Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sumber: Chin Peng kritikal, dirawat di Bangkok

October 01, 2011
Chin Peng dilaporkan berada dalam keadaan tenat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR, 1 Okt — Bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di sebuah hospital di Bangkok. 
 
Chin Peng yang berada dalam buangan di Bangkok dimasukkan ke sebuah hospital utama di ibu negara Thailand itu Rabu lalu. 

Dia genap 87 tahun pada 21 Oktober ini. Difahamkan anggota keluarga dan rakan-rakan karibnya telah diminta mengunjungi pemimpin itu. 

“Dia uzur. Kami difahamkan bahawa doktor telah menghantar mesej kepada keluarganya agar mengunjungi beliau dalam waktu terdekat,” kata sumber risikan dipetik The Star hari ini. 

Difahamkan Chin Peng kerapkali mengunjungi doktor sejak dua bulan lalu. 

Sumber-sumber juga memberitahu bahawa ingatan Chin Peng merosot sejak beberapa lalu. 

Chin Peng atau nama samaran Ong Boon Hua dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal di Sitiawan dan merupakan anak kedua daripada enam beradik. 

Pada 1940, dia diterima untuk menyertai PKM dan ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai setiausaha agungnya.

MINTA PERKASA KACAU LAGI CERAMAH MAT SABU

Saturday, October 1, 2011

AMARAN DARI PERKASA BUAT MAT SABU SEMAKIN LAKU DI NS - CERAMAH 06 OKT DI REMBAU,


Oleh: WFAUZDIN NS
TABIK buat PKR Cabang Rembau serta PAS Rembau kerana menjadi pihak pertama `menongkah arus' selepas PERKASA NS melarang Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS untuk jejakkan kaki ke bumi NS, iaitu bumi milik semua bukan milik mak bapak PERKASA. Mat Sabu akan berceramah di Rembau pada 06 Okt ini nanti, dan `Welcome PERKASA.'

Jika pihak Polis tidak berpolitik, sudah tentu permit akan dikeluarkan dan jika tiada permit pun mungkin program boleh dijalankan juga kerana kita ambil dalil di Bera, Kuala Lipis pada 25 Sept yang lalu sewaktu betina Umi Hafilda berceramah, mencarut dan memaki DS Anwar dalam ceramahnya yang tiada permit. Ketika itu DS Anwar juga sedang berceramah di lokasi bertentangan tetapi ceramah DS Anwar adalah `halal' kerana berpermit. Aku harap undang-undang Polis Pahang sama dengan undang-undang Polis NS.

Marilah kita beramai-ramai hadir di Rembau pada tarikh tersebut untuk menjadi `saksi' bahawasanya ceramah Pakatan Rakyat sentiasa aman jika tiada gangguan dari `hantu bukit'. Biasalah, jika `hantu atau iblis' datang merasuk, sudah tentu ada yang `dirasuk.' Jadi, eloklah `hantu dan iblis' jangan menghampiri program itu nanti.

Syabas sekali lagi kepada Cabang PKR Rembau di bawah Chegu Bard kerana tidak memperdulikan amaran bodoh dari PERKASA NS itu. Jangan pula kerana amaran bodoh itu, maka pihak Polis jadikan dalil untuk mengharamkan ceramah tersebut kerana sememangnya itulah cita-cita PERKASA yang penakut ini untuk menyekat program penerangan dari Mat Sabu, khususnya.

Kita akan buktikan bahawa ceramah akan berjalan dengan baik dan aman KECUALI jika `hantu bukit beras' dari NS muncul. /wfauzdin.blogspot.com

AHMAD DAN PELKON POPULARNYA, Pak Karamu ucakkan Tahniah !

Sabtu, 1 Oktober 2011

Artis "Puji" Tindakan PAS...

Pelakon popular, Zed Zaidi (gambar) mengalu-alukan langkah yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat yang menemui Ahmad Idham Ahmad Nadzri, bagi menyelesaikan kontroversi yang timbul berhubung filem terbaru arahan pengarah itu pada 26 September lalu. 

Menurut beliau, dengan adanya pertemuan seperti itu, golongan artis akan lebih terbimbing dengan baik bagi membolehkan mereka menghasilkan filem-filem lebih bermutu pada masa akan datang.

"Pada saya, langkah yang diambil oleh golongan agama tidak kira sama ada dari PAS dan pertubuhan-pertubuhan lain untuk mendekati artis sememangnya dialu-alukan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dengan adanya langkah seperti itu, katanya, ternyata golongan agama bukan sekadar hanya tahu 'membantai' golongan artis, tetapi turut sama berperanan menyelesaikan masalah yang berlaku berhubung pembikinan dan penerbitan sesebuah filem serta kehidupan golongan artis.
Pengarah Ahmad Idham baru-baru ini diselubungi masalah apabila filem terbaru arahannya, Hantu Bonceng mencetuskan kontroversi disebabkan beberapa adegan di dalamnya didapati menghina Islam.

Filem Hantu Bonceng yang diterbitkan oleh syarikat kepunyaan Ahmad Idham sendiri, Excellent Pictures Sdn Bhd ditayangkan bermula 31 Ogos sehingga 4 September 2011 lalu secara serentak di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Hantu Bonceng dibintangi Mohd Razizan Abd Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai, Zahid Baharudin dan beberapa orang pelakon lain.
Filem ke-23 arahan Ahmad Idham itu merupakan filem komedi dan mengisahkan Amran yang gemar berlumba haram yang tiba-tiba terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa gadis yang memboncengnya.

Sejak itu, gadis yang tidak tenteram itu menghantui Amran dan Amran meminta kekasihnya, Halimaton dan rakannya Kunyit menyempurnakan mayat gadis tersebut.

Namun filem yang menghasilkan kutipan tiket melebihi RM8 juta itu dikecam hebat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana dalam satu adegannya, Zizan jelas menghina Rasulullah saw dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar ... syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu ... syaitan”.

Selain itu turut ditambah dengan adegan mempersendakan azan, memakai baju yang mempunyai tanda salib ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.

Dewan Pemuda PAS Malaysia menerusi Ketuanya, Nasrudin Hassan ketika membuat teguran terhadap filem itu sejak 19 September lalu turut kesal yang teramat sangat dengan kelemahan ketara pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), sehingga membenarkan filem-filem berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan.

20 September lalu, Dewan Pemuda PAS melanjutkan lagi tegurannya kepada pihak penerbit, pengarah dan pelakon filem itu agar menyedari kesalahan tersebut dan mendesak agar penayangan filem itu dihentikan dan jika mahu ditayangkan juga, sekurang-kurang babak mengucap syahadah secara salah itu mesti dipotong untuk tayangan berikutnya.

Bagaimanapun, teguran itu tidak dipedulikan oleh Ahmad Idham, malah beliau dilaporkan menjawabnya dengan nada dan ayat-ayat yang tidak sewajarnya.

Tindakan beliau memaksa Dewan Pemuda PAS Malaysia membuat keputusan untuk mengadakan pertemuan khas dengan pengarah tersebut bagi menjelaskan maksud sebenar teguran itu demi kepentingan Islam, para penonton filem itu dan orang ramai di segenap peringkat pada 26 September lalu.

Pertemuan tersebut diadakan di pejabat Ahmad Idham dan melibatkan Nasrudin bersama beberapa kepimpinan Pemuda PAS Pusat lain serta menghasilkan natijah yang cukup baik.

Menurut Zed, beliau yakin pertemuan seperti itu tidak sia-sia, tetapi pasti terdapat hasil yang baik yang turut membantu Ahmad Idham menyelesaikan masalah yang dialaminya sekarang dan menghasilkan filem yang lebih baik selepas ini.

Beliau yang juga Pemangku Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berkata, golongan artis sememangnya golongan yang berpengaruh dalam masyarakat dan perlu menjalani kehidupan yang baik seperti yang dituntut dalam Islam.

"Jadi golongan artis memang amat perlu didekati oleh golongan agama. Golongan artis perlu dibimbing supaya dapat memainkan peranan yang baik untuk masyarakat.

"Sekiranya golongan artis melakukan kesalahan, mereka perlu ditegur dengan baik, bukan dengan cara mengutuk dan membantai mereka seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak," katanya.

Saturday, October 1, 2011

AKSI BILA TPM SYOK SENDIRI.

Takder maknanyer Rakyat Selangor mahukan Kerajaan yang korup seperti UMNO...
Oct 1, 2011

Dalam banyak2 setan Melayu yang direjam, seltan Johor paling celaka.

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Mula2 gua nak story lu orang 2 cerita. Cerita pertama member sekerja gua. Pak Guard X. Gaji kami guna Bank BSN. Sebab ATM Bank Islam terdekat, maka, dia mengeluarkan duit menggunakan ATM Bank Islam. Tapi Pak Guard X ni keluar duit sikit2. RM10, pastu esok RM10. Lebih kurang macam tu la.

