Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CELIK SIKIT MATA/TELINGA TU, HINA ISLAM JUGA BERMAKNA HINA RAJA MELAYU

BILA CINA MCA HINA ISLAM DAN HUKUM ISLAM PERKASAM DAN NGO MELAYU/ISLAM BISU, BILA ADA MELAYU/ISLAM SENTUH RAJA-RAJA MAKA GEGAK GEMPITALAH MARAH, MAKA KELUARLAH PERKATAAN KESAT KURANG AJAR, BANGKAI PUNYA MELAYU- Pak Karamu

Jingga 13 dakwa Soi Lek hina Islam, tuntut minta maaf

October 31, 2011
KUALA LUMPUR, 31 Okt Jingga 13 hari ini menggesa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam kerana didakwa menghina hukum hudud dan Islam dalam satu  kenyataan disiarkan akhbar tempatan kelmarin.

Beliau diminta meminta maaf dalam tempoh 48 jam selepas satu laporan polis dibuat terhadapnya di ibu pejabat polis Daerah Dang Wangi petang ini.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata Dr Chua dipercayai telah membuat kenyataan menghina Islam dalam artikel tersebut yang antaranya menyebut, “hukum hudud akan menjadikan negara ini mundur dan menakut-nakutkan pelabur” dan juga “sebahagian negara yang melaksanakan hukum hudud sebagai berundur ke belakang” serta “masyarakat bukan Islam juga terkesan, terutamanya di bidang ekonomi dan pendidikan.”

“Jingga 13 dengan tegas menuntut Soi Lek membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam di negara ini kerana kenyataannya dengan jelas telah menghina hukum Hudud dan agama Islam.

“Kenyataan itu biadap, dan merupakan satu penghinaan kepada agama Islam sebagai agama rasmi dan juga Yang di-pertuan Agong selaku ketua agama Islam di negara ini,” tegas Fariz selepas laporan polis tersebut dibuat.

Orang pas cakapnya adalah ilmu hi hi

Tuesday, November 1

Ramai yang bingai dalam PAS nih rupanya... haha...

Budayakan hargai buku, ilmu

Oleh Dinsman

 
HIDUPKAN budaya menghargai buku dan ilmu - itulah sebenarnya tujuan dan maksud saya apabila menyatakan kekecewaan terhadap beberapa pimpinan PAS yang dijemput menghadiri majlis Bicara Buku di Shah Alam bulan lalu, tetapi tidak seorang pun yang hadir; iaitu kekecewaan dalam konteks usaha untuk menghidupkan budaya menghargai buku dan ilmu.

Maka sengaja saya paparkan respons seorang Ketua Pemuda PAS Kawasan di Lembah Klang itu dengan tujuan untuk melihat maklum balas daripada pembaca kolum ini – apakah memahami maksud dan tujuan saya itu atau tidak. Alhamdulillah, ramai yang memberi respons dan berkongsi pandangan, kebanyakannya memahami maksud itu.

Di sini saya pun tidak bertujuan untuk memperpanjangkan perkara ini lagi. Sekadar menunaikan harapan pihak pembaca yang inginkan penjelasan sahaja.

Hujah pertama beliau: “Dalam PAS kita berjuang bukan kerana TG Nik Aziz atau TG Hadi dan sebagainya. Kita berjuang kerana mahukan keredaan Allah SWT, untuk melaksanakan perintah Allah di muka bumi ini.”

Itu seolah-olah tidak memahami pokok persoalan yang dibangkitkan. Saya mengajak hadir ke suatu majlis ilmu yang membicarakan buku mengenai kepemimpinan rantau ini dan kepemimpinan TG Nik Aziz.

Apakah kalau hadir ke majlis itu bermakna kita berjuang untuk TG Nik Aziz, dan tidak berjuang “kerana mahukan keredaan Allah SWT?”

Itu dua hal yang tidak berhubungan. Langsung tidak kena mengena. Apakah kalau kita berjuang “kerana mahukan keredaan Allah SWT” maka kita tidak perlu dan tidak boleh hadir ke majlis ilmu yang membicarakan buku mengenai kepemimpinan TG Nik Aziz, oleh dua orang tokoh ilmuan akademik itu?

Tentulah kurang bijaksana kalau kita beranggapan bahawa dengan menghadiri majlis itu maka perjuangan kita sudah jadi perjuangan “kerana TG Nik Aziz.”

Hujah keduanya: “Sesungguhnya pimpinan PAS di semua peringkat memang sangat sibuk. Sibuk kerana melaksanakan kerja-kerja Islam. Sebahagian mereka melaksanakan kerja Islam ini sepenuh masa. Kami yakin kesibukan ini sekadar di dunia, dan Allah SWT akan memberi kelapangan di akhirat nanti.

Almarhum Dr Fathi Yakan r.h. berkata: “Tidak layak dikata seorang pejuang Islam kalau sekiranya masa rehatnya lebih banyak daripada masa berjuang.”

Kenyataannya bahawa pimpinan PAS sangat sibuk melaksanakan kerja-kerja Islam itu, seorang pembaca yang menamakan dirinya Ahli PAS berkata: “Saya rasa kita tak perlulah merasakan kita sahaja buat kerja Islam, tetapi semua kita membuat kerja yang sama dan saling kait mengait tanpa merasakan ada yang lebih dan ada yang kurang.”

Manakala seorang dari Port Dickson bertanya: “Apakah dia fikir kalau hadir ke majlis bicara buku itu bukan kerja Islam? Bukankah Islam sangat memberi keutamaan kepada menuntut ilmu, dan majlis itu pengisiannya oleh mereka yang tinggi ilmunya di bidang kepimpinan?”

Beberapa orang memberi komentar terhadap nada sombong dan defensif yang terkandung dalam ayat-ayat Ketua Pemuda tersebut. Seorang pendakwah dari Shah Alam yang menghadiri majlis tersebut memberi reaksinya: “SMS Ketua Pemuda itu bernada defensif.

Watak orang defensif akan menyerang orang yang memberi kritikan. Bahkan memperkecilkan peranan dan sumbangan orang berkenaan. Sifat ini adalah realiti yang harus diakui ada pada kepimpinan PAS.”

Dan ada juga pembaca yang bersetuju dan menyokong pandangan Ketua Pemuda tersebut. Seorang yang tidak memperkenalkan dirinya menulis: “Apa yang dinyatakan Ketua Pemuda PAS Kawasan itu betul dan ana sokong beliau.

Pada ana tak perlu dipolemikkan perkara ini. Saudara fokuslah pada perkara lain yang lebih penting.”

Manakala seorang dari Maran, Pahang, tidak menyatakan apa-apa dalam SMS-nya, sekadar memaklumkan bahawa Ketua Penerangan PAS Kawasan Maran pun ada hadir dalam majlis Bicara Buku di PPAS Shah Alam itu.

Banyaklah lagi dan macammacamlah pandangan telah dikemukakan. Saya menghargai semuanya dan mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi respons. Tak perlulah pandangan dan hujah-hujah tersebut dibalas. Seperti dikatakan tadi, tujuan saya ialah untuk menghidupkan budaya menghargai buku dan ilmu.

Hal ini saya kira penting diperhatikan kerana banyak kekhilafan dan salah faham agama yang berlaku dalam masyarakat Melayu-Islam adalah disebabkan kelaziman kita menghayati agama berdasarkan ‘kata ustaz’, ‘kata tok guru’, ‘kata ulama’ dan sebagainya, yang didengar dari seorang ke seorang, bukan yang dibaca dan dirujuk dalam buku (kitab).

Makanya kesahihan sesuatu itu pun sering terabai.

Demikianlah saya sekadar menggerakkan usaha kecilkecilan. Bukanlah tidak memahami kesibukan para pimpinan PAS yang berkenaan itu. Tetapi pun kesibukan juga bukanlah jawapan kepada permasalahan yang perlu dihadapi. Maka pandaipandailah kita mengajak diri untuk bermuhasabah.

Sementara itu secara diam-diam kita memang menggalakkan dan mendorong kawan-kawan yang berminat untuk mengadakan sesi diskusi atau bicara buku, khasnya buku Kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz… karya Prof Shaharir Mohd Zain ini.

Misalnya pada 19 November nanti kawan-kawan Pemuda PAS Cawangan Kuala Muda di Seberang Prai akan menganjurkan diskusi buku ini. Manakala kawan-kawan dari KeADILan Kelana Jaya pula sedang mengatur rancangan yang sama.

Demikianlah kami mengalualukan kalau ada mana-mana pihak yang berminat untuk menganjurkan majlis diskusi atau bicara buku.


Kerajaan bersedia hadapi kemungkinan banjir besar
31/10/2011 10:39pm

SEPANG 31 Okt Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan lebih bersedia bagi menghadapi gelombang banjir yang dijangka lebih besar berikutan peralihan musim Monsun Timur Laut bulan depan.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau akan mendapatkan maklumat daripada pelbagai agensi kerajaan bagi merangka persiapan untuk menghadapi bencana itu.

“Kita sentiasa bersedia, cuma kita tidak boleh jangka keadaan macam mana, jadi kita kena bersedia lebih daripada biasa,” katanya kepada pemberita di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang berlepas ke Madinah dan seterusnya ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji.

Laporan sebuah akhbar hari ini menyebut penduduk Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, timur Sarawak dan Sabah dinasihat supaya bersiap sedia untuk menghadapi gelombang banjir yang dijangka lebih besar berikutan peralihan musim Monsun Timur Laut.

NANTI ALLAH TANYA AWAT TOLAK HUKUMKU ?

Monday, October 31, 2011

Mohd Najib, Rosmah dan Zambry jadi tetamu Allah



Kedua-dua anak kepada Allahyarham Tun Abdul Razak iaitu Mohd Najib dan Mohd Nazim telah berlepas ke Arab Saudi untuk menunaikan fardhu haji hari ini.

Turut serta dalam rombongan itu ialah Zambry Abdul Kadir dan balu kepada Allahyarham Tun Abdul Razak iaitu Rahah Mohamad Noah dan isteri kepada Mohd Najib iaitu Rosmah Mansur.

Saya sengaja tidak meletakkan gelaran didepan nama mereka kerana selaku tetamu Allah, mereka adalah sama tarafnya dengan tetamu-tetamu Allah yang lain yang datang daripada setiap benua dan kepulauan di dunia ini.

Semoga kepulangan mereka nanti membawa satu perubahan kepada perkembangan Islam di Malaysia serta membawa pulang haji yang mabrur yang akan memberi contoh yang terbaik kepada 1Malaysia.

al-brangionline:

Kami menunggu kepulangan Tuan-Tuan Haji Najib dan Zambry serta Puan Hajjah Rosmah agar dapat menegakkan Islam daripada dihina oleh rakan mereka dalam BN. [sumber .] [sumber .]

31/10/11

Video dan gambar !! Sembilan Cedera Keretapi Langgar Lori Tangki di sabah

Sebuah kereta api dalam perjalanan dari Stesen Tanjung Aru ke Papar merempuh sebuah lori tangki di lintasan berhampiran sebuah stesen minyak di Petagas dekat sini petang tadi.Kejadian kira-kira 5.30 petang tadi itu menyebabkan letupan kuat dan sekurang-kurangnya lapan orang cedera dengan pemandu lori tangki berkenaan patah kaki.
Asap tebal akibat letupan itu boleh dilihat dari jarak sehingga lima kilometer. Berikutan rempuhan itu, kereta api dan lori tangki berkenaan melekat dan masih berada di landasan.







Sembilan cedera dalam letupan besar akibat pelanggaran antara kereta api dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang Isnin.
KOTA KINABALU: Tiada kematian dilaporkan, namun setakat ini sembilan cedera dalam letupan besar akibat pelanggaran antara kereta api dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang Isnin. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita di tempat kejadian penumpang-penumpang lain dalam kereta api itu sama ada berjaya menyelamatkan diri ketika pelanggaran berlaku kira-kira 5.30 ptg atau mereka diselamatkan bila anggota bomba tiba.
Mangsa-mangsa segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan, kata beliau. Menurut Hamza, lori tangki itu sedang melintasi trek kereta api untuk menghantarminyak ke sebuah stesen minyak, tetapi pergerakannya agak perlahan menyebabkankereta api berkenaan melanggarnya. Beliau berkata pemandu lori berusia 41-tahun dibawa oleh polis untuk siasatan,sementara pemandu kereta api berusia 51-tahun mengalami luka-luka di kaki. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi memberitahu Bernama lima kereta bomba ditugaskan dari balai bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas. Beliau berkata mereka juga dibantu dengan sebuah kereta tangki air dan dua kereta bomba dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat lapangan terbang itu.
Sementara itu, seorang staf Penerbangan Malaysia Busri Asad, 39, berkata beliaunampak beberapa orang penumpang keluar melalui tingkap keretapi sejurus selepaspelanggaran berlaku. "Saya juga melihat orang-orang berlari ke bahagian belakang keretapi. Kira-kira 10 minit selepas pelanggaran, satu letupan berlaku dan api naik dengan marak," kata beliau.
Busri berada di seberang jalan dari tempat kemalangan selepas habis kerja.
Seorang setiausaha akhbar kepada menteri negeri, Arshad Hussin berkata beliau berada pada jarak kira-kira 700 meter ketika kemalangan berlaku. "Saya dalam perjalanan pulang dan hendak mengisi minyak di stesen. Tetapi saya membuat keputusan menghentikan kereta di tepi jalan kerana saya ternampak dari stesen itu kebakaran besar dan asap tebal. "Lalu lintas di jalan tiga lorong terhenti di depan tempat kemalangan dan kenderaan lain bergerak jauh menuju ke lorong sebelah kanan, mengelakkan lorong sebelah kiri," katanya, dan menambah beliau turut mendengar dua letupan. Beliau juga nampak orang-orang dalam gerabak berlari ke bahagian belakangkereta api.

Siapa Dalang Di Belakang Mat Rempit Yang Berdemonstrasi Haram Di Pulau Pinang?


Demonstrasi Haram: Lima Individu Ditahan Di P. Pinang

GEORGE TOWN: Polis menahan lima individu kerana menyertai perhimpunan haram di sekitar bandar raya ini, bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mereka yang termasuk Pengerusi Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Sabaruddin Ahmad itu ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil.

Perhimpunan dipercayai dianjur beberapa pertubuhan bukan kerajaan di negeri ini, katanya kepada pemberita, di sini.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati perhimpunan disertai kira-kira 200 penunggang motosikal yang memulakan protes kira-kira 12 tengah hari tadi dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri.

Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja T kuning yang memaparkan ayat "Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis".

Perhimpunan itu bertukar kecoh apabila kumpulan penunggang motosikal terbabit bertindak mengelilingi bangunan Komtar sebanyak tiga kali, sebelum berkumpul di depan pintu masuk utama dan membunyikan hon motosikal selama 30 minit.

Kumpulan itu kemudian bergerak ke Dewan Undangan Negeri sebelum bersurai selepas diarahkan polis. -BERNAMA.


Mat rempit dakwa KM Pulau Pinang rasis


Kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menuntut ‘litar perlumbaan’ dibina bagi kegunaan mereka.


Kumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis.


Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan ‘LGE rasis’ - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'.


Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi “Kami mahu litar lumba”.


Topi kaledar


Lima penunjuk perasaan, termasuk Shahabuddin, ditahan polis yang telah mengekori sebahagian daripada ahli kumpulan itu dari bangunan Komtar, tempat pentadbiran negeri.


Adalah difahamkan bahawa mat rempit itu bermula dari Jalan Pulau Pinang dan bergerak ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri melalui Jalan Street Light.


Semasa tangkapan itu, berlaku pergelutan kecil di antara polis dan penunjuk perasaan yang terus menjerit. Ada juga yang mencampakkan topi kaledar.


Sebahagian bangunan Komtar sebelum ini telah dicemari dengan grafitti tulisan “Guan Eng tipu Melayu” tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan mat rempit itu yang bertanggungjawab.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata kumpulan berkenaan merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Lim berhubung beberapa isu yang melibatkan mereka.


"Kami benarkan mereka untuk menyerahkan memorandum itu kerana ini negara demokrasi. Tetapi jika (himpunan itu) tidak aman, ia boleh menimbulkan keadaan huru-hara dan menyebabkan kehilangan hartabenda," kata Gan.


Mereka yang ditahan akan disiasat kerana menyertai perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis.


Kata Gan, selain Sabaruddin, empat individu lain ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil. -mk

TU LA TAHAP UMNO MUMY OIII !

Wednesday, October 26, 2011

Rahsia terbongkar mengapa anak didik tabika Kemas otaknya "selut"

Melihat visual di atas, hasil dari pededahan Ketua Audit Negara maka tidak hairan mengapa anak Melayu kita khasnya produk Tabika Kemas otaknya menjadi "selut".

Mereka gagal bersaing dengan anak-anak Cina produk tabika Cina dari awal pra sekolah sehinggalah ke peringkat Universiti kerana hasil yang mereka makan diletak pada tempat yang paling menjijikan.

Rakyat berhak untuk bangun bertanya kemana perginya peruntukan jutaan ringgit yang disalurkan untuk pembangunan pra sekolah di luar-luar bandar di bawah Kementerian PembangunanWilayah dan Luar Bandar.

Guru-guru dan penyelia KEMAS Daerah dan Kawasan  juga yang kebanyakannya terdiri dari politikus dalam UMNO Bahagian hanya asyik berpolitik mengejar jawatan sehingga tugas hakiki mereka diabaikan.

Peruntukan untuk membangunkan kelas-kelas Tabika menjadi modal untuk sogokan semasa berlawan merebut jawatan dalam UMNO bahagian.

Akhirnya lahirlah anak-anak yang otaknya 'selut', mandom, tak mampu bersaing dan ponteng sekolah.

Iktibar dari pembongkaran ini, Menteri yang ditugas seharusnya menyuci bersih pegawai-pegawai KEMAS, Guru-guru KEMAS dan Penyelia-Penyelia yang tidak kompetant. 
 

Tembikai yang hebat, acuan yang berjaya

semangka-unik

Pendekatan Dakwah: Kami sedia dialog

Posted on Monday, October 31 @ 06:22:01 PDT by Paktam

Oleh Nasruddin Hassan

1. Dakwah adalah sebahagian dari jalur perjuangan PAS selain siasah [politik] dan tarbiah [pehttp://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/06/04/NasrudinHassan-GreenBG-450pixel.jpgngkaderan] untuk meninggikan Islam mengatasi kebathilan. Ia juga sebahagian daripada makenisme perjuangan Islam bagi memastikan risalahnya dapat disampaikan kepada seluruh ummat manusia.

2. Asas dakwah ialah hikmah [kebijaksanaan], nasihat yang baik dan dialog untuk mencari kebaikan. Berpaksi kepada kebenaran yang diperjuangkan, gerakkerja dakwah tidak terhenti di atas satu kaedah pendekatan atau satu cara penampilan. Malah kebijaksanaan dalam gerekkerja dakwah juga tidak statik.

3. Dewan Pemuda PAS Malaysia telah melangkah ke pelbagai sudut ruang dakwah sepanjang tempoh perjuangannya dan senantiasa sedia untuk menerokai pelbagai pendekatan baru pula jika ia memberi kebaikan dan memulangkan keberkesanan dalam gerakkerja dakwah Islam. Justeru itu, kita positif menerima pandangan dan cadangan ke arah penambahbaikan kualiti dakwah pemuda PAS ke arah membawa masyarakat khasnya anak - anak muda agar memahami Islam dan memilih Islam sebagai cara hidup mereka.

4. Saya dan rakan - rakan  exco malah seluruh warga Dewan Pemuda PAS senantiasa lapang dada dan bersikap terbuka untuk berbincang dan berdialog dengan semua pihak. Saya mengalu - alukan semua pihak termasuk tokoh akademi yang kini kebanyakkan mereka sedang memantau dan memberi perhatian mereka kepada kehadiran dan penampilan Dewan Pemuda PAS Malaysia di pentas politik dan dakwah Islamiyah negara ini, termasuklah Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang baru - baru ni melalui twitternya telah mengkritik Dewan Pemuda PAS  yang disifatkan oleh beliau sebagai diresapi unsur toliban yang kuat apabila pemuda PAS tidak bersetuju dengan Konsert Elthon John.

5. Sungguhpun kritikan itu agak keterlaluan dan saya percaya bagi mereka yang mengikuti  perjuangan PAS dari dekat,  khasnya setelah melalui apa yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS menganjak masa dan sejarah perjuangannya sejak awal penubuhan sehingga kini, mereka tidak mungkin menerima tohmahan yang mengatakan pemuda PAS telah diresapi unsur Toliban. Jika tohmahan sedemikian bermaksud untuk mengaitkan Pemuda PAS sebagai eksterim, maka ia semakin jauh tersasar dan tohmahan itu semakin keterlaluan.

6. Hanya kerana tidak sependapat dengan kaedah dan pendekatan dakwah yang diambil oleh Dewan Pemuda PAS, tidak bermakna pemuda PAS boleh ditohmah begitu sahaja dan sesedap rasa untuk menanggapi kononnya pemuda PAS telah diresapi unsur Toliban. Telah banyak perkara baru dan bidang dakwah yang telah diterokai oleh Dewan Pemuda PAS malah ia berkembang mengikut keperluan semasa disamping mengekalkan apa jua bentuk pendekatan tradisi yang masih bermanafaat.

7. Kini kita  tidak lagi hanya bergantung kepada ceramah umum untuk menyampaikan maklumat dan mesej perjuangan kita. Malah Pemuda PAS telah turun ke tengah masyarakat dengan pelbagai aktiviti dan gerakkerja untuk mendekati mereka khasnya anak muda, agar mereka dekat dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan lalu memahami dan menerimanya. Saya juga yakin dan optimis, bagi mereka yang positif dan tidak "sceptical" terhadap Dewan Pemuda PAS, mereka akan nampak dengan jelas apa yang telah dilakukan oleh pemuda PAS di arena dakwah dan juga pentas politik tanahair.

8. Biarpun masih banyak kelemahan yang perlu ditegur dan dikritik, malah kita juga tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian sendiri justeru masih banyak perkara yang perlu diperbaiki namun, untuk menganggap pemuda PAS telah diresapi unsur Taliban adalah suatu yang tidak masuk akal dan keterlaluan.

9. Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia sedia berdialog dengan siapa sahaja termasuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, samaada secara terbuka atau secara tertutup untuk menilai dan mencari pendekatan dakwah yang terbaik ke arah menyelamatkan ummah yang kini sedang tenggelam timbul dalam arus jahiliyah moden dan alpa dengan budaya hedonismenya. Saya harap benar tawaran ini bersahut.

10. Dialog ini penting untuk masa depan perjuangan Islam justeru dakwah dan Islam ini bukan ekslusif milik satu -satu pihak tetapi ia adalah milik semua dan semua berhak untuk memberi pandangan serta cadangan. Namun sikap saling sinis menyinis tidak membawa sebarang kebaikan. Sebaliknya saya menyeru semua pihak agar turut sama menyampaikan mesej dakwah kepada "penganjur mungkar" agar sang penganjur juga sedar implikasi penganjuran aktiviti mungkar, jangan hanya sekadar menempelak golongan yang mahu membasmi kemungkaran tersebut semata - mata langkah yang diambil tidak serupa dengan kehendak kita.

11. Sebagai seorang muslim, kita tidak boleh membiarkan kemungkaran atau aktiviti yang meruntuhkan moral berlaku begitu sahaja di atas tanahair kita dengan membuat tanggapan bahawa kemungkaran itu hanya untuk non muslim terutama yang dianjur secara terbuka. Bahkan saya percaya bahawa non muslim juga tidak suka aktiviti yang meruntuhkan moral anak bangsa mereka.

ADIH ! SAKITNYA, SO APA RAJA-RAJA BOLEH BUAT ?

Laporan Audit 2010: PAS Kemuka Petisyen Kepada Agong


Laporan Audit: PAS mahu Agong minta Najib letak jawatan

KUALA LUMPUR, 31 Okt PAS akan memulakan kempen petisyen meminta Yang di-Pertuan Agong agar menasihatkan Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan susulan pendedahan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 yang menunjukkan beliau telah gagal sebagai seorang perdana menteri dan ketua eksekutif kerajaan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, laporan itu menunjukkan pentadbiran Najib telah gagal untuk menghentikan pembaziran dan rasuah dalam kerajaan.

“Jika yang ini (berlaku) di sektor swasta, ketua pegawai eksekutif sudah pasti telah dipecat,” kata beliau dengan menggariskan siri kelemahan dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara.

Laporan itu menyebut hutang kerajaan telah meningkat kepada RM407 bilion atau 51 peratus daripada KDNK dan mengetengahkan senarai kes salah urus termasuk bayaran bonus kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, PAS akan memulakan kempen mengutip tandatangan mulai minggu depan.

“Sebanyak 50,000 hingga 60,000 tandatangan pun sudah cukup untuk menunjukkan kemarahan rakyat. Kita tahu di laman sosial Facebook lebih 100,000 orang telah memprotes projek Menara Warisan Merdeka 100 tingkat,” katanya.

Laporan itu hanya diumumkan kepada publik Isnin pada 24 Oktober lalu, lebih dua minggu selepas Bajet 2012 dibentangkan.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang menuduh Barisan Nasional (BN) sengaja melewatkan pembentangan laporan itu agar mereka tidak boleh membahaskannnya. -TMI

Audit: PAS kemuka petisyen kepada Agong

KUALA LUMPUR, 31 Okt: PAS akan mengemukakan satu petisyen kepada Majlis Raja-Raja dan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pembaziran dan salah urus kewangan negara seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, petisyen itu merupakan suara bantahan dari rakyat yang akan dikumpul melalui satu laman web yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

"Kita akan lancarkan petisyen dalam internet...dalam tempoh seminggu dua lagi.

"Kita akan kumpul nama-nama rakyat dan bawa kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata petisyen itu bagi memberi maklum kepada Tuanku dan bagaimana baginda boleh bertindak atas bidang kuasa baginda untuk menasihatkan kerajaan.

"Audit ni macam buku laporan murid sekolah la. Kalau tengok banyak merah tentu mak ayah kecewa. Sama la dengan rakyat yang kecewa dengan prestasi kerajaan dalam laporan audit itu.

"Sebab itu perlu ada satu tindakan dari Yang Dipertuan Agung. Pendedahan ini sangat berat," katanya merujuk kepada kepincangan pengurusan wang negara yang didedahkan oleh laporan audit itu.

Ditanya tuntutan petisyen itu sampai ke tahap mana, Mahfuz berkata sehingga "PM lepaskan jawatan, kerana ini satu kegagalan seorang PM".

"Kalau dalam syarikat korporat, jika berlaku kerugian, CEO mesti bertanggungjawab dan perlu melepaskan jawatan tukar orang lain," tambahnya. -HD

Keputusan mahkamah terus disambut baik, Pakatan janji mansuh AUKU

October 31, 2011
KUALA LUMPUR, 31 Okt – Pelbagai pihak termasuk pertubuhan pelajar menyambut baik keputusan bersejarah Mahkamah Rayuan hari ini manakala Pakatan Rakyat berkata pihaknya akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti jika berjaya menguasai Putrajaya.

“Pemuda DAP mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara,”  kata Ketuanya Loke Siew Fook dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, keputusan itu adalah satu kemenangan moral kepada kebangkitan gerakan mahasiswa di Malaysia yang telah lama memperjuangkan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Ahli Parlimen Rasah ini (gambar) menambah, tindakan empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia membawa kes mereka ke mahkamah sehingga terhasilnya keputusan hari ini perlu dipuji di atas keberanian dan semangat perjuangan mereka yang cukup tinggi.

“Pemuda DAP juga bersetuju dan menyokong saranan pertubuhan pelajar Gamis yang menuntut supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti dimansuhkan serta-merta.

“Sememangnya Akta Universiti dan Kolej Universiti perlu dimansuhkan seperti (Akta Keselamatan Dalam Negeri) ISA dan mengembalikan autonomi dan kebebasan akademik kepada pihak universiti,” kata beliau sambil menambah, undang-undang itu telah lama mengawal pemikiran mahasiswa tempatan dan melenyapkan budaya pemikiran kritis di kampus-kampus universiti awam.

Namun, katanya, hipokrasi politik Pemuda MCA cukup terserlah dalam kenyataan Ketua Pemudanya Datuk Dr Wee Ka Siong yang mengalu-alukan keputusan mahkamah hari ini.

“(Wee) Ka Siong mengatakan Pemuda MCA konsisten dalam pendirian mereka selama ini yang menuntut supaya Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti dibatalkan.

“Saya ingin mengingatkan Ka Siong semasa rang undang-undang untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti dibahaskan di Parlimen pada 2008, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen MCA yang memperjuangkan supaya Seksyen 15 dibatalkan,” katanya.

Loke menambah, Pemuda DAP akan terus memperjuangkan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti dan “kami akan menyokong segala usaha yang dibawa oleh gerakan mahasiswa untuk menghapuskan akta ini.”

“Malah, pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti merupakan salah satu agenda utama Pakatan Rakyat sekiranya kita mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum yang ke-13 nanti,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Lawyers For Liberty juga mengalu-alukan keputusan mahkamah hari ini kerana mematahkan satu lagi rantai yang mengawal gerakan melibatkan kaum pelajar.

“Keputusan itu mengesahkan semula hak bagi penyertaan politik,” kata salah seorang pemimpinnya Fadiah Nadwa Fikri dalam kenyataan berasingan.

Menurut beliau, keputusan itu kena pada masanya ketika isu menyentuh kes siasatan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Profesor Dr Abdul Aziz Bari masih menjadi perhatian, yang jelas melanggar kebebasan akademik, bersuara dan berucap.

Saman pengikut Syiah ke atas Jais dibatal

October 31, 2011
KUALA LUMPUR, 31 Okt Mahkamah Tinggi membatalkan saman yang difailkan seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember lalu terhadap bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jais.

Hakim Datuk V T Singham membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan bekas pengarah Jais Datuk Muhammad Khusrin Munawi dan Jais bagi membatalkan saman itu.

Pada 16 Jun lepas, Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz menfailkan saman terhadap penerbit dan pencetak akhbar harian Utusan Malaysia dan akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Muhammad Khusrin dan Jais atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung serbuan itu.

Bagaimanapun, Utusan tidak memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut. Mahkamah menetapkan satu tarikh lain bagi menyebut kes saman itu terhadap Utusan.

Laporan Bernama Online berkata, dalam keputusannya, Hakim Singham memutuskan kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Khusrin dan Jais pada 16 Disember lalu yang kemudiannya disiarkan  Utusan Malaysia pada 17 Disember tidak merujuk secara langsung atau tidak langsung kepada Mohd Kamilzuhairi atau mana-mana individu.

Hakim Singham berkata kenyataan itu juga tidak pernah merujuk bahawa Mohd Kamilzuhairi adalah seorang anggota atau ketua kumpulan Syiah, dan ia hanya merujuk kepada satu kumpulan ajaran Syiah sahaja.

“Oleh itu, kenyataan tersebut tidak boleh dianggap atau dibuat sebarang andaian merujuk kepada plaintif (Mohd Kamilzuhairi) melainkan plaintif sendiri yang merasakan ia merujuk kepadanya,” katanya.

Beliau berkata jika kenyataan itu dibaca secara keseluruhan, pembaca tidak akan merujuknya kepada plaintif.

Bagaimanapun, Hakim Singham berkata plaintif sendiri dalam pernyataan tuntutannya mengakui beliau adalah pengikut ajaran Syiah.

“Oleh itu, mahkamah mendapati tidak ada apa-apa asas yang boleh menunjukkan bahawa kenyataan itu merujuk kepada plaintif atau mana-mana individu,” katanya.

Hakim Singham juga memutuskan saman yang difailkan Mohd Kamilzuhairi itu tidak menunjukkan kausa tindakan yang munasabah, remeh, menyusahkan dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Hakim itu juga memerintahkan Mohd Kamilzuhairi membayar kos berjumlah RM3,500 kepada kedua-dua defendan berkenaan.

Dalam samannya, Mohd Kamilzuhairi mendakwa Muhammad Khusrin pada 16 Disember lalu telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dan kenyataan itu telah diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia hari berikutnya.

Beliau mendakwa kenyataan itu secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya walaupun namanya tidak disebut.

Mohd Kamilzuhairi mendakwa kata-kata dalam kenyataan itu dibuat selepas serbuan Jais terhadap markas Syiah di Taman Sri Gombak, Batu Caves, pada 15 Disember lalu, yang boleh membawa maksud beliau adalah pengikut ajaran Syiah yang mengkafirkan umat Islam lain dan beliau adalah seorang pengikut ajaran Syiah yang lebih berbahaya daripada ajaran sesat.

LOH ? KOK JAHIL BANGET KAMU !

Syahrini Duet Dengan Rhoma Irama Untuk Bapa
Syahrini.
JAKARTA: Penyanyi Syahrini memberitahu berbangga dapat berduet dengan penyanyi dangdut Rhoma Irama pada satu persembahan di Studio MNCTV di sini kelmarin.

Syahrini berkata, kolaborasi itu adalah peluang yang sentiasa dinanti-nantikan olehnya kerana memang meminati penyanyi lagenda itu.

"Kolaborasi dengan Rhoma adalah sesuatu yang saya tunggu-tunggu selama ini," ujarnya ketika ditemui selepas selesai membuat persembahan dengan Rhoma.

Syahrini memberitahu dia sudah mengenali Rhoma sejak kecil kerana bapanya sangat menggemari penyanyi itu.

Malah pada malam itu, Syahrini mendendangkan lagu kegemaran arwah bapanya."Bapa saya cukup meminati Rhoma dan peluang berduet dengannya adalah sebagai sebuah hadiah buat arwah bapa saya," ujarnya.

Isnin, 31 Oktober 2011

Hudud : Tok Guru Nik Aziz Ulas Kenyataan Terbaru Karpal Singh

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata mana-mana individu yang melakukan kesalahan termasuk kes zina tidak semestinya akan dikenakan hukuman hudud.

Sebaliknya kata Mursyidul Am PAS ini, sekiranya kekurangan saksi pesalah boleh dijatuhkan hukuman takzir.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa pesalah kes zina akan dibebaskan sekiranya tidak mempunyai empat orang saksi mengikut hukum hudud.

“Katanya (Karpal) hudud boleh menyebabkan penjenayah terlepas kerana pembuktian empat orang saksi yang sukar diperoleh. Saya mengalu-alukan pandangan rakan-rakan Pakatan Rakyat untuk memantapkan kefahaman mereka.

“Dalam hal ini, ada sedikit silap faham saudara Karpal Singh. Sekiranya seseorang terlepas dari hukuman hudud, seseorang itu masih boleh dikenakan hukuman di bawah hukuman takzir,” katanya di laman Facebook.

Justeru tegas Menteri Besar Kelantan ini, sesiapa yang bersalah akan tetap dijatuhkan hukuman.
“Bersalah tetap bersalah dan tetap dihukum,” katanya.

Karpal pada sidang media di Pulau Pinang semalam menolak cadangan kerajaan negeri Kelantan bahawa undang-undang sivil perlu tegas seperti hukum hudud .TMI

LOMPAT KELUAR HANYA SEBENTAR SAJA, OK LOMPAT DALAM BALIK !

Gobala & Dua Yang Lain Dihalau Keluar Dewan


Ahli Parlimen, Padang Serai Gobala Krishnan diarahkan keluar dewan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar kerana mengganggu Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh ketika membentangkan usul.

Dewan kelihatan tegang apabila Gobala tidak henti-henti mencelah Karpal Singh selama tujuh minit walaupun diarahkan untuk berhenti bercakap dan duduk oleh Tuan Speaker.

"Kamu perlu mendengar peraturan saya sebelum kamu membuat peraturan kamu semua. Jadi saya minta Bagan Serai duduk, Bukit Jelutong duduk atau saya mengarahkan kamu keluar kerana tidak mengikut peraturan Dewan," kata Dr Wan Junaidi.

Terdahulu Karpal Singh membangkitkan isu Kampung Buah Pala yang beberapa minggu lepas kecoh apabila Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menulis di Twitternya-'Mungkin dia nak roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung buah dada'.

Tweet Khairy itu adalah berseloroh dengan Papagomo yang menjadi isu utama mengenai kes anak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa mencabul kehormatan rakan sekolahnya yang dibangkitkan berulang kali di Dewan Rakyat oleh DAP.

Gobala bagaimanapun diarahkan masuk semula ke dewan pada sebelah petang oleh Dr Wan Junaidi.

Namun, Karpal merasakan denda terhadap Gobala terlalu ringan kerana tidak dibenarkan masuk dewan hanya beberapa jam sebelum sesi perbahasan di sebelah petang bersambung semula. -mstar

Giliran Ahli Parlimen Bakri & Segambut Pula Diarah Keluar Dewan

KUALA LUMPUR: Tidak kurang sejam persidangan Dewan Rakyat bersambung semula pada sebelah petang, giliran Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa pula diarahkan keluar dewan.

Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Teck Hwa keluar kira-kira 3.15 petang tadi setelah beliau tidak menghiraukan arahannya supaya berhenti mengemukakan soalan sensitif mengenai hubungan perdagangan antara Malaysia dan Israel kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapha Mohamed.

"Bakri...cukup, menteri pun dah duduk. Saya kata cukup dan duduk. Kalau tak nak berhenti saya arahkan keluar sekarang," katanya.

Teck Hwa berkata, beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Tuan Speaker yang menolak pertanyaan lanjutnya mengenai isu berkenaan.

"Saya hanya ingin tahu sama ada daripada menteri ada atau tidak hubungan itu dilakukan?," katanya.

Beliau mendakwa memperoleh maklumat hubungan itu menerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang membangkitkan isu tersebut melalui fakta yang terperinci dan bukannya hanya cakap kosong.

31 October 2011

PAS GESA NAJIB 'BUBARKAN' DIRI SENDIRI SEBELUM BUBAR PARLIMEN



Perdana Menteri wajib 'membubarkan dirinya sendiri' bukan membubarkan Parlimen. Ini kerana beliau gagal memastikan pentadbiran kewangan negara berada dalam keadaan bersih dan tidak meragukan. Saban tahun Ketua Audit Negara melaporkan kepincangan kewangan negara dengan segala keraguan yang memualkan kita semua.

Namun setiap kali laporan itu dibentangkan tiada seorang pun yang diambil tindakan oleh kerajaan dan agensi-agensi penguatkuasa seperti Polis dan SPRM. 

Oleh kerana Najib bertanggungjawab terhadap segala kepincangan dan penyelewengan kewangan negara, beliau WAJIB MEM"BUBAR'KAN dirinya dari menjawat posisi Perdana Menteri. Adalah diharapkan rakyat dapat mengambil langkah drastik menolak BN pada PRU 13 nanti demi memastikan negara kita tidak bangkrap akibat pentadbiran kewangan yang korup dan meragukan.

Saya juga menyokong tindakan Naib Presiden PAS yang  menggesa PM melepaskan jawatan, kerana kepincangan sistem pentadbiran kewangan negara adalah satu kegagalan seorang Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.


Mahfuz berkataKalau dalam syarikat korporat, jika berlaku kerugian, CEO mesti bertanggungjawab dan perlu melepaskan jawatan dan ditukar dengan orang lain, jadi dalam sebuah negara kegagalan ini mesti dipertanggungjawabkan kepada Perdana Menteri dan beliau mesti memecat dirinya sendiri.

Monday, October 31, 2011

Laporan polis dibuat terhadap UMNO Online


Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini membuat laporan polis terhadap laman web Umno kerana didakwa memetik laporan palsu dan memfitnah majikannya.


Zairil Khir Johari berkata, sehingga hari ini, terdapat sembilan laporan dimuatkan dalam Umno-Online yang mendakwa anak Lim mencabul seorang pelajar perempuan dan beliau dikatakan membayar RM200,000 kepada keluarga pelajar itu.

"Yang paling teruk sekali, laporan-laporan tersebut terus disiarkan dan dimainkan dengan semberono walaupun bukti sudah pun dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk membidas tuduhan-tuduhan yang liar itu," katanya.

Sebelum ini, beberapa penulis blog pro-Umno mendakwa anak remaja Lim mencabul kehormatan rakan sekelasnya dan dan akibat itu terpaksa dipindahkan sekolah.

Dalam kenyataan hari ini, gadis yang dituduh Anya Ann Corke, pemain catur terkemuka, Lim dan pengetua sekolah berkenaan menafikan kejadian itu.

Beliau juga mendakwa laman itu memetik "laporan palsu" yang didakwa disiarkan oleh akhbar Cina Guang Ming Daily berhubung perkara itu.

Sembilan laporan berkaitan dimuatkan antara 18 hingga 28 Oktober lalu.

Justeru, beliau berpendapat, Umno-Online melakukan kesalahan jenayah bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan, Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kelantan bakal maju jika Malaysia di bawah Pakatan Rakyat

Posted on Sunday, October 30 @ 21:00:00 PDT by Paktam

Oleh DATO’ HUSAM MUSA

Naib Presiden PA
 
SUSUNAN atur hasil Petroleum yang lebih terdekat, jika kita melihat model Indonesia di mana setiap wilayah diberi 70 peratus hahttp://2.bp.blogspot.com/__J2G4HF-iDQ/Swa_QE1hg3I/AAAAAAAACA8/s5qQeFd_lYM/s320/husam.jpgsil buminya. Dan terkini Bengkalis dalam tiga tahun kebelakangan ini dapat bahagian petroleum sebanyak 70 peratus dan Bengkalis berjaya merealisasikan impian rakyat tempatan yang terpendam selama ini.

Bukan sahaja kemudahan infrastruktur dipenuhi, tetapi juga meningkatkan sosio ekonomi bagi rakyat yang miskin dan marhaen, dengan kemudahan lot perniagaan seperti baazar dan memulihkan semula perniagaan berasaskan hasil bumi tempatan seperti ikan terubuk dapat dijana semula dan dapat beri kemudahan yang sebaiknya kepada rakyat di Indonesia.
 
Tetapi di Malaysia masih lagi wujud pemerasan di mana secara tidak logik hasil negeri dikaut oleh kerajaan persekutan dan dibelanjakan sewenang-wenangnya oleh kerajaan persekutuan dan dibelanjakan bukan untuk kemudahan rakyat, sebaliknya pemimpin di peringkat persekutuan berbelanja bermewah-mewahan sampai peringkat membazir.

Sehubungan dengan itu mungkin kita perlu mengambil model yang seimbang di mana hasil royalti tidak akan dipertikaikan lagi dan pembahagiannya ditambah 20 peratus kepada Kelantan, Sabah, Sarawak dan Terengganu berbanding sebelum ini di bawah BN hanya 5 peratus itu pun dinafikan hak Kelantan untuk mendapatnya.

Kebetulan Kelantan Terengganu, Sabah dan Sarawak sebahagian rakyatnya masih berada dalam paras kemiskinan walaupun Kelantan telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan sejak 10 tahun lalu, namun di Sabah masih lagi besar jumlah miskin tegarnya.

Begitu juga di Sarawak dan Terengganu di mana dua negeri ini antara yang tinggi kemiskinannya.

Keberkesanan penggunaan wang royalti di kerajaan pusat dan Negeri yang dikuasai BN sangatlah tidak berkesan.

Namun bagi Sabah dan Sarawak secara geografinya negeri ini besar dan sejarah ketinggalan dari sudut pembangunan dan dipinggirkan lebih 50 tahun lamanya justeru jika Pakatan Rakyat mahu memulihkannya semula untuk menyeimbangkan ekonominya dengan negeri-negeri di Semenanjung, Pakatan Rakyat harus menimbang suatu jumlah peratusan royalti yang lebih besar daripada 20 peratus seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga. Hal ini harus dijadikan agenda utama Pakatan Rakyat.

Khusus bagi Kelantan pula, Pakatan Rakyat harus membuat perakuan dalam manifesto pilihan rayanya nanti suatu perakuan untuk membayar royati kepada kerajaan negeri Kelantan sertamerta selepas Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya.

Ini harus dijelaskan sekarang ini bahawa Pakatan Rakyat akan segera memulangkan terus royalti rakyat Kelantan secara serta-merta setelah dirampas BN sebelum ini.

Dalam kes kita di Kelantan, kita ada beberapa NGO yang membantu seperti GEGAR, kita telah pun berbincang dengan GEGAR, kerajaan negeri telah merangka kasar bagaimana kaedah penggunaan wang tersebut (royalti) jika dibayar suatu hari nanti, di mana kita juga membuka idea dan pandangan untuk rakyat memberikan input bagaimana pelaksanaannya nanti.

Di antaranya dibahagikan kepada tiga bahagian, pertamanya kemudahana infrastruktur yang akan dibagunkan dengan segala macamnya, termasuk masjid dan lain-lain.

Kedua untuk kebajikan langsung terus kepada rakyat memerlukan di mana soal bayaran khidmat perubatan kronik yang membebankan, perbelanjaan pelajaran di mana daripada Tadika membawa kepada Universiti semuanya akan ditanggung oleh kerajaan Negeri melalui wang royalti ini.

Selain itu ianya untuk peruntukan perbelanjaan rakyat termiskin, peruntukan perumahan rakyat termiskin untuk keselesaan rakyat seluruh Kelantan dan peningkatan elaun guru Quran, Imam-imam masjid dan surau, dan bilal serta kakitangan yang terlibat dalam memberikan bimbingan moral dan rohani rakyat negeri Kelantan.

Selain itu kemudahan untuk pra sekolah dan penubuhan Sekolah Islam, bantuan sekolah aliran Cina dan tamil di Kelantan dan peruntukan untuk membantu orang asli, bantuan tanggungan bulanan rakyat miskin dan kurang upaya (OKU) yang hingga selesa dan mencukupi, dan hingga kepada penyediaan keperluan hidup rakyat Kelantan supaya kos hidup lebih rendah berbanding negeri-negeri lain.

Ketiga kerajaan negeri juga harus menabung untuk masa depan memandangkan dengan keadaan sumber minyak dan gas yang semakin berkurangan, justeru penabungan harus dijalankan, jadi perlu ada penabungan masa hadapan dibahagikan kepada menyimpan dalam bentuk emas dan perak.

Dalam bulan Oktober kelantan mengadakan Sidang belanjawan di Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu dijadualkan pada 16 Oktober ini. Dalam sidang itu dibentangkan pindaan Acara Kewangan 1957, untuk membolehkan kerajaan negeri melabur dalam logam bernilai seperti emas dan perak.Jika diluluskan, Kelantan negeri pertama yang meluluskan secara enakmen pelaburan secara logam dan emas.

Singapura sebelum ini telah memasukkan hal ini dalam akta acara kewangannya pada tahun 1965 lagi, tetapi Malaysia agak terkebelakang dalam konteks ini.Justeru dalam konteks ini selari dengan dasar kerajaan negeri yang memperkenalkan mata wang emas dan dinar walaupun belum boleh berfungsi lagi.

Ia juga selari dengan trend dunia di mana simpanan berasaskan harga emas meningkat tinggi, mereka simpan emas dapat keuntungan berlipat kali ganda. Tiga negara di dunia ini telah menyusun semula simpanan antarabangsanya iaitu China, India dan Korea Selatan, di mana China menyimpan 10 peratus simpanan antarabangsanya dalam emas sementara India dan Korea pula kini sedang giat membeli jongkong emas untuk ‘reserve antarabangsanya’.

Mereka mendapat keuntunag seperti kita baca dalam laporan ekonomi di mana harga emas antarabangsa kini USD1600 bagi satu auns, dan akan menjadi USD2000 satu auns hujung tahun ini. Mereka yang ada emas akan menjadikan kekayaan mereka bertambah.

Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju untuk membuat simpanan dalam berbentuk emas, bermakna Kelantan dalam memandang ancaman kejatuhan nilai wang antarabangsa. Jika kita lihat di USA, ada sebuah negeri yang dinamakan Utah State yang mana mereka telah anjurkan persidangan monitori mata wang baharu pada 16 September lalu, di mana pakar daripada seluruh dunia dijemput bentangkan pandangan mereka terhadap penggunaan mata wang lain selain mata wang kertas yang tidak disandar pada mana-mana nilai berharga.

Sudah wujud sebenarnya di peringkat antarabangsa pemikiran untuk mewujudkan mata wang baharu yang disandarkan kepada sesuatu simpanan sama ada emas atau perak.Ini bermakna dunia telah meragui kemampuan mata wang yang disandarkan kepada sekeping kertas Dolar Amerika (USD).USD bagi nilai USD 100 kos untuk mencetaknya hanya 6 sen tetapi diberi nilai USD100.

Jika dahulu nilai ini sangat berkesan memandangkan sebelum ini belum dipersoalkan nilai dolar.

Tetapi sesuai dengan perkembangan hutang ekonomi Amerika Syarikat, tetapi kini nilai hutangnya sudah meningkat dan setiap kali hutangnya meningkat Amerika akan mencetak wang kertasnya, dan dunia merasakan wang ini tidak mampu membayar hutang yang seperti sepatutnya dibayar oleh Amerika kerana ia hanya dilihat jaminan sekeping kertas yang tiada nilainya.

Malah dengan kelembapan ekonomi di beberapa negara Eropah, dan dengan kedudukan kewangan yang sangat kritikal, kita dapat melihat jangkaan ekonomi dunia tahun hadapan akan menghadapi kelembapan kerana tiada enjin ekonomi yang berkesan dan pemain ekonomi dunia utama seperti negara Eropah bermasalah.

Oleh itu Malaysia harus menyimpan reserve antarabangsanya secara tukaran emas di peringkat antarabangsa adalah pilihan terbaik buat masa ini.

Saya mencadangkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tuan Razak mempertimbangkan tindakan sama seperti Kelantan bukan bermakna semua reserve ditukar kepada emas, tetapi melihat kepada model seperti negara China yang ada reserve dengan emas, USD dan sebagainya, dan jika apa-apa berlaku kita ada kedudukan lebih stabil.

Putrajaya dikawal BN juga buat sama dengan kekayaan kita dikaut tetapi hak kita tidak diberikan. Orang sebegini (Umno-BN) tidak amanah dan tidak layak diberikan kepercayaan atau kuasa oleh rakyat Kelantan.

Saya harapkan rakyat Kelantan tidak akan memberikan kerusinya kepada orang sebegini (Umno-BN) dan memberikan seluruh kerusinya seperti yang saya sebut di Jeli, sangat penting semua kerusi Parlimen di Kelantan kita menangi untuk membolehkan kita membantu mentadbir di peringkat Putrajaya. Mana-mana pemimpin yang kita lihat baik kita tempatkan semula Dato’ Mustapa Mohammad jika dia baiklah untuk kita tempatkan semula.

Belanjawan kita lihat pemberian Permit Import (AP) untuk import kereta diberikan oleh menteri kepada pihak-pihak yang sama setiap tahun menyebabkan seseorang yang sama itu menjadi kaya dan terus kaya setiap tahun dan sebaliknya ekonomi negara tidak berkembang.

SUKA-SUKA ANGKAT DIRI SENDIRI

31 Oktober, 2011

Skandal Ketua Wanita BN?


Cara pemilihan Ketua Pergerakan Wanita Bahagian Beaufort, baru-baru ini diragui banyak pihak, khususnya ahli-ahli pergerakan itu sendiri ekoran dakwaan bahawa pemilihan seorang peniaga, Linda Anthony, kerana dikatakan mesyuarat agungnya hanya dihadiri beberapa orang perwakilan sahaja.
 
Menurut maklumat itu lagi, tiada dicatat jumlah kehadiran perwakilan yang dapat mengesahkan sama ada korum mesyuarat dipatuhi atau sebaliknya.
Linda, seorang muka baru dikatakan hanya mempunyai tujuh pencalonan manakala penyandang, Datin Mariah Johnny pula hanya ada dua pencalonan. Secara matematik mudah hanya sembilan cawangan keseluruhan membuat pencalonan sedangkan bahagian itu mempunyai kira-kira 90 cawangan. Menjadi tanda tanya besar, ke mana bilangan cawangan lain menghilang dan gagal membuat pencalonan?

Walaupun dengan keadaan itu, pemilihan pergerakan wanita bahagian itu terpaksa diteruskan dengan andaian jika tiada perwakilan yang membuat ‘bising’ maka sahlah pemilihan meskipun ia dianggap misteri bagi ahli yang mengikuti perkembangan secara senyap. Pemilihan Ketua Wanita baru itu dipercayai hanya ‘diendorse’ oleh beberapa orang perwakilan sahaja setelah penyandangnya, Datin Mariah menarik diri.

Tidak cukup dengan kecelaruhan itu, Linda yang baru saja menjadi Ketua Pergerakan itu terus menunjuk belang dengan menghilangkan diri apabila pergerakan itu menghantar perwakilannya ke Kongres Pergerakan Wanita UPKO Pusat di Penampang. Lebih 10 perwakilan dan pemerhati dari bahagian itu dikatakan terpaksa membawa diri masing-masing tanpa ketua menyebabkan ada di antara mereka menyifatkan ketua itu sebagai tidak bertanggungjawab dan hanya ingin jawatan.

Mereka juga masih menunggu agar Linda datang memberi penjelasan, tetapi dikatakan terus ghaib dan tidak menghadiri mesyuarat yang sepatutnya dia hadiri. Mereka mahu kepimpinan tertinggi UPKO menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sekiranya pemilihan ketua pergerakan itu yang dijalankan tidak mengikut peraturan bagi mengelakkan masalah kepada pergerakan wanita bahagian itu./
sabahkini

Syabas Bob Lokman!

Posted on Monday, October 31 @ 00:00:00 PDT by Paktam

Oleh Mohamed Hanipa Maidin

SECARA jujur saya amat cemburu dengan ketegasan Bok Lokman yang enggan tunduk dengan ancaman Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Ketegasan beliau untuhttp://media1-cdn.malaysiakini.com/403/84a2f133168c3d8c280ec9d8bd2dc08d.gifk enggan menghadirkan diri bagi disoal siasat oleh Jais mengingatkan saya kepada Mahatma Gandhi yang terkenal dengan prinsip 'satyagraha' ( tidak tunduk kepada undang-undang zalim ).

Memang sukar untuk memahami individu Muslim seperti Bok Lokman boleh ditangkap oleh Jais kerana menyampaikan kalam Allah kepada hamba-hamba Allah di Rumah Allah. Kita amat khuatir jika ada pihak yang sanggup bertindak seperti musuh Allah menghalang agama Allah tersebar di muka bumi Allah.

Secara peribadi saya tidak pernah bersetuju dengan undang-undang yang mengkehendaki orang yang menyampaikan ajaran Islam mempunyai tauliah.

Ya, undang-undang mengenai tauliah ada unsur positif. Ia digubal dengan berfalsafahkan motif supaya hanya mereka yang layak dibenarkan bercakap tentang Islam. Bagaimanapun dalam banyak keadaan undang-undang tersebut telah disalahgunakan sehinggakan mereka yang layak pun tidak dibenarkan berceramah di masjid hanya kerana tiada tauliah. Jelas aspek negatif tauliah mengatasi aspek positifnya.

Bukan suatu yang luar biasa undang-undang yang digubal dengan niat yang baik boleh disalah guna untuk menzalimi orang-orang baik. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah contoh yang jelas.

Meskipun niat menggubal ISA asalnya sangat murni iaitu memerangi golongan subversif namun pelaksanaannya selama ini terbukti penuh dengan ketidakadilan dan salah guna kuasa.

Mereka yang menyokong tauliah bersandar pada hujah jika peraturan mengenai tauliah tidak wujud akan wujudnya kekacauan ke rana mana-mana orang dengan mudah menyampaikan ajaran agama tanpa kawalan dan ini akan memburukkan nama baik Islam.

Saya tidak kata hujah tersebut tiada meritnya. Namun hujah tersebut terlalu banyak bergantung kepada anggapan semata-mata. Hujah tersebut menganggap bahawa mereka yang mendengar ceramah agama atau tazkirah di masjid sebagai contoh adalah mereka yang amat jahil agama sehinggakan mereka akan mudah dipengaruhi oleh penceramah dan pentazkirah yang dijemput oleh pihak masjid.

Hujah tersebut juga menganggap orang seperti Bob Lokman dan Khalid Samad ( yang juga akan didakwa oleh Jais kerana beri tazkirah tarawih di masjid di bulan Ramadan) seolah-olah berada di dalam kategori Ayah Pin yang ingin memesongkan pemikiran orang Islam.

Hujah tersebut gagal mengambil kira adakah munasabah jika Bob Lokman ada mempunyai niat jahat di dalam menyampaikan tazkirah beliau akan sanggup memenuhi permintaan jemaah masjid untuk menyampaikan tazkirah secara terbuka tanpa memikirkan kesannya.

Adakah mereka yang ada niat tidak baik ke atas Islam seperti Ayah Pin atau orang yang menggelar dirinya 'Rasul Melayu' akan berani memberi tazkirah secara terbuka seperti Bob Lokman atau Khalid Samad? Dan adakah ahli jemaah masjid terlalu naif dan hanya berdiam diri jika isi tazkirah Bob Lokman menyimpang daripada ajaran Islam. Jais sendiri dilaporkan bersetuju isi tazkirah Bob Lokman tidak bersalahan dengan ajaran Islam.

Terlalu berpegang secara literal kepada undang-undang mengenai tauliah kadangkala akan menyebabkan mereka yang menguatkuasakan undang-undang tersebut bertindak membuta tuli hingga ke tahap tidak masuk akal.

Sejarah menunjukkan alasan tauliah pernah digunakan untuk menghalang mereka yang bergelar ulama daripada menyampaikan ajaran Islam di masjid di Selangor. Meskipun para ulama seperti Dr Haron Din, Dato' Ismail Kamus, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tok Guru Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin adalah mereka yang ditauliahkan oleh institusi Islam seperti Universiti Al-Azhar, mereka juga pernah dilarang memberi tazkirah di Selangor kerana tiada tauliah daripada Jais.

Undang-undang mengenai tauliah hanya mengiktiraf tauliah daripada Jais. Dengan lain perkataan hatta jika ada sarjana Islam yang ada PhD di dalam pengajian Islam dari Al-Azhar sekalipun pengiktirafan tersebut tidak boleh mengatasi tauliah Jais! Pengiktirafan Al-Azhar tersebut tidak secara automatik melayakkan sarjana Islam tersebut menyampaikan tazkirah. Adakah ada alasan yang paling tidak logik selain alasan ini!

Terdapat keganjilan yang jelas di dalam peraturan mengenai tauliah. Meskipun tujuan peraturan tauliah digubal bagi menghalang mereka yang tidak layak dari menyampaikan ceramah atau tazkirah agama, apa yang berlaku mereka yang layak pula diambil tindakan oleh Jais kerana menyampaikan ajaran agama. Kes Dr Asri ditangkap dan didakwa oleh Jais adalah contoh yang jelas.

Peraturan tauliah bagi saya membantutkan usaha-usaha dakwah. Islam menganjurkan setiap Muslim untuk berdakwah mengikut kadar kemampuannya. Anjuran itu menunjukkan Islam bukan agama yang abstrak sehinggakan hanya orang-orang tertentu atau dipilih yang layak untuk berdakwah. Sudah tentu darjat penyampaian Bob Lokman tidak sampai ke tahap darjah penyampaian Dr Haron Din namun selagi mana penyampaiannya menepati ajaran Islam adalah tidak adil dan tidak munasabah untuk menghalang beliau bertazkirah di dalam masjid.
Apa pun tahniah Abang Bob. Kami menyokong anda 100 peratus.

MANA TAHU TAMBAH JENAYAH ? MANA FAKTA ?

Kenyataan Karpal Hudud Tambahkan Bilangan Kes Jenayah Tidak Berfakta


Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menolak cadangan kerajaan negeri Kelantan bahawa undang-undang sivil harus setegas seperti undang-undang hudud .

Karpal, seorang peguam yang berpengalaman luas, berkata bahawa ia tanggapan salah untuk mentafsirkan bahawa hukum hudud atau undang-undang yang tegas seperti hukuman mati boleh menghalang seseorang daripada membuat kesalahan.

Katanya, penyokong hukum akan berhujah, tidak seperti undang-undang jenayah, standard pembuktian adalah sangat tinggi bagi kes-kes jenayah.

Walaupun standard pembuktian bagi undang-undang jenayah adalah "tanpa sebarang keraguan yang munasabah", undang-undang hudud adalah berdasarkan "kepastian", katanya.

"Sebagai contoh, empat orang saksi Islam cukup syarat diperlukan untuk membuktikan kes-kes zina mengikut undang-undang hudud. Ini adalah mustahil dan tidak sesuai untuk negara ini," kata Karpal, pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

"Ia akan menjadi mustahil untuk membuat dakwaan. Penjenayah akan bebas kerana adalah mustahil bagi pihak pendakwa membuktikan kes kerana mememerlukan empat saksi beragama Islam yang cukup syaratnya.

"Malah, akan berlaku lebih banyak jenayah di negara ini apabila penjenayah tahu betapa sukarnya untuk membuktikan kes dan menghukum mereka. Perkara ini perlu dijelaskan kepada semua orang," kata Karpal lagi. -mk

Ulasan GB

Apa yang kita lihat kenyataan Pengerusi DAP mengenai hudud di atas tidak bersandarkan kepada fakta tetapi hanya satu alasan dari pemikiran yang dangkal bagi menyembunyikan kebencian terhadap hukum Islam.

Fakta yang jelas ialah jenayah berkurangan dan amat rendah di negara yang mengamalkan hukum hudud. Sila lihat jadual di bawah.

sumber:Lajnah Pekerja & Professional Muda Pemuda PAS

Bandingkan angka-angka jenayah rogol di negara yang tidak mengamalkan hudud dengan negara yang mengamalkannya.

Kajian di atas memaparkan pada tahun 2002, di Kanada yang jumlah penduduknya 33.5 juta terdapat 24,350 kes rogol dicatatkan. Di Amerika dengan jumlah penduduk 306 juta, 95,136 kes rogol berlaku. Di Malaysia sendiri yang jumlah penduduknya 28 juta terdapat 1,431 kes rogol.

TETAPI di negara Arab Saudi yang mengamalkan hukum hudud, daripada jumlah penduduknya yang seramai hampir 25 juta, cuma menghadapi 59 kes rogol.

Jadi dimanakah justifikasi kenyataan Karpal Singh yang menuduh hukum hudud hanya akan menambah bilangan kes jenayah dan bukan mengurangkannya?

PENGSAN RAKYAT

Tarif Elektrik TNB Akan Naik Lagi? Tenaga Nasional Berhad TNB Rugi Bersih RM453.9 Juta

by Staff Berita Semasa on October 29, 2011
tnb9 Tarif Elektrik TNB Akan Naik Lagi? Tenaga Nasional Berhad TNB Rugi Bersih RM453.9 Juta
Munasabahkah kalau tarif elektrik naik lagi selepas ini? Kalau ikut rekod keuntungan TNB sebelumnya, TENAGA Nasional Bhd (TNB) telah peroleh untung bersih sebanyak RM3.2 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010. Kemudian, Tenaga Nasional Bhd (TNB) berjaya peroleh untung bersih untuk tempoh berikutnya, separuh masa pertama berakhir 28 Februari lalu sejumlah RM1.343 bilion….
KUALA LUMPUR :  Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencatatkan kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat tahun kewangan semasa ekoran kekurangan bekalan gas dialami oleh syarikat itu. Sehubungan itu, keuntungan bersih syarikat tersebut bagi tahun kewangan 2011 merosot 84 peratus kepada RM499.5 juta berbanding RM3.2 bilion pada tahun kewangan 2010.
Dalam kenyataan pada sidang media hari ini, kumpulan itu berkata, keadaan itu telah menyebabkan pertambahan kos bahan api RM2.1 bilion ekoran kekurangan bekalan gas, sekali gus memaksanya menggunakan minyak dan sulingan yang berharga tinggi untuk menjana tenaga elektrik.
Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, beliau berpandangan bahawa akan menjadi satu cabaran bagi Petronas untuk memulihkan sepenuhnya bekalan gas semula jadi dan ekoran penggunaan bahan api ganti yang mahal, keputusan suku pertama tahun kewangan semasa syarikat utiliti itu juga dijangka sama sebagaimana dialami pada suku keempat tahun kewangan lalu. Katanya, TNB sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan mengenai soal mendapatkan pampasan daripada Petronas. “Pampasan dalam bentuk tertentu diperlukan,” kata Che Khalib. (Sumber : MalaysianInsider)
tnb Tarif Elektrik TNB Akan Naik Lagi? Tenaga Nasional Berhad TNB Rugi Bersih RM453.9 Juta
Untung adat meniaga. Ada untung, ada rugi. Tapi sungguh tidak patut kalau TNB boleh rugi teruk. Takkan TNB monopoli pun boleh rugi banyak? Kemudian pada pertengahan tahun, tarif elektrik baru sahaja dinaikkan dengan purata kenaikan sebanyak 7.12%. Walaubagaimanapun, TNB tak setuju yang mereka monopoli industri tenaga sekarang ini…..Jawapan mereka ada pada paparan (gambar) di bawah ini…
tnb8 Tarif Elektrik TNB Akan Naik Lagi? Tenaga Nasional Berhad TNB Rugi Bersih RM453.9 Juta
Antara beberapa alasan yang popular diberikan rugi setiap kali menerima kerugian tempoh-tempoh tertentu beberapa tahun kebelakangan ini, sehingga adakala menyebabkan mereka bertindak menaikkan tarif elektrik beberapa kali sebelum ini :
  1. ringgit lemah berbanding euro/yen/etc
  2. kenaikan harga minyak/gas dunia
  3. kekurangan bekalan gas
  4. kenaikan harga arang batu
  5. kemerosotan permintaan
tnb10 Tarif Elektrik TNB Akan Naik Lagi? Tenaga Nasional Berhad TNB Rugi Bersih RM453.9 Juta
(Gambar Barisan pemain utama IPP di Malaysia)
Dan…kena tambah satu lagi faktor yang menyebabkan kadar keuntungan TNB jatuh adalah disebabkan pembelian mahal kuasa yang dihasilkan oleh Pengeluar Tenaga Bebas (IPP). Untuk rekod, TNB terpaksa menanggung RM12.5 billion untuk beli kuasa daripada IPP berbanding tahun kewangan sebelumnya 2009 dengan RM11.8 billion. Tahun 2011, berapa pula tanggungan TNB terhadap IPP?

tnb7 Tarif Elektrik TNB Akan Naik Lagi? Tenaga Nasional Berhad TNB Rugi Bersih RM453.9 Juta
Punca kerugian TNB kali ini adalah disebabkan kebakaran pada Disember 2010 di blok Bekok yang terletak di pesisir 200km dari Pantai Timur Semenanjung. Penyambungan semula bekalan penuh dah berkali-kali ditangguhkan. Sehingga akhirnya TNB terpaksa beralih kepada bahanapi lain yang lebih mahal. Itu sebab mereka rugi banyak kali ini berdasarkan kenyataan TNB baru-baru ini.
tnb11 Tarif Elektrik TNB Akan Naik Lagi? Tenaga Nasional Berhad TNB Rugi Bersih RM453.9 JutaPelik, setahu kami Malaysia ini kaya dengan rizab gas asli. Jadi mengapa Petronas boleh menghadapi kekurangan bekalan gas, yang telah mengakibatkan kerugian kepada Tenaga Nasional? Kalau sebelum ini, Petronas mampu membekalkan 1200 juta mmscfd sehari kepada sektor penjanaan kuasa tetapi sekarang turun mendadak kepada hanya  sekitar 900 juta mmscfd pada tahun ini.
Menurut Petronas, kekurangan gas kerana harga gas subsidi (ha…yang ini siapa yang paling banyak dapat?) dan penggunaan gas sebagai ganti kepada arang batu dan ini telah mendorong permintaan tinggi terhadap gas.
Tambah Petronas lagi,
  • Subsidi gas telah diberikan sejak tahun 1997 lagi sehingga menyebabkan permintaan gas sebagai ganti kepada arang batu dan minyak meningkat melebihi keperluan
Yang menjadi persoalannya sekarang,  adakah jika bekalan bekalan dari Bekok C walaupun berjaya dipulihkan sepenuhnya, kekurangan gas akan berjaya diselesaikan? Secara faktanya, Malaysia bukan calang-calang rizab gasnya sehingga Malaysia diletakkan pada kedudukan ke-14 di dunia dari segi rizab gas, mengikut laman web Malaysia Gas. Setakat ini ada cadangan telah dikemukakan yang mana beberapa pengeluar tenaga bebas perlu berkongsi kos yang tinggi ketika ini. Mahu atau tidak, tidak diketahui lagi.
Pendapatan daripada gaji CEO dan elaun orang-orang di belakang pengurusan Tenaga Nasional Berhad (TNB) :
tnb2 Tarif Elektrik TNB Akan Naik Lagi? Tenaga Nasional Berhad TNB Rugi Bersih RM453.9 Juta
Sedangkan TNB untung banyak tahun lepas pun, TNB masih bertindak naikkan tarif elektrik, inikan pula kalau jumlah keuntungan bersih mereka merosot. Dan adakah ini merupakan signal awal untuk tarif elektrik dinaikkan tidak lama lagi?

Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!Subscribe in a reader  
Get new news via RSS and reader or subscribe via email
Masukkan email anda di ruangan bawah :




{ 18 Komen Bernas… Telah Dikongsikan Setakat ini. Pandangan Anda Pula? }
1 Anoy October 29, 2011 at 10:35 am
kalau tnb untung che khalib naik gaji, tnb rugi che khalib kena turun gaji ka? ok tak deal ini?
2 fasha sandha insaf October 29, 2011 at 3:48 pm
ok jugak tu.. fasha sandha insaf menulis artikel ..inilah orang Islam yang hina agamanya sendiri

3 Rahimi October 29, 2011 at 10:42 am

- TNB beli gas subsidi Petroknas – rakyat kena tanggung
- Petroknas dituntut pampasan oleh TNB – rakyat kena tanggung, lagi….
- falsampah meniaga apa yang diorang ikut ni…

4 Anti Kapitalis October 29, 2011 at 10:51 am

tahla..hati kuat aku rasa mcm kekurangan gas ini sesuatu yang dirancang sebagai alasan untuk Petronas buat untung lebih besar kat psran luar, lagi byk untung wooo….
daripada jual rege murah kat sini. pendpat aku je…

5 Muslim October 29, 2011 at 11:43 am

yang ini gaji CEO TNB sebulan ka setahun? Kalau sebulan…mak datuk.
Giler apa diorang ni. kalau tarif leketrik murah, aku tak kisah. ni caj mahal
dapat ulak gaji tinggi…

6 Gurkha Pencen October 29, 2011 at 11:47 am

PATI yang masuk ke Malaya ni sewa rumah hanya untuk tidur aja. Siang hari ia bekerja.Jadi penggunaan elektrik di setiap isi rumah tak lebih RM 20. Subsidi yang di beri oleh TNB pada pengguna yang tidak melebihi RM 20 akan diperolehi oleh PATI ini. Rakyat Malaya kena cukai tapi PATI ini lari dari cukai dan dapat subsidi. TNB terpaksa mendukung biawak hidup ini. IPP dapat subsidi. Jana ke atau tak jana elektrik. TNB kena bayar dengan IPP berdasar pada kontrak yang dibuat oleh pemimpin terdahulu. Alasan kerugian TNB boleh meberi kelebihan untuk mereka menaikkan tariff elektrik di masa hadapan,

7 Junta October 29, 2011 at 11:51 am

memang cantik
syed mokhtar – Melayu
lim goh tong – Cina
Francis Yeoh – Cina
Ananda Krishnan – India
mungkin inilah yang najib harapkan selama ini, slogan 1Malaysia yang dia dok canang selama ini
ini baru lah dinamakan konsep 1Malaysia
semua bangsa dapat rasa kekayaan negara

8 beejna October 29, 2011 at 5:34 pm

syabas buat warga BS…. satu kajian & fakta yang tepat dan meneyeluruh. kalah wartawan arus perdana. moga2 berita ini disebarkan seluas mungkin untuk rakyat jelata menilai sendiri, betapa KAPITALISnya perniagaan tenaga elekrik di Malaysia ini. Ini bukanlah yang pertama BS mendedahkan kepincangan TNB, tapi sehingga ini, Industri ini terus “KEBAL” untuk disiasat.

9 Petai October 29, 2011 at 5:56 pm

korang ini tahu nak kutuk je
bukan senang nak bekalkan letrik kat korang semua…
yang korang tahu, bukak suis nak lampu on
bagi aku setakat ni aku puas hati dengan servis TNB…
kalau korang nak tahu, Kenaikan tarif 7% hanya cukup untuk menampung kenaikan harga gas saja tapi TNB masih terpaksa menampung subsidi untuk kenaikan harga arang batu.
Memandangkan Amanah Saham Bumiputera merupakan antara pemegang ekuiti terbesar dalam TNB, semua pelabur ASB perlu menyokong sebarang kenaikan tarif letrik.
Bukannya mahal sangat walaupun semakin meningkat. Lebih baik kita bayar bil lebih seringgit atau dua ringgit sebulan asalkan dividen ASB juga meningkat lebih tinggi hasil keuntungan TNB.
Biarkan saja kaum bukan bumiputera pemalas semua melalak. Kaum miskin mundur macam cina memang kaki subsidi.
10 Rakyat 1 Malaysia October 30, 2011 at 1:32 am
Pandangan yg bernas, tetapi sebagai pengguna kita perlu tahu mengapa tarif perlu dinaikkan bukan kita tak mampu bayar tetapi kenalah ada sebabnya. Mengapa TNB perlu beli dari IPP walaupun tahu IPP jual harga mahal kenapa tak jana sendiri elektrik (macam mana berniaga kalau buat sendiri boleh murah tapi nak juga beli yg mahal) itu namanya bodoh atau ada sebab yg tersembunyi. Fikirkanlah………….

11 Plant vs zombie October 29, 2011 at 8:41 pm

gila gaji tu. sedangkan kt kerja kerajaan minta naik cikit pn kerajaan tak bagi. mereka boleh plak gaji juta2. yang atas tu untuk sepuluh tahun, setahun atau sebulan. kalau sebulan mmg gila kaya. gaji aku yang kerja ni simpan 20 tahun pun belom tentu sampai 500ribu. tahniah tahniah tahniah…
12 Azhar Tahir October 29, 2011 at 9:56 pm
gaji untuk setahun bro tu gaji kalau tnb rugi, kalau untung besau, aku rasa 7 keturunan tak larat nk mentekedarah diorang punya gaji….

13 Linda October 30, 2011 at 12:06 am

Kalau TNB adalah syarikat monopoli yang tidak diikat kaki dan tangan dan boleh menaikkan harga sesuka hati yang menyebabkan hanya sikaya boleh menikmati cahaya dan simiskin hidup dalam kegelapan, pasti TNB akan rugi lebih besar sebab simiskin tidak akan berdiam diri melihat kesenangan dan kemeriahan sikaya. Sikap vandalisma simiskin akan menyebabkan pencawang-pencawang elektrik TNB banyak yang terbakar, tanggapannya biar sikaya dan simiskin sama-sama bergelap.

14 cICAK tOkek October 30, 2011 at 8:27 am

TNB rugi kerana membeli tenaga yang di jana oleh IPP pada kadar harga yang lebih tinggi? Macam mana boleh jadik macam tu????? Apa ke bodohnya orang yang buat perjanjiantu?. Tak pandai meniaga ke? Kalau IPP tu letak harga mahal, jangan beli. Ini nak mintak duit rakyat untuk mengayakan penjana IPP. Jangan kerana bangangnya orang yang draf perjanjian maka rakyat jadi mangsa!!!!!!!!!!! Tak paham akuk!

15 eddie October 30, 2011 at 1:13 pm

TNB untung sebab jual aset…dah tiada apa nak jual…sebab tue rugi…kos operasi TNB memanglah tinggi, itu tidak dinafikan dengan subsidi yang tidak menampung kos operasi…
so berjimatlah sikit terutama yang kawsan suka pasang lampun warna warni seperti kawasan di agungkan oleh BN yang dikatakan pihak pembangkang nak gadai kawasan tue…
p/s: baru nak beli kereta Hybrid…Hybrid ambil tenaga letrik…letrik dari gas…dan gas dari bumi….apa beza kalau pakai petrol…sama aje konsep…renung2kan lah

16 tutttt.... October 31, 2011 at 12:30 am

lps ni pakai lampu minyak tanah je..
yg keje kilang gaji sbln RM700 tak naik2,yg gaji dh juta2 pun tak cukup lg..
Masih ramai lg rakyat kt m’sia ni tak cukup mkn..

17 msi October 31, 2011 at 11:59 am

ntah laa…dunia…dunia…zaman sekarang semua nak tamak haloba…xpikir bebanan rakyat..yg kaya senang lenang…yg miskin bertambah sengsara sengsara..

18 haizzzz October 31, 2011 at 12:34 pm

aku ade 1 pandangan tp diharap korg buat kajian psl hal ni. kan ade alternatif len cth pakai solar. mmg pembelian solar agak mhl tp kalo di negara luar cthnye US, syarikat konsesi utiliti akan beli balik elektrik yg dijana dari system solar tersebut..mmg agak pelikkan?dan yg lg pelik, cthnye penggunaan 1 kilowatt=2 sen utk cas domestik,jual balik pada harga 9 sen per kilowatt..jd penduduk US boleh jana keuntungan dengan jualan balik ni. malah ada yg smpai m’cecah $3000 setahun.di Malaysia ade juga konsep ni tp xsilap xberi return value kpd pengguna..kalo betul gomen benar2 dan kearah bumi hijau,wat kajian atas perkara ni..ty.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.