Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

“Kita akan tetap berjalan….sampai ke Putrajaya,”kata Pak Samad


KUALA TERENGGANU – Datuk A. Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad adalah seorang tua yang tersohor kerana beliau menerima anugerah Sasterawan Negara. 

Manakala, Anne Ooi pula, wanita tua hanya dikenali ramai selepas BERSIH 2.0.


Beliau di gelar sebagai ‘Untie BERSIH’ kerana kisahnya berjalan seorang diri, tanpa menghiraukan halangan apa dan dari sesiapa, demi untuk menyertai perhimpunan tersebut.


Mereka adalah ‘dua warga emas’ yang sudah melepasi umur 60-an, menjadi panelis Forum BERSIH yang diadakan di Kuala Terengganu pada Jumaat 20 Januari.

Kedua-dua ‘orang tua’ yang cekal ini tidak akan berhenti dan bertekad untuk berjalan terus ke Putrajaya, bagi memastikan pilihanaya dilaksanakan dengan adil dan bersih.

Pak Samad menegaskan, kerajaan ‘bangsawan’ Umno dan Barisan Nasional yang memerintah Negara sekarang sanggup melakukan apa saja penipuan demi untuk mengekalkan ‘kuasa’.

“Tadi anda sendiri sempat melihat analisa-analisa dan bukti-bukti yang jitu, bagaimana penipuan dilakukan dengan pelbagai cara untuk memperkekal kuasa, dan kami tahu ini adalah sesuatu yang sukar tapi, sejauh ini memang itulah kami lakukan,”ujar Pak Samad.

Antara penipuan yang sedang dilakukan Umno/BN mencipta pengundi dengan cara memberikan kad pengenala kepada warga asing dan didaftarkan sebagai pengundi.

Oleh itu, Pak Samad yang baru dilantik sebagai Pengerusi Bersama BERSIH, berkata kempen ‘Jom 100’ adalah angat penting bagi mengimbangi ‘pengundi hantu’ itu.



“saya fikir, apa yang kami lakukan mulai hari ini “Jom 100” itu adalah sesuatu yang penting, memandangkan bahawanya kita mempunyai butiran-butiran penuh tipuan, sehingga kita merasakan undi itu harus diimbangi dengan cepat,

“maka, dengan itulah kita ingin supaya seramai mungkin pengundi yang ada keluar untuk mengundi,”jelasnya menerangkan kempen Jom 100 yang dilancarkan BERSIH baru-baru ini.

Menurutnya, beliau sedar, jalan untuk menyekat penipuan Umno/BN adalah jauh dan masa yang ada kepada rakyat untuk mengubahnya adalah singkat.

Beliau menyeru supaya semua rakyat meneruskan perjuangan kerana katanya rakyat tidak boleh ‘dikalahkan lagi’ dengan segala penipuan.

“oleh kerana itu, kami (BERSIH) memerlukan bantuan, bantuan itu adalah anda sendiri. Inilah perjuangan, kita tak boleh dikalahkan, dan sudah tiba masanya untuk kita harus tidak dikalahkan,”tegasnya.

Bercakap kepada media selepas Forum itu, Pak Samad berkata, walaupun tangungjawab sebagai Penerusi Bersama BERSIH adalah berat, namun ia mesti diambil untuk menentang segala bentuk kepincangan pilihanraya.

“Memang ini tanggungjawab yang berat, tapi saya merasakan memang harus diisi lah. Kalau tidak dilakukan sekarang, saya fikir pilihanraya akan berlangsung dengan segala rupa untuk kebincangan,”katanya.

Beliau tidak gentar dengan amaran Menteri yang akan mengambil tindakan terhadap BERSIH kerana katanya ‘Pak Menteri yang selalu memberi amaran’.

Pak Samad turut membidas Pak Menteri yang mencemuh rakannya Ambiga.

Katanya, sekiranya Ambiga itu tidak ada entiti, bagaimana BERSIH 2.0 boleh dilaksanakan dengan jayanya.

Sementara itu, Anne Ooi atau Untie BERSIH, menyeru orang-orang yang sudah lanjut usia, sebaya dengannya agar bangkit dan keluar menentang segala penipuan Umno dan BN.

Katanya, setelah beliau tahu segala penyelewengan yang berlaku, beliau terus bangkit dan keluar ke jalanraya.

“Orang-orang wanita memang telah ramai (bangkit) saya minta orang tua, macam saya, supaya bangkit dan keluar,

“bila minta demo, minta keluar untuk BERSIH 3.0, saya harap dapat melihat orang-orang tua (keluar),”tegasnya.

Kedua-dua mereka Pak Samad dan Untie BERSIH berkata, sudah tidak ada masanya lagi, dan sekaranglah masanya keada rakyat untuk membuat perubahan.

Segalanya tersimpul dalam bait-bait perkataan Pak Samad, si sasterawan Negara itu yang berkata;

“anda semua tahu bahawasanya ini adalah satu perlawanan yang sengit dimana kita hanya segelintir yang mepunyai fikiran dan cita-cita,

“sedangkan disebelah sana mempunyai kuasa, dengan segala helahnya, jalan memang jauh tapi kita akan tetap untuk berjalan sampai ke Putrajaya!,”

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.