"Abe X... rugi la keluar sikit2 macam ni. Guna ATM lain, dia charge RM1 sekali keluar duit. Kalau 3 kali, dah rugi RM3."


"Biar la.. kawe tak halal duit kawe tu ko dio. Dah kayo nok kayo lagi."


Gua tepuk dahi dalam hati.


Cerita kedua ialah gua keluar minum dengan Pak Guar Y. Di Kubang Kerian. Bila balik menghala ke Pengkalan Chepa, sangkut di traffic light depan HUSM. Di situ ada skrin besar yang menayangkan iklan.


"Tokleh pakai TV ni."


"Apsal plak?"


"Ulang cerita tulo." (Ulang cerita sama).


Gua tepuk dahi dalam hati. Dah nama iklan. Iklan yang dibayar sahaja la ditayangkan.


[2]

Apa yang gua nak sampaikan, itu adalah satu dunia yang wujud. Dunia sektor pekerjaan seperti Pak Guard. X dan Y adalah pengundi BN yang setia. Satu jenis kualiti intelek tertentu. Depan TV3, untuk tajuk isu Lim Guan Eng - Johor, mereka marah LGE. Gua pula berkata begini :


"Kalau ada media, cacing boleh jadi naga. Naga boleh jadi cacaing. 20 tahun BN burukkan Kelantan, sama ada depan rakyat, atau depan pelabur asing, ada lu orang sebagai rakyat Kelantan kisah? Ada sultan Kelantan diheret sama?"


Sebenarnya, LGE cuma bandingkan indeks jenayah Johor dengan Pulau Pinang. Kalau BN bandingkan indeks HIV Kelantan apa cerita pula? Tu pun sebab Hospital Tumpat menjadi pendaftaran pesakit HIV di Malaysia.


[3]

Kemudian gua tengok cerita Hawai Five O. Tiba2 siaran tergendala bila mesin kilang beras sebelah on. Muncul suara dalam TV.


Baka Johor dayus. Jgn kata air, udara dan pulau... Namawe pun xleh settle. Khak ptuih. Dlm byk2 seltan Melayu, setan Johor paling celaka. Yang direjam. 2-3 penggal nanti corak pemerintahan Malaysia berubah. Lu langgar jer setan tu macam lu langgar Hadi.


Namewee pun tak bleh settle? Kah3... dasar baka dayus.




Najib Razak sokong Namewee melalui Majlis Tertinggi UMNO, beb.

INGAT ! ZAMAN INI FITNAH ZAMAN DAN DAJAL AL MASIH

Fitnah Terlampau Video Seks Untuk Burukkan ADUN PR


Susun atur di ruang pejabat DUN Kota Anggerik di Seksyen 9 di sini jauh berbeza dengan klip video lucah di dalam sebuah blog pro-umno bertajuk 'Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam’.

Tinjaun TVSelangor mendapati wanita yang didakwa dalam klip bertarikh 19 September bukan petugas di DUN berkenaan.

Klip video itu menyaksikan seorang wanita bertudung dengan seorang lelaki melakukan perbuatan sumbang kononnya di dalam pejabat Dun Kota Anggerik.

Adun Kota Anggerik Yaacob Sapari menjelaskan hasil siasatan mendapati klip video itu menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat yang jauh berbeza dengan Pusat Khidmat beliau.

"Susun atur dalam video itu sama sekali tidak sama dengan susun atur yang ada dalam pejabat ini, gambar gadis yang ditonjolkan dalam video itu juga tidak sama dengan staf saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika tinjauan TVSelangor di Pejabatnya hari ini. Selain susun atur yang berbeza, klip video jelas tidak berasas kerana terdapat beberapa perkara bercanggah dengan dakwaan blogger itu.

"Jadi saya mengutuk sekeras-kerasnya fitnah lucah ini yang diusahakan oleh mereka, sepatutnya kita bersaing secara sihat dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat, bukannya malakukan aktiviti seperti ini.

"Bagi saya ini bukan serangan kali pertama oleh blogger pro umno terhadap pemimpin pakatan rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim juga dituduh dengan perkara yang lucah sebegini," jelasnya kepada TVSelangor Pembantu Tadbir Pejabat DUN Kota Anggerik, Norlela Idris menafikan sekeras-kerasnya wanita didalam klip itu adalah dirinya kerana pada tarikh berkenaan beliau tiada di pejabat kerana cuti sakit.

"kebetulan pada hari itu saya bercuti kerana sakit, saya ada bukti surat cuti sakit, pada hari itu hanya seorang kakitangan sahaja yang ada di pejabat,"

"Saya juga menafikan sekeras-kerasnya wanita didalam klip itu adalah diri saya kerana saya adalah satu-satunya staf perempuan yang berkhidmat disini, mingkin kerana ingin mengenakan YB (Yaacob), sekaligus cuba mengaitkan stafnya sekali."

Sebelum ini PKR Shah Alam telah membuat laporan polis berhubung perkara ini di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.
30 September 2011

TERKINI - Umno Halang Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di UIA


msj dari Jkk : "PENGUMUMAN RASMI: Dukacita diumumkan program Talk Show Ustaz Azhar Idrus pada malam ini DIPINDAHKAN daripada SHAS Mosque kepada EXPERIMENTAL HALL. Aturcara akan tetap berjalan sepertimana dirancang. Walaubagaimanapun, pihak pimpinan Ma'ruf Club sedang berusaha mengadakan pertemuan dengan Puan Rektor untuk membuat rayuan.

Ustaz Azhar Idrus di halang dari memberi ceramah di UIA sebentar tadi.Anggota JKK KKKKK UIA yang anti dengan ceramah Ustaz mula "hanggin" dan berita ni bersambung sebentar lagi..ikuti maklumat terkini..

Daripada mati sakit jantung, lebih baik mati dibunuh Umno

Sehari dua ni Umno mencipta kemenangan demi kemenangan. Dari isu hudud sampailah isu jenayah yang statistik kata tinggi di Johor. Umno tentu rasa dia macam ketua mafia yang ditakuti di negara ini. Manakan tidak, tindak tanduk pembangkang nampak sangat diagendakan oleh Umno.

Saya bertemu beberapa kawan yang kata tak boleh buat itu dan tak boleh buat ini. Bila ditanya kenapa, depa kata nanti Umno make an issue out of it. Tak pa, saya tak akan mencarut lagi. Tapi nampak sangat pembangkang-pembangkang berjiwa kontot ini terang-terang diagendakan oleh Umno.

Kalau saya jadi Umno, saya akan berlagak sakan sambil bersiul atas jalan.

Dalam isu hudud, apa yang banyak orang mungkin tak nampak ialah demokrasi tak laku seduit pun bila sampai kepada melaksanakan ajaran Islam. Semua pihak, Umno yang menolak hudud kerana hukum Allah itu depa kata tak sesuai, DAP yang berkeras kononnya dengan sekularisme negara dan perlembagaan (sila lihat jawapan Prof Dr Abdul Aziz Bari dalam berita Malaysiakini 29/8/10 "'Karpal's stand on hudud complete nonsense'") dan semuanya tidak mengiktiraf demokrasi apabila sampai kepada bab melaksanakan ajaran Islam.

Kita dah lama lihat perkara itu. Misalnya kemenangan parti FIS di Algeria melalui saluran demokrasi atau pilihan raya tidak diiktiraf oleh Barat yang kononnya menjunjung demokrasi. Begitu juga kemenangan Hamas melalui pilihan raya juga nampak sangat enggan diiktiraf oleh Barat.

Begitu juga di Malaysia, orang yang bercakap macam bagus sangat kononnya menghormati dan menjunjung demokrasi dan hak-hak demokratik orang lain, terang-terang tidak mahu mengiktiraf demokrasi apabila sampai kepada perlaksanaan ajaran Islam. Dalam tulisannya bertajuk "Hudud dan Kelantan" yang disiarkan Malaysiakini 26/9/11 lalu, Dr Abdul Aziz kata:
Kita harus ingat bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi. Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat.
Hampa nampak dak? Demokrasi tak guna seduit pun di sisi Umno, DAP, MCA dan Gerakan bila sampai kepada bab perlaksanaan ajaran Islam.

Kesimpulannya, dalam kes hudud, Umno menang. DAP, MCA dan Gerakan bertepuk tangan kegembiraan. Pada masa yang sama, para pemimpin berjiwa kontot yang diagendakan langkah mereka oleh Umno terus berkeliaran dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Lepas tu bab bendera. Punyalah kecut teloq takut sangat kat Umno, DAP sampai tak tentu arah dan menggantung keahlian Adun Kota Shah Alam, M Manoharan. Umno menang.

Masuk pula bab jenayah di Johor. Macam terbirit-birit merangkak-rangak Lim Guan Eng memohon maaf kepada sultan Johor. Eeeeeee!! Macam hari-hari DAP kecut teloq dan Umno menang. Esok lusa hampa buli lagi DAP tu, Umno oi. Depa mesti kecut teloq punya.

Bila puak Umno kata depa nak serang lagi ceramah Haji Mohamad Sabu, tu menunjukkan dengan jelas depa terasa sangat depa dok menang sakan (lihat berita Malaysiakini 29/9/11 bertajuk "Perkasa ancam lagi protes terhadap Mat Sabu"). Saya menyimpan impian agar orang-orang PAS tidak buat kerja gila lagi bila dah kena carut.

Betul, nasib baik Mat Sabu kata dia tak rasa apa-apa dengan amaran itu. Ada la nampak maruah sikit. Sikit. Tapi, PAS sebagai sebuah organisasi yang saya nampak hanya buat laporan polis ja. Nak tergelak aku tengok! Umno tunjuk bagak, PAS takat buat laporan polis ja.

Saya nampak ramai dalam gambar PAS buat laporan polis tu orang yang dah berumur. Saya tak nak la kata apa-apa. Tetapi, bila tengok Umno bersemangat sakan nak menyerang dan mengganas, dan saya pula dah 53 tahun, sakit jantung pula, dengan merendah diri habis-habisan kepada Allah s.w.t. dan golongan muttaqin, saya habaq kat diri sendiri bahawa, daripada mati sakit jantung, lebih baik mati dibunuh Umno (Gambar di atas ihsan Chegu Bard).

UMNO TAK PERLU SEBUT HUDUD

Kerajaan mahu lihat kesungguhan Pas laksana Hudud

30/09/2011 10:44pm

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Kerajaan kini mahu melihat kesungguhan Pas melaksanakan hukum Hudud di negeri yang ditadbir oleh mereka kerana walaupun nampak tegas, hakikatnya ia masih belum dilaksanakan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata niat melaksanakan Hudud itu sudah lama dicanang oleh parti Pas di negeri di bawah pemerintahan mereka tetapi tiada sebarang perubahan.

"Kita nak tengok serius atau tidak serius mereka ini, sebab cerita Hudud ini bukan cerita baru daripada dulu lagi mereka dah sebut perkara ini tetapi tak menjadi langsung,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato” Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Najib menafikan bahawa beliau ada menyebut soal menghapuskan kuota Bumiputera dalam perniagaan seperti didakwa beberapa blog dan portal berita baru-baru ini.

Sambil menyifatkan kenyataan itu tidak didengari dengan jelas, beliau menegaskan apa yang disebut hanyalah peringatan kepada peniaga bumiputera supaya lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain. 

"Saya kata, jangan terlalu bersandarkan kepada kuota, peniaga Bumiputera mesti lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain, tapi, saya tidak sebut sama sekali kuota itu akan dimansuhkan,” katanya.

Mengenai Pengarah filem Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee, beliau berkata Namewee dan beberapa pihak tertentu yang dikatakan menyokong Gagasan 1Malaysia perlu terus menyokongnya melalui kreativiti mereka tersendiri."Bagi Namewee dan pihak-pihak lain yang menyokong 1Malaysia, yang penting sekali baginya ialah menyokong apa yang sedang kita lakukan untuk negara ini, saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat kepada Gagasan 1Malaysia.

"Saya menggalakkan beliau untuk terus memberi segala pandangan beliau melalui cara sebagai blogger atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem dan sebagainya yang mencerminkan sokongan kepada Gagasan 1Malaysia,” katanya.

Mengulas beberapa video yang dihasilkan oleh Namewee yang dikatakan menimbulkan kontroversi, Najib berkata Namewee merupakan seorang individu yang ada kelainan tersendiri.

"Saya tak nak beri komen, tapi sebab masing-masing ada kelainannya. Dia merupakan seorang yang ada kelainan dia, bukanlah merupakan seorang konvensional dari segi pendekatan pemikirannya,” kata Najib.

Namewee yang berkelulusan ijazah sarjana muda komunikasi massa dari sebuah universiti di Taiwan menjadi pengarah untuk filem Nasi Lemak 2.0 yang kini sedang ditayangkan di pawagam. - Bernama

Mahkamah Dapati Utusan Memfitnah Khalid Samad, Zul Kulim Juga Sepatutnya Dinamakan Defenden


Khalid Samad Menang Saman Terhadap Utusan

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, pada Jumaat, menang saman fitnah terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berhubung tulisan yang tersiar dalam akhbar terbitannya dua tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Dr Prasad Sandosham Abraham memutuskan bahawa Khalid berjaya membuktikan kesnya dan plaintif (Khalid) juga difitnah oleh defendan melalui tulisan berkenaan.

Dalam keputusan lisan beliau, Prasad berkata defendan juga telah memuat turun tulisan berkenaan daripada satu laman blog tanpa memeriksa kandungannya walaupun ia bersifat sensitif.

Dalam saman yang difailkan tahun lepas, Anggota Parlimen PAS itu menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia Datuk Aziz Ishak serta penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, sebagai defendan.

Khalid mendakwa bahawa pada 11 September 2009, Aziz, dengan niat jahat, membenarkan penyiaran dan percetakan perkataan berbaur fitnah terhadapnya di muka depan Utusan Malaysia.

Khalid berkata tulisan bertajuk "Zulkifli bidas Pak Janggut" itu secara langsung atau tidak langsung merujuk kepada beliau, walaupun namanya tidak disebut.

Hakim berkenaan menetapkan 11 Oktober sebagai tarikh untuk memberi keputusantentang jumlah ganti rugi yang perlu dibayar.- BERNAMA


Mahkamah dapati Utusan bersalah fitnah Khalid Samad


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Utusan Malaysia bersalah memfitnah ahli parlimem Shah Alam, Khalid Samad dalam kenyataan yang disiarkan di muka akhbar berkenaan.


Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham Prasad berkata plaintif (Khalid) telah berjaya membuktikan kenyataan itu - yang diambil dari blog ahli parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin - adalah salah.


Hakim bagaimanapun menarik perhatian mengapa ahli parlimen Bandar Baru Kulim itu tidak dinamakan sebagai defendan.


Mahkamah menolak pelindungan bersyarat sebagai pembelaan dalam kes tersebut kerana hakim berkata kehidupan di Malaysia perlu mengambilkira sensitiviti semua kaum, tidak seperti undang-undang di Australia atau United Kingdom.


Dalam penghakiman lisannya, hakim berkata semua defendan bersalah memuat-turun artikel dari blog tersebut tanpa memeriksa kandungannya (berhubung sensitiviti).


Hakim Sandosham menetapkan 11 Oktober untuk mendengar penghujahan tentang gantirugi.


Beliau berkata, mahkamah mendapati menggelar seseorang sebagai Abu Jahal dan sebagai kafir adalah fitnah.


Dalam saman yang difailkan tahun lalu, Khalid, dari PAS, menamakan Utusan Malaysia dan ketua pengarang kumpulan Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak dan penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia sebagai defendan.


Ahli parlimen Shah Alam itu mendakwa bahawa pada 11 September 2009, Aziz - selaku ketua pengarang kumpulan kedua-dua akhbar tersebut - dengan niat jahat, membenarkan penerbitan dan pencetakan perkataan fitnah terhadapnya di muka depan akhbar berkenaan.


Beliau juga mendakwa bahawa artikel bertajuk 'Zulkifli bidas Pak Janggut' secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya walaupun namanya tidak disebut. -mk

Betina Malaysia Semuanya Bangang...!!!!

>> Jumaat, September 30, 2011


Di sidebar blog gua ini gua letakkan Madah Tun Nila Utama dari filem Musang Berjanggut lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang berbunyi;
Apa bezanya Perempuan dengan Betina..???
"Perempuan menjaga Maruah, tetapi Betina menjualnya."
Dan baru sebentar tadi, dalam inbox gua ada permasalahan seperti di bawah;
Mohon pandangan tentang pemasalahan berikut;

- Seorang gadis melayu terjerat dgn cinta lelaki pakistan. Si gadis samada rela atau tidak telah serahkan tubuh pada kekasihnya (pakistan)

- Setelah beberapa lama bersama (mcm pasangan suami isteri) si gadis selalu dipukul (lempang) apabila tidak mahu melakukan hubungan seks

- Sigadis mahu memutuskan hubungan tetapi diugut untuk disebarkan gambar bogel beliau jika memutuskan hubungan atau menolak melakukan hubungan seks dgn lelaki pakistan tersebut.

- Melaporkan kejadian kepada pihak polis adalah didalam pertimbangan gadis tersebut, tetapi takut si lelaki akan balas dendam kerana suka memukul dan sebagainya.

Apa yang kita patut buat untuk bantu? Pandangan dan sokongan adalah amat dihargai.
Persoalannya... perlukah dibantu minah yang seperti ini...???
Sendiri syok menyedap dengan jantan warga asing dah dapat penyakit baru nak tengadah. Apa jantan melayu dah takda ke... hinggakan sanggup gadai maruah pada warga asing...???
Ini hanya sebahagian kes yang terjadi dalam masyarakat kita, sebenarnya banyak lagi yang terjadi seperti kes gadis Malaysia ikut jantan indon samapai ke Lombok, lepas tu menyusahkan mak bapak minta di bawa pulang... masa menyedap tak ingat mak bapak... dosa pahala jauh sekali laaaaaa....
Gua pun kadang2 tak paham dengan citarasa betina2 melayu kat Malaysia nih... nak cari yang hidung tinggi, dada berbulu atau... hahaha.. nak yang dalam spender tu macam dalam filem porno... dah dapat kena penerajang...


Ambil contoh... macam artis2 Malaysia yang kahwin Mat Saleh... kononnya bangga dan mantop lah... lepas kena tibai depan belakang sampai lunyai.. bercerai.. hahaha... jangan katakan artis yang minat kahwin mat saleh, member gua sendiri kahwin mat saleh new zealand... tak sampai setahun kahwin bercerai... mana tahan... mula2 kahwin balun depan dah lama kahwin belakang pun kena rodok.. tak bagi pelempang penerajang fullset... lastly balik malaysia... kahwin dengan orang malaysia... dah dia kata tak rasa apa pulak....kih...kih...kih....
Berbalik pada kes betina kat atas tuuuu.... bagi gua repot polis jelah, lu sekarang di malaysia bukannya di pakistan mau takut dengan mamat pakistan sial tu...., tak pun bawak laaaa... mana2 jantan kawan2 lu atau adik beradik lu pergi belasah pakistan tu sampai lunyai... biar tiga suku nyawa baru hantar balai.... apa ke bangang sangat..
Kepada betina2 melayu yang senasib dengan betina kat atas tu.... renung2kanlah... bertaubatlah dari perbuatan terkutuk tuuuu... jangan ikut nafsu nanti layu beb... Ibrahim Ali and the Gang pun tak dapek nak nolong laei.... hehehehe....
Walau apa pun dalam kes macam ni kan... kalau buat perbandingan antara betina melayu dengan betina india... gua tetap respeks betina india beb..., sebabnya betina india kalau tengah menyedap pun tetap ingat kat mak bapak diorang.... lu orang bayangkan bila tengah sedap diorang tetap panggil mak bapak diorang kan.... yang jantan punyalah pulun semacam... yang betina pulak... tak habis2 panggil mak bapak dia... "amma... paaaaa... amma..paaaa....."... hahahaha....yang betina melayu nak ingat mak bapak diorang... hahaha.. jangan harap laaaa.... bila dah buncit baru teringat mak bapak... itupun kalau ingat laaaaaa.....

Bajet PRU 13 : Gaji Sektor Awam Di Jangkakan Naik 30 Hingga 40 Peratus

Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus. Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”. 

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek). “Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
 
Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu. Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.

Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus. Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.” “Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.

Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu. “Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.

“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.

“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi. Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.

SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam. SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.

Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi. The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.

Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat. Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.

Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini. Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa. Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian./tmi

ARTIKAL 8 DAN ARTIKAL 7(2) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MELARANG HUDUD

Hudud: Perlembagaan tak benar, Majlis Peguam minta henti retorik politik

September 30, 2011
KUALA LUMPUR, 30 Sept — Majlis Peguam menegaskan undang-undang hudud, yang kembali muncul sebagai isu kontroversi awal minggu lalu, tidak boleh dilaksanakan di negara ini buat masa sekarang ekoran kekangan peruntukan perundangan.

Presidennya Lim Chee Wee (gambar) berkata, Perlembagaan Persekutuan dan rangka kerja perundangan negara ini tidak menyediakan peruntukan bagi undang-undang hudud dikuatkuasakan oleh mana-mana negeri termasuk Kelantan.

Dalam laporan terdahulu hari ini, The Malaysian Insider memetik pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, banyak pihak termasuk pemimpin PAS dan DAP sendiri terkeliru bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

Menurut Aziz, beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.

“Majlis Peguam Malaysia menggesa agar kesemua pihak mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara dan berhenti daripada bercakap mengenai retorik pelaksanaan hukum hudud,” kata Lim dalam satu kenyataan petang ini.

Lim berkata retorik mengenai pelaksanaan undang-undang itu, yang menjadi fokus polemik sejak kebelakangan ini, mencetuskan kekeliruan dan perpecahan dalam masyarakat.

“Majlis Peguam menggesa kesemua pihak agar memberi fokus untuk memperkukuhkan keluhuran undang-undang dan proses demokratik demi kebaikan Malaysia,” katanya lagi sambil berkata, badan profesion peguam itu bimbang dengan perdebatan politik sejak beberapa hari lalu berhubung usaha kemungkinan menghidupkan usaha pelaksanaan hudud — kelas kes dan kesalahan jenayah yang diperuntukkan di bawah undang-undang Islam.

“Undang-undang itu dengan sendirinya tidak membolehkan pelaksanaan hudud oleh negeri. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan negeri menggubal undang-undang mewujudkan peruntukan kesalahan seseorang keluar Islam, yang bertentangan dengan prinsip Islam dan hukuman berkaitan.

“Berkaitan dengan sifat-sifat kesalahan sedemikian, kesalahan-kesalahan ini tidak boleh termasuk perkara dalam lingkungan kuasa kerajaan pusat.

“Oleh itu, tidak boleh ada replikasi sebarang kesalahan dalam lingkungan undang-undang persekutuan dengan kadar hukuman yang berbeza hanya bagi Muslim,” katanya.

Malah kata beliau, undang-undang ini jika digubal seharusnya konsisten dengan kebebasan fundamental yang dijamin kepada kesemua warganegara termasuk Muslim di bawah Bahagian II Perlembagaan Persekutuan.

“Memandangkan skop hukuman bagi kesalahan-kesalahan bertentang dengan prinsip Islam, ruang (pelaksanaan) seharusnya dibenarkan oleh undang-undang peringkat persekutuan,” katanya.

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 menyediakan peruntukan bahawa Mahkamah Syariah di setiap negeri tidak boleh menggunakan bidang kuasa dalam kesalahan-kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara melebihi tiga tahun ataupun denda melebihi RM5,000 ataupun sebatan melebihi enam atau kesemuanya.

Kata Lim, oleh kerana hudud merupakan undang-undang keseksaan, ia terletak di bawah bidang kuasa Parlimen peringkat persekutuan.

“Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menyenaraikan undang-undang jenayah dan prosedur, malah berkaitan keselamatan dalam (negara) dan ketenteraman awam, di bawah senarai Persekutuan.

“Perkara-perkara itu tertakluk di bawah budi bicara Parlimen Persekutuan dan bukannya Dewan Undangan Negeri,” kata Lim.

Dengan merujuk kepada kes Che Omar Che Soh melawan Pendakwa Raya pada 1988, kata Lim, Malaysia adalah sebuah negara sekular dan hukum hudud tidak boleh dikuatkuasakan.

Malah kata beliau, laporan-laporan media termasuk kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa pelaksanaan hudud hanya ke atas Muslim dan bukannya bukan Islam, menunjukkan ia bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.

“Seorang pesalah kalangan Muslim akan berhadapan dengan hukuman yang ketat bagi kesalahan yang sama, ia berbeza berbanding bukan Islam.

“(Malah) seorang Muslim juga akan terdedah kepada dua bentuk pendakwaan atau sabitan kesalahan yang berbeza — satu di bawah hudud dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaan, bercanggah Artikel 7(2) Perlembagaan Persektuuan,” katanya lagi.

Aziz dalam kenyatannya menyebut, “setakat ini saya tidak jelas sebab mengapa perlembagaan perlu dipinda untuk pelaksanaan hudud.”

Ahli akademi dan pemerhati politik ini menambah, keperluan itu tidak wujud sebab sebahagian hukum hudud sudah pun dilaksanakan dalam bentuk jenayah syariah.

Beberapa ahli politik juga telah melahirkan pandangan yang seiring dengan Lim.

TOLAJ HUDUD NAK UG KE ?

Friday, September 30, 2011

Isu UG bergema lagi...

Memang best nyer Persuruhjaya PAS Selangor ni....



Baca kat sini atau klik je gambar kat atas

PENUBUHAN PAS SEBAB UMNO TOLAK ISLAM

Fakta penubuhan PAS bukti Umno tolak Islam

30 SEPT 011

Esok, 1 Oktober 2011, ribuan pemimpin, ahli dan pendukung PAS dijadualkan berhimpun di Kepala Batas, Pulau Pinang bagi merayakan Sambutan Ulangtahun ke-60 usia perjuangannya.

‘Sepak mula’ aturcara sambutan itu malah berlangsung lebih awal dengan acara Forum Perdana yang dijadual diadakan malam ini (Jumaat). Dengan tajuk “PAS: Pembangkang, Pemerintah dan Penyelamat Ummah”, forum yang menampilkan Ustaz Idris Ahmad sebagai moderator itu turut membariskan empat nama besar dalam perjuangan Islam tanahair.

Mereka adalah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu; Naib Presiden, YB Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Agenda lebih padat bagaimana pun menanti hadirin esok hari. Seperti biasa, ia bakal dipenuhi sessi ucapan, pembentangan kertas kerja dan perbahasan di sebelah pagi. Serentak itu turut dilangsungkan karnival jualan dan pameran sejarah PAS, selain ikut diselit aturcara persembahan pentas.

Manakala di sebelah malamnya akan diadakan Solat Hajat dan Munajat Perdana, sebelum diakhiri dengan Ucap Perdana membariskan lima pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat mewakili DAP, KeADILan dan PAS sendiri.

Pemilihan Pulau Pinang sebagai tapak sambutan bukan dibuat tanpa perhitungan politik. Ia bukan semata-mata memanfaatkan negeri diperintah Pakatan Rakyat bagi memudahkan urusan sambutan. Ia sebenarnya bersandarkan fakta sejarah penubuhan PAS itu sendiri. Parti Islam itu terbentuk secara rasmi 60 tahun lalu menerusi Persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya di Butterworth.

Sepertimana bunyi namanya, Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) yang kemudiannya didaftarkan sebagai Pan-Malayan Islamic Party (PMIP), tujuan penubuhan PAS adalah demi memenuhi tuntutan agama. Ia digariskan dengan jelas “.. untuk membentuk suatu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah berdasarkan demokrasi”.

Agak janggal bunyinya apabila pertubuhan baru itu memilih bekas Pengerusi Biro Agama Umno, Tuan Guru Ahmad Fuad Hassan sebagai Yang Dipertuanya (Presiden) yang pertama. Walau pun ada penulis sejarah mendakwa kesediaan beliau menerajui PAS ekoran permasalahan peribadinya dengan para pemimpin Umno, fakta sejarah lebih popular mengenai faktor berpalingnya Ahmad Fuad daripada parti Melayu itu ialah perbezaan pendirian mengenai hukum Islam.

Beliau dikatakan sangat kecewa apabila Umno memutuskan untuk mewujudkan Loteri Kebajikan Masyarakat. Selaku orang agama dalam Umno, beliau menegaskan betapa perkara itu tidak terlepas daripada unsur perjudian yang mana hukumnya di sisi Islam adalah jelas haram.

Sebagaimana diduga pandangan beliau diketepikan begitu sahaja oleh Umno dan permainan loteri itu dilaksanakan. Umno tidak pernah menganggapnya sebagai judi.

Mungkin setelah 60 tahun berlalu, ada pengkaji sejarah yang masih mempertikaikan percanggahan fakta tersebut. Sudah tentu khalayak yang kuat menyokong Umno atau amat cenderung hati kepada perjuangan nasionalisme-sekularisme dianuti parti itu akan mempertahankan versi pertama, iaitu Ahmad Fuad menyertai dan memimpin PAS kerana kecewa setelah gagal mendapat tempat dalam pemilihan Umno.

Namun rasanya tidak akan ada mana-mana pakar sejarah yang tergamak memperbodohkan dirinya dengan mendakwa kononnya Ahmad Fuad tidak pernah menjadi ahli dan pemimpin Umno, sepertimana ada profesor kini mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah British dulu-dulu!

Penafian fakta sejarah diterima umum sekian lama itu mungkin bermaksud membasuh imej Umno. Logiknya, jika Ahmad Fuad bukan pemimpin Umno, maka tidka timbul soal beliau menentang judi dianjurkan parti itu dari dalam.

Samalah juga usaha seorang profesor membela maruah Umno yang kian tercemar ekoran kesedaran umum mengenai fakta sebenar sejarah negara. Logiknya, jika benar British tidak pernah menjajah Malaya, sebaliknya hanya menaungi dan membantu Raja-Raja Melayu mengurustadbir negara, maka sudah tentu sesiapa yang menentang British dulu boleh dianggap pemberontak dan pengganas.

Namun perbuatan sedemikian pada hakikatnya satu bentuk jenayah akademik yang hanya mencemar dan menjatuhkan martabat cendikiawan itu sendiri.

Kalangan pencatat sejarah yang condong kepada kepentingan Islam pula akan melihat kesediaan Ahmad Fuad menerajui PAS sebagai natijah percanggahan pendirian Umno dengan hukum Islam diperjuangkan ulama, termasuk ulama di kalangan parti itu sendiri.

Sebetulnya itulah antara pengajaran dan pemerhatian yang sepatutnya dikutip generasi kini, terutama dalam menghayati sejarah penubuhan dan perkembangan PAS sejak enam dekad lalu. Bahawa pendirian Umno dan hukum Islam adalah dua perkara yang kerap tidak sehaluan sejak dulu.

Islam dan al-Quran mengatakan judi itu haram, Umno mendakwa sebaliknya. Selagi mana ia melihat ada ruang dan peluang menjana pendapatan dan memacu ekonomi, apa dipedulikannya hukum agama?

Sebab itu Umno bukan sahaja membolehkan pihak lain mengoperasi aktiviti perjudian menerusi pemberian lesen dan berbagai kemudahan, malah parti itu sendiri turut terlibat secara aktif menganjurkannya. Kes Loteri Kebajikan Masyarakat itu adalah pemula sejarah. Ia dianjurkan kerajaan Umno sendiri.

Pendirian Umno yang kerap bercanggah dengan Islam sebegitu berterusan hingga ke era kini. Masakan anda sudah lupa bagaimana para pemimpin Umno menjadi pencetus idea dan pencanang utama untuk melesenkan (baca ‘menghalalkan’) pertaruhan sempena pertandingan bolasepak Piala Dunia tahun lalu?

Sebaliknya PAS bukan setakat membantah agenda mengharuskan judi oleh Umno sewaktu penubuhannya dulu, pendirian yang selari dengan tuntutan hukum Islam itu kekal dipegang PAS hingga kini. Anda boleh semak fakta sejarah dan akui keseriusan parti Islam itu menentang sebarang bentuk perjudian melibatkan bidang kuasa kerajaan dan ia menjadi agenda perjuangan PAS sepanjang zaman.

Sebagai bukti paling jelas, PAS serta-merta mengarahkan penutupan premis perjudian di Kelantan dan Terengganu yang diperintahnya secara mutlak. Di atas bidang kuasa terbatas dimilikinya ke atas lesen premis, kerajaan negeri ditadbir PAS telah melakukan sedayanya. Sedangkan lesen pengoperasian adalah di bawah Kementerian Kewangan dikuasai Umno.

Pendirian mengenai judi itu adalah pemerhatian pertama dari fakta penubuhan PAS, sekaligus menyerlahkan perbezaan pendirian antara PAS dan Umno. Al-Quran kata judi haram, PAS menegaskan judi haram, Umno sebaliknya menghalalkannya.

Maka jangan terkejut dan pura-pura hairan jika mutakhir ini kita dapati Umno bermati-matian menegaskan bahawa parti itu tidak pernah dan tidak akan bersedia melaksanakan hukum Islam, termasuk hudud, di dalam pemerintahannya! Ingat, sudah menjadi tradisi sejak berdekad lalu bahawa pendirian Umno dan hukum Islam memang tidak sehaluan.

Kedua, sepertimana disebutkan sepintas lalu di atas, bahawa pandangan mengenai hukum Islam selalunya sukar mendapat tempat di dalam Umno. Jangan dikatakan pandangan itu datang daripada luar suku-sakat parti itu, ia termasuk juga yang disuarakan kalangan pemimpin Umno sendiri.

Kes Ahmad Fuad membantah loteri itu sekali lagi menjadi contoh terbaik. Nampaknya itulah cara ‘terbaik’ Umno melayan ulama dan agamawan di dalam parti itu.

Meneliti perjalanan Umno dalam era kemudian ini pun, hakikat itu tidak jauh bezanya. Mana ada seorang yang dikenali sebagai ilmuan agama kekal lama dalam hierarki kepimpinan Umno? Kalau ada pun yang mampu bertahan agak lama, sejauh manakah suaranya berhubung hukum dan peraturan Islam diendahkan khalayak terbanyak parti itu? Sebaliknya pemimpin berlatar belakang agama itu sendiri hanyut dan tenggelam bersama sikap dan tabiat ‘haru-biru’ yang bersebati dengan parti itu.

Pengajaran ketiga daripada fakta penubuhan PAS di atas ialah bagaimana cetek dan terpesongnya penafsiran Umno terhadap istilah-istilah berkaitan agama. Lihat saja bagaimana ia tergamak melabelkan permainan judi yang jelas haram itu sebagai Loteri Kebajikan Masyarakat? Agaknya bagi Umno kebajikan itu tidak perlu mengambilkira halal atau haram, ya?

Sedangkan konsep kebajikan (al-Birr) disebutkan al-Quran dan diperjuangkan PAS semestinya tidak lari daripada paksi ‘beriman kepada Allah dan Hari Akhirat’. Ertinya kebajikan dimaksudkan PAS senantiasa mengambilkira pahala-dosa, selari digariskan Islam.

Sebab itu jangan terpedaya dengan dakwaan Umno kononnya Negara Berkebajikan diperjuangkan PAS sudah lama dilaksanakannya. Pemahaman Umno terhadap istilah ‘kebajikan’ itu amat dangkal dan terpesong dari landasan Islam.

Buktinya, ia dengan mudah mendakwa PAS telah meninggalkan matlamat menubuhkan Negara Islam apabila menyatakan hasrat ‘Membangun Negara Berkebajikan’. Kejahilan dan kebebalan Umno menyebabkan ia tidak faham bahawa Negara Berkebajikan itu salah satu wajah atau ciri bagi Negara Islam.

Di atas hakikat sama jangan pelik apabila Umno mencipta istilah ‘Islam Hadhari’ yang bukan sahaja janggal dari segi nahu Arabnya, malah mengelirukan fahaman masyarakat mengenai ajaran Islam itu sendiri. Akhirnya Umno sendiri pun malu menyebutnya dan kini ‘Islam Hadhari’ dianggap berkubur bersama jatuhnya sang pencetus istilah itu.

Ada pula pemimpin Umno tergamak menyandarkan fahamannya yang cetek mengenai ketetapan agama untuk dijadikan dalih daripada melaksanakan hukum Islam. Kononnya dia faham apa itu maqasid syariah. Bahawa maksud-maksud ketetapan syariat Islam itu mementingkan keadilan dalam mempertahankan kesucian aqidah, harta benda, nyawa dan lain-lain.

Lalu di atas penafsiran ceteknya terhadap maqasid syariah itu, dia sewenangnya menidakkan perlunya ditegakkan hudud dan qisas. Sedangkan sebagai orang beriman kepada Allah, sudah tentu kita dituntut mengakui dan meyakini bahawa tiada undang-undang dan hukum yang lebih adil dan lebih menjamin aqidah, nyawa dan lain-lain itu selain hukum diturunkan Allah Ta’ala sendiri.

Itulah sepintas lalu penelitian terhadap fakta-fakta melingkungi sejarah penubuhan PAS 60 tahun lalu. Di samping berbangga dengan kelangsungan perjuangannya hingga kini, penubuhan parti Islam itu juga selayaknya dianggap bukti betapa tidak mahunya Umno kepada hukum dan peraturan Islam!

harakahdaily/-

BRAZIL BELAJAR DENGAN UMNO KHIR TOYO

Ada Apa 594 Batang Penyapu Dipacak Depan Parlimen?


Brasilia, Brazil - Sekumpulan aktivis membuat demonstrasi dengan memacak 594 batang penyapu di hadapan bangunan Kongres Kebangsaan Brazil di sini.

Gambar: PEMANDANGAN 594 penyapu yang dipacak di hadapan bangunan Parlimen Brazil di ibu negara Brazil, Brasilia kelmarin.

Tindakan kumpulan aktivis hak asasi manusia, dikenali sebagai Pergerakan Sungai Keamanan itu dibuat sebagai simbolik bagi menggesa pemerintah membasmi gejala rasuah di Brazil.

Jumlah penyapu yang dipacak itu bersamaan dengan jumlah timbalan dan senator yang menganggotai Kongres Kebangsaan Brazil.

Demonstrasi yang sama pernah dilakukan di pantai Copacabana di bandar raya Rio de Janeiro awal bulan ini. - AFP

Muhyiddin: Tiada sekolah kerajaan aliran Inggeris

September 30, 2011

SERDANG, 30 Sept — Sekolah kerajaan aliran bahasa Inggeris tidak akan diwujudkan di negara ini kecuali jika berlaku perubahan dalam Akta Pendidikan dan Dasar Pendidikan Negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin.

Katanya sebagai Menteri Pelajaran, beliau bertanggungjawab untuk melaksanakannya berdasarkan akta dan dasar itu yang antara lain menyebut bahawa menyatakan bahasa pengantar di sekolah kebangsaan ialah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia.

“Kalau di sekolah swasta, itu lain ceritalah,” katanya ketika ditanya mengenai permintaan pihak tertentu supaya kerajaan menubuhkan sekolah aliran bahasa Inggeris.

Dipetik Bernama Online, Muhyiddin (gambar) juga berkata bahasa yang lebih mudah untuk diajar kepada anak-anak khususnya di peringkat rendah adalah bahasa ibunda.,Beliau berkata perkara itu dipersetujui pada mesyuarat lembaga eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) yang dihadirinya di Paris awal minggu ini.

“Sebab itu orang Cina nakkan sekolah bahasa Cina, orang India nak dengan bahasa Tamil, begitu juga di Sabah dan Sarawak yang mempunyai pelbagai bahasa,” katanya semasa menjawab pertanyaan pada sesi dialog bersama pelajar sempena lawatan kerja ke Universiti Putra Malaysia di sini hari ini.

Muhyiddin berkata usaha itu juga mampu memartabatkan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan dan pada masa sama penguasaan Bahasa Inggeris terus dipertingkatkan.

“Saya bertanggungjawab dalam menggubal dasar, disebabkan itu ia masih hangat diperbincangkan sehingga kini, tetapi keputusan telahpun dibuat bukan sebab tidak suka bahasa Inggeris tetapi kita mesti bersikap realistik. 

“Ini kerana terdapat pelajar terutamanya di luar bandar yang langsung tidak tahu berbahasa Inggeris menyebabkan mereka sukar untuk menjawab soalan peperiksaan kerana lebih mahir dengan bahasa ibunda,” katanya.

HANYA ORANG YANG TAK TAHU DOSA DAN PAHALA YANG TAK MAHU HUKUM HUDUD

Hudud dan beberapa gambaran salah

Mohd Asri Zainul Abidin | Sep 29, 2011 01:44:54 pm


 
Perbincangan ini menyambung artikel yang lepas tentang perlaksanaan hudud.  Ramai orang salah sangka apabila membayangkan negara yang dipimpin berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah itu sebagai negara yang agenda utamanya mengintip dan menghukum rakyat yang tidak mematuhi syariat.

Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam. 

Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, hudud hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah.

Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud.  Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di zaman ini berada di bawah takzir (discretionary punishment).  Mekanisme ini pula memerlukan suasana yang kondusif untuk perlaksanaannya.

Seseorang muslim apabila berbicara tentang pemerintahan dan tanggungjawab pemerintahan bukanlah membayangkan mekanisma mengatasi jenayah semata, tetapi membayang tanggungjawab keadilan dan kebajikan yang menjadi asas tersebarnya kebaikan dan keamanan dalam negara.

Justeru itu, Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan tergamam dan begitu hiba.  Beliau terus bersendirian bersolat dan menangis.  Air matanya bercucuran hingga ke janggutnya.  Apabila isterinya Fatimah bertanya, dia berkata:

"Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa.  Maka aku terfikir tentang orang fakir yang lapar, yang sakit lagi derita, orang yang tidak berpakaian yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan hartanya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. 

Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak.  Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis" (Al-Zahabi, Tarikh al-Islam wa Wafayat al-Masyahir wa al-A’lam, 7/197. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi/1407H)

Demikianlah gambaran tanggungjawab pemerintahan yang ada dalam pemikiran beliau.  Tanggungjawab menyebarkan kebajikan, pembahagian harta yang adil dan amanah serta kebaikan untuk rakyat di segenap lapisan masyarakat.  Tanggungjawab inilah yang beliau takut dan bimbang Allah hukum beliau di akhirat kelak.  
Inilah asas kerahmatan dalam kepimpinan negara yang berdasarkan wahyu Allah.  Tanggungjawab pemerintah di hadapan Allah tentang kebajikan rakyat lebih ditakuti dibandingkan di hadapan rakyat sendiri atau "suruhanjaya rasuah".

Itulah gambaran negara yang sepatutnya berada dalam pemikiran umat Islam yang cintakan Islam.  Para sarjana Islam telah lama memperkatakan hal ini.  Muhammad bin Ka’ab al-Qurtubi apabila diminta oleh ‘Umar bin Abd al-Aziz untuk menyifatkan keadilan pemerintah, katanya:

"Jadilah engkau bapa kepada yang muda, anak kepada yang tua, saudara kepada yang sebaya.  Demikian juga kepada wanita.  Hukumlah manusia dengan kadar kesalahan dan kemampuan mereka.  Jangan engkau pukul disebabkan kemarahanmu walaupun satu pukulan, nanti engkau termasuk dalam golongan yang melampa
u".( Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/202. Beirut: Muassasah ar-Risalah/1417H).

Membezakan jenis jenayah

Dalam hudud ada dua jenis dosa yang dihukum; pertama; dosa yang membabitkan kesalahan individu dengan Allah S.W.T seperti berzina dan minum arak.  Dosa bahagian ini lebih kepada merosakkan diri pelaku itu sendiri.  Kedua; dosa yang merosakkan atau mengancam keselamatan masyarakat awam seperti merompak, merogol, mencuri, memberontak dan perkara yang berkaitan dengannya.

Dosa bahagian pertama Islam melarang kita melakukan tajassus ataupun intipan.  Sementara dosa bahagian kedua, oleh kerana ia mengancam masyarakat dan fitnah lebih besar dari tajassus, maka intipan boleh dilakukan.  Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H):

"Aku katakan; jika hanya semata-mata sangkaan maka tidak mencukupi dalam hal ini.  Bahkan mestilah dengan pengetahuan, jika tidak ia termasuk dalam tajassus yang dilarang berdasarkan dalil al-Quran.  Namun dibolehkan untuk suatu kemaslahatan yang mana membantah kemungkaran itu lebih kukuh dibandingkan meninggalkan tajassus dan kerosakan meninggalkan bantahan terhadap kemungkaran lebih dahsyat dari kerosakan tajassus.  

Atau mungkin boleh digabungkan bahawa pengharaman tajassus berkaitan dengan tanpa pengetahuan (sangkaan) kerana tidak dinamakan tajassus jika perlaksananya benar-benar mengetahui". (Al-Syaukani, Al-Sail al-Jarar, 4/591 Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah/1405H)

Hudud Dan Hak Privasi

Ramai akan menganggap, apabila hudud dilaksanakan bererti privacy individu akan terganggu.  Intipan di sana-sini akan dibuat untuk mencari orang yang berzina dan minum arak.  Ini diburukkan lagi dengan gambaran perlaksanaan sekarang yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa agama di sesetengah tempat apabila mereka seakan memasang "spy" dalam mencari pelaku maksiat peribadi. Hal ini amat salah dan bercanggah dengan firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya)

"Wahai orang-orang yang beriman!  Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang.."

Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut:

"Aku ingin agar diberikan perhatian tentang perkara yang penting mengenai hudud; bahawa Islam tidak terkejar-kejar mencari bukti, tidak mengintai untuk melaksanakan hukum ke atas pelaku kesalahan, tidak mencipta alat untuk mencari rahsia pelaku maksiat atau memasang kamera tersembunyi mengambil gambar ketika mereka melakukan jenayah. 

Tidak pula menguatkuasakan polis pencari jenayah atau perisik untuk mengintip mereka yang menyanggahi syarak sehingga ditanggap yang terbabit.  Bahkan kita dapati panduan Islam dalam hal ini tegas setegas-tegasnya dalam memelihara kehormatan peribadi manusia, pengharaman tajassus (mengintip) dan mencari keaiban manusia.  Tidak boleh dilakukan oleh individu, tidak juga oleh pihak kerajaan". (http://www.qaradawi.net/library/53/2534.html.)

Kemudian beliau mengemukakan dalil riwayat al-Hakim daripada ‘Abd ar-Rahman bin ‘Auf :

"Bahawa dia berkawal bersama Umar bin al-Khattab r.ahuma pada suatu malam di Madinah.  Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba ternampak nyalaan api di sebuah rumah.  Mereka pun pergi menuju ke situ sehingga apabila hampiri didapati pintunya berkunci, di dalamnya ada sekumpulan orang dengan suara yang kuat.

Lalu Umar r.a. berkata -sambil memegang tangan ‘Abd ar-Rahman-: "Kau tahukah ini rumah siapa?" Jawab: "Tidak". Kata Umar: "Ini rumah Rabi’ah bin Umayyah bin Kalaf, mereka sekarang sedang mabuk arak, apa pendapat kau?". Kata ‘Abd ar-Rahman: "Aku berpendapat kita sekarang telah melakukan apa yang Allah larang, Allah berfirman: "Jangan kamu mengintip". Kita telah mengintip.  Maka Umar pun pergi dan meninggalkan mereka
".( Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai sahih serta sokong oleh al-Zahabi).

Akibat dari amalan yang salah memberikan gambaran yang salah tentang hudud.  Islam dalam urusan jenayah atau maksiat peribadi tidak membongkar yang tertutup, sebaliknya hanya mencegah yang nyata dan zahir sahaja.  Seperti kata al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) :

"Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pencegahan) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini" (Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair/1990).

Membina Masyarakat Yang Pemaaf

Dalam perlaksanaan hudud, pemerintah hendaklah mendidik rakyat agar mengelakkan sikap suka mengangkat kes hudud kepada pihak mahkamah atau berkuasa.  Sebaliknya, hendaklah digalakkan kemaafan antara rakyat dan diselesaikan diluar mahkamah.  Ini seperti hadis Nabi s.aw:

"Sesungguhnya pencuri pertama dalam Islam dibawa kepada Nabi s.a.w lalu diperintahkan agar dipotong tangan.  Wajah Rasulullah s.a.w seakan kecewa sedih. Mereka berkata: "Wahai Rasulullah! Seakan engkau membenci hal ini". Jawab Nabi s.a.w: "Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan".

Lalu baginda membaca firman Allah: "Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Surah an-Nur: 22)" (Riwayat Ahmad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah).

Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan "mengidam" untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka "penolong syaitan".

Hudud memerlukan Ijtihad Baru
 

Tiada siapa yang mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam al-Quran dan as-Sunnah.  Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat.  Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuhaqa sejak dahulu berbeza dalam hal ini.  Cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan.  Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira.

Demikian ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini.  Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengan takzir (discretionary punishment).

* Tulisan ini dipetik dari blog Mohd Asri Zainul Abidin, bekas mufti Perlis.

MASUK POKET KE ?

Kemana Hilangnya Baki Peruntukan RM300 Ribu...?
Posted on Thursday, September 29 @ 10:32:46 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya

  Oleh SARINA ISMAIL
Pemimpin UMNO dan MCA Kedah dikesali kerana menafikan kegagalan kementerian Pelajaran memberi sumbangan kepada sekolah bantuan penuh kerajaan seperti SJKC Pei Hwa.

Menurut Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS Kedah (DHPP), William Khor Eng Hin, kegagalan Kementerian Pelajaran menyediakan kemudahan infrastruktor untuk kemudahan SJK di Kedah menyebabkan ada yang terpaksa menggunakan kontena sebagai tempat pembelajaran sementara.

SJKC Pei Hwa, Kuala Kedah  setakat ini terpaksa menggunakan beberapa kontena untuk dijadikan kelas pembelajaran kerana sebahagian bumbung kelas asal rosal dimakan anai-anai.

Sekiranya benar Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan sebanyak RM500 ribu kepada sekolah berkenaan untuk membaik pulih sekolah tersebut, mengapa keadaan sekolah tersebut masih tidak memuaskan  dan hanya kelihatan empat bangunan kontena bernilai lebih kurang RM200 ribu sahaja.

Persoalannya mana lagi baki RM300 ribu daripada peruntukan yang diagihkan? Apakah ada tangan-tangan sebaliknya yang menjadi perompak jalanan mengambil kesempatan menumpang habuan? Atau mungkin peruntukkan tersebut telah tercicir dijalanan sebelum sampai ketangan orang yang sepatutnya?

Menurut Eng Hin, keadaan tersebut amat berbeza dengan Kerajaan Negeri Kedah di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang menyediakan RM200 ribu untuk disalurkan kepada setiap SJK Cina di seluruh Kedah untuk diagihkan sama rata dan adil. Pentadbiran Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dilihat terbuka dalam soal pendidikan kaum Cina dan India berbanding kerajaan BN dahulu.

Dianggap rengan rupanya

Samun: Tiga pegawai SPRM bebas dengan ikat jamin polis

September 29, 2011
KUALA LUMPUR, 29 Sept – Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikaitkan dengan kes samun di KLIA pada 15 September lepas, telah dikenakan ikat jamin polis.

Laporan Bernama Online memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, mereka dibebaskan sehingga 4 Oktober kerana polis memerlukan masa untuk melengkapkan kertas siasatan.

Tiga pegawai itu, yang bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, ditahan berhubung kes menyamun seorang pengurup wang rakyat asing membabitkan wang berjumlah kira-kira RM900,000.

Mereka terdiri daripada seorang Pemangku Penolong Pesuruhjaya, seorang Penolong Kanan Penguasa, dan seorang Penolong Penguasa.

SPRM dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata tiga pegawai itu sudah dilucut daripada sebarang tugas sementara menunggu hasil siasatan polis.

KAIN SONGKET PALEMBANG

Songket palembang adalah jenis kain tenunan tradisional Melayu di Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Songket digolongkan dalam keluarga tenunan brokat. Songket ditenun dengan tangan dengan benang emas dan perak dan pada umumnya dikenakan pada acara-acara resmi. Benang logam metalik yang tertenun berlatar kain menimbulkan efek kemilau cemerlang.


songket-palembang

Kata songket berasal dari istilah sungkit dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, yang berarti "mengait" atau "mencungkil". Hal ini berkaitan dengan metode pembuatannya; mengaitkan dan mengambil sejumput kain tenun, dan kemudian menyelipkan benang emas.

Selain itu, menurut sementara orang, kata songket juga mungkin berasal dari kata songka, songkok khas Palembang yang dipercaya pertama kalinya kebiasaan menenun dengan benang emas dimulai.

Istilah menyongket berarti ‘menenun dengan benang emas dan perak’. Songket adalah kain tenun mewah yang biasanya dikenakan saat kenduri, perayaan atau pesta. Songket dapat dikenakan melilit tubuh seperti sarung, disampirkan di bahu, atau sebagai destar atau tanjak, hiasan ikat kepala. Tanjak adalah semacam topi hiasan kepala yang terbuat dari kain songket yang lazim dipakai oleh sultan dan pangeran serta bangsawan Kesultanan Melayu. Menurut tradisi, kain songket hanya boleh ditenun oleh anak dara atau gadis remaja; akan tetapi kini kaum lelaki pun turut menenun songket. Beberapa kain songket tradisional Sumatra memiliki pola yang mengandung makna tertentu.

Songket harus melalui delapan peringkat sebelum menjadi sepotong kain dan masih ditenun secara tradisional. Karena penenun biasanya dari desa, tidak mengherankan bahwa motif-motifnya pun dipolakan dengan hewan dan tumbuhan setempat. Motif ini seringkali juga dinamai dengan nama kue khas Melayu seperti serikaya, wajik, dan tepung talam, yang diduga merupakan penganan kegemaran raja.
[sunting] Sejarah

Penenunan songket secara sejarah dikaitkan dengan kawasan permukiman dan budaya Melayu, dan menurut sementara orang teknik ini diperkenalkan oleh pedagang Arab dan India.[4] Menurut hikayat rakyat Palembang, asal mula kain songket adalah dari perdagangan zaman dahulu di antara Tiongkok dan India. Orang Tionghoa menyediakan benang sutera sedangkan orang India menyumbang benang emas dan perak; maka, jadilah songket.

Kain songket ditenun pada alat tenun bingkai Melayu. Pola-pola rumit diciptakan dengan memperkenalkan benang-benang emas atau perak ekstra dengan penggunaan sehelai jarum leper. Tidak diketahui secara pasti dari manakah songket berasal, menurut tradisi Kelantan teknik tenun seperti ini berasal dari utara, yakni kawasan Kamboja dan Siam, yang kemudian berkembang ke selatan di Pattani dan akhirnya mencapai Kelantan dan Terengganu[rujukan?]. Akan tetapi menurut penenun Terengganu[rujukan?], justru para pedagang Indialah yang memperkenalkan teknik menenun ini pertama kali di Palembang dan Jambi, yang mungkin telah berlaku sejak zaman Sriwijaya.

Menurut tradisi Indonesia sendiri, kain songket nan keemasan dikaitkan dengan kegemilangan Sriwijaya, kemaharajaan niaga maritim nan makmur lagi kaya yang bersemi pada abad ke-7 hingga ke-13 di Sumatera. Hal ini karena kenyataan bahwa pusat kerajinan songket paling mahsyur di Indonesia adalah kota Palembang. Songket adalah kain mewah yang aslinya memerlukan sejumlah emas asli untuk dijadikan benang emas, kemudian ditenun tangan menjadi kain yang cantik. Secara sejarah tambang emas di Sumatera terletak di pedalaman Jambi dan dataran tinggi Minangkabau.

Meskipun benang emas ditemukan di reruntuhan situs Sriwijaya di Sumatera, bersama dengan batu mirah delima yang belum diasah, serta potongan lempeng emas, hingga kini belum ada bukti pasti bahwa penenun lokal telah menggunakan benang emas seawal tahun 600-an hingga 700-an masehi. Songket mungkin dikembangkan pada kurun waktu yang kemudian di Sumatera. Songket Palembang merupakan songket terbaik di Indonesia baik diukur dari segi kualitasnya, yang berjuluk "Ratu Segala Kain". Songket eksklusif memerlukan di antara satu dan tiga bulan untuk menyelesaikannya, sedangkan songket biasa hanya memerlukan waktu sekitar 3 hari. Mulanya kaum laki-laki menggunakan songket sebagai destar, tanjak atau ikat kepala. Kemudian barulah kaum perempuan Melayu mulai memakai songket sarung dengan baju kurung.

Dokumentasi mengenai asal-usul songket masih tidak jelas, kemungkinan tenun songket mencapai semenanjung Malaya melalui perkawinan atau persekutuan antar bangsawan Melayu, karena songket yang berharga kerap kali dijadikan maskawin atau hantaran dalam suatu perkawinan. Praktik seperti ini lazim dilakukan oleh negeri-negeri Melayu untuk mengikat persekutuan strategis. Pusat kerajinan songket terletak di kerajaan yang secara politik penting karena bahan pembuatannya yang mahal; benang emas sejatinya memang terbuat dari lembaran emas murni asli. Songket sebagai busana diraja juga disebutkan dalam naskah Abdullah bin Abdul Kadir pada tahun 1849.

Ditinjau dari bahan, cara pembuatan, dan harganya; songket palembang semula adalah kain mewah para bangsawan yang menujukkan kemuliaan derajat dan martabat pemakainya. Akan tetapi kini songket tidak hanya dimaksudkan untuk golongan masyarakat kaya dan berada semata, karena harganya yang bervariasi; dari yang biasa dan terbilang murah, hingga yang eksklusif dengan harga yang sangat mahal. Kini dengan digunakannya benang emas sintetis maka songket pun tidak lagi luar biasa mahal seperti dahulu kala yang menggunakan emas asli. Meskipun demikian, songket kualitas terbaik tetap dihargai sebagai bentuk kesenian yang anggun dan harganya cukup mahal.

Sejak dahulu kala hingga kini, songket adalah pilihan populer untuk busana adat perkawinan Melayu, Palembang, Minangkabau, Aceh dan Bali. Kain ini sering diberikan oleh pengantin laki-laki kepada pengantin wanita sebagai salah satu hantaran persembahan perkawinan. Di masa kini, busana resmi laki-laki Melayu pun kerap mengenakan songket sebagai kain yang dililitkan di atas celana panjang atau menjadi destar, tanjak, atau ikat kepala. Sedangkan untuk kaum perempuannya songket dililitkan sebagai kain sarung yang dipadu-padankan dengan kebaya atau baju kurung. Sebagai benda seni, songket pun sering dibingkai dan dijadikan penghias ruangan. Penerapan kain songket secara modern amat beraneka ragam, mulai dari tas wanita, songkok, bahkan kantung ponsel.


songket-asli-palembang

harga-kain-songket-palembang

foto-songket-palembang

sumatra-tradisinal



tenunan-songket-palembang



Di Indonesia, pusat kerajinan tangan tenun songket dapat ditemukan di Sumatera, Kalimantan, Bali, Sulawesi, Lombok dan Sumbawa. Di pulau Sumatera pusat kerajinan songket yang termahsyur dan unggul adalah di daerah Pandai Sikek, Minangkabau, Sumatera Barat,[8] serta di Palembang, Sumatera Selatan. Di Bali, desa pengrajin tenun songket dapat ditemukan di kabupaten Klungkung, khususnya di desa Sidemen dan Gelgel. Sementara di Lombok, desa Sukarara di kecamatan Jonggat, kabupaten Lombok Tengah, juga terkenal akan kerajinan songketnya. Di luar Indonesia, kawasan pengrajin songket didapati di Malaysia; antara lain di pesisir timur Semenanjung Malaya, khususnya Terengganu dan Kelantan; serta di Brunei
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.