Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ibrahim Ali: Khalid akan menutup mata kepada kegiatan ‘tidak bermoral’ demi undi

January 22, 2012
KUALA LUMPUR, 22 Jan Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata, pengambil alihan portfolio hal ehwal Islam Selangor oleh Tan Sri Khalid Ibrahim bertujuan untuk memberi jalan pengoperasi kegiatan “tidak bermoral” terus berniaga walaupun ditentang masyarakat Muslim.

Ketua Perkasa itu mendakwa, Menteri Besar Selangor itu tidak berniat untuk menjaga kepentingan masyarakat Muslim, sebaliknya memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaan tersebut menjelang pilihanraya yang kian muncul.

"In semua hanya kerana beliau hendak memastikan semua yang berkaitan isu Islam di Selangor akan dilunaskan hanya demi kepentingan politik .

"Sudah pasti pengoperasi (kegiatan tidak bermoral) yang tak puas hati. Saya tidak lihat sebab lain mengapa beliau harus mengambil alih portfolio hal ehwal Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pemimpin Melayu ini turut berkata, Datuk Dr Hasan Ali yang memegang portfolio tersebut sebelum ini,  digugurkan jawatan kerana mendatangkan perasaan marah pemilik premis perniagaan tempat-tempat hiburan, termasuk spa, pusat perjudian, dan kedai menjual alkohol.

"Itu tentu bertentangan dengan kepentingan politik Pakatan," katanya dan menambah bahawa Khalid akan menutup mata terhadap kegiatan-kegiatan seperti itu di negeri itu.

Awal bulan ini, Hasan telah dipecat daripada PAS dan digugurkan daripada ahli jawatankuasa eksekutif Selangor kerana melanggar disiplin parti.

Pemecatan beliau dibuat PAS ekoran Hasan mendorong penyokong pembangkang untuk tidak menyertai Perhimpunan 9 Julai yang menyokong pembebasan Datuk Seri Anwar di Mahkamah Tinggi di sini.

Portfolia hal ehwal Islam itu kemudiannya diambil alih oleh Khalid, yang turut melantik Dr Ahmad Yunus Hairi menggantikan tempat Hasan dalam jawatankuasa tersebut.

Berita Harian telah mengkritik tindakan Khalid itu umpama “tamparan hebat kepada imej dan kedudukan PAS.”

Ibrahim menjelaskan, pemecatan Hasan dan pengambil-alihan portfolio berkenaan merupakan “dua tamparan hebat” kepada PAS, dan menggelarnya "kekalahan untuk Islam dan kemenangan untuk liwat."

"Sebagai Muslim, beliau (Khalid) tidak melakukan tugasnya dengan baik, tapi dalam politik, beliau mungkin melakukan tindakan yang bijak," tambah Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.