Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

22 Januari, 2012

PRU 13 Semakin Hampir.. Ini Buktinya

Jikalau dah gerakkan 63,000 jentera penerangan, maknanya PRU13 semakin hampir.. semakin dekat. Kepada semua jentera Pakatan Rakyat perlulah bersedia jugak. Kita rapat-rapatkan saf-saf kita supaya tidak bocor untuk menentang jentera rejim UMNO BN. PRU13 ini dijangka yang terkotor dalam sejarah.. sebenarnya dah kotor pun, pelbagai rasuah kepada rakyat telah diberi (BR1M, Skim SARA 1Malaysia).

Umno Gerak 63,000 Jentera Penerangan Di Seluruh Negara

KANGAR, 21 Jan - Lebih 63,000 jentera penerangan Umno akan digerakkan di seluruh negara bagi menyampai maklumat mengenai perkembangan negara menjelang pilihan raya umum nanti, kata Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata jentera itu akan turut dibantu oleh lebih
3.3 juta anggota Umno bagi memastikan rakyat dapat menilai sumbangan besar parti yang menunjangi pentadbiran negara.

Beliau memberitahu pemberita demikian sebelum mengadakan taklimat penerangan kepada Ketua-ketua Penerangan Umno bahagian di sini.


Katanya empat kaedah akan digunakan oleh jentera penerangan berkenaan dalam menyampaikan maklumat iaitu secara bersemuka, menerusi media cetak, media digital dan media elektronik.


Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata sebanyak 12 negeri telah dijelajah bagi menyampaikan taklimat berkaitan tugas yang perlu dilaksanakan oleh jentera penerangan parti.
~bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.