Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

oooo ! KEMENTAH NAK KELENTONG ORANG KE ?

Kementah digesa guna istilah betul untuk kapal peronda

January 21, 2012
KUALA LUMPUR, 21 JanPakatan Rakyat hari ini menggesa Kementerian Pertahanