ramai selepas bacaan doa untuk Arwah Asri.


Tanah Perkuburan Islam Kuang Bt 17, di sinilah tempat rehatnya Arwah Mohd Asri Ahmad, sahabat kita dan pembantu kepada Ahli Parlimen Selayang.

Arwah Mohd Asri Ahmad meninggal dunia selepas alat bantuan pernafasan dibuka oleh pasukan perubatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), di tingkat 5 Hospital Selayang. Arwah merupakan anggota Pemuda PAS Selangor dan PKOM (Skuad Komunikasi Selangor) yang aktif. Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. AMIN.

Ahad, 31 Julai 2011

Tengok nii..Umno Pejuang Bangsa atau Bangsatt..??

Terima kasih Pak Jib,slogan Rakyat didahulukan kini sebenarnya perlu diubah kepada slogan "Rakyat Bukan Melayu didahulukan".Kini seperti sudah menjadi satu trend bagi Pak Jib kemana sahaja beliau pergi akan adalah projek juta-juta dilemparkan kepada kaum cina atau india.

Yang jadi Timbalan Menteri pun,tiba-tiba dah jadi menteri.Jadi menteri ini besar Powernya beb..Dan barang diingat inilah masanya kaum bukan melayu mengugut Pak Jib bagi mendapatkan segala bantuan kerana pRU yang semakin hampir,segala-galanya bisa diatur,cakap saja..Tanah,sekolah,saham,bantuan persekolahan,dan jawatan menteri...

Gua ingat lagiii..masa PR memerintah Perak,apabila Hj Nizar memberi tanah kepada para penduduk cina yang telah menduduki sesuatu tanah hampir tiga puluh tahun lamanya..maka,terjerit-jerit sehingga terkeluar anak lidah dan menjadi meroyan orang Melayu Umno Haprak di Perak,mengatakan HJ Nizar mengadaikan tanah kepada kaum cina,dan menjadi kuda tunggangan DAP.

Kini..mengapa MeLAYU Umno diam seperti cicak berak kapur adanya..Pak Jib menyedari bahawa bukan melayu bisa menjatuhkan BN dalam PRU13 ini,sekiranya tembolok mereka tidak dipenuhi..inilah ketakutan yang semakin terserlah dikalangan pimpinan Umno Haprak ini.Tetapi orang melayu diam membisuuuuuu.....

Orang melayu pun dilihat sudah berani mengugut pulakk.. lalu meminta daripada YB mereka,tetapi kasihan,kerana pemikiran zaman Tun Razak masih lagi diamalkan di Kampung-kampung yang Hardcore Umno,maka pemintaan mereka berlegar sekitar meminta Bangku Dewan dan Khemah,Baju bola dan bolasepak,papan tanda masuk ke kampung,misen rumpun dan gergaji pokok.Ditambah sikit,bantuan membaiki tandas untuk orang miskin.

Inilahlah permintaan yang sekiranya dapat diberikan oleh pimpinan Umno,maka jangan gentarrr beb,Unit Peti Undi kampung tersebut akan berpihak kepada Umno kerana membalas budi dan bantuan yang diberikan.

Maka sampai bila orang melayu hendak di perBanganGkan,bagi gua sampai bila-bila beb..selagi mereka tidak kembali kepada Islam dan meyuburkan kampung mereka dengan program-program kearah menjadikan masyarakat celik agama.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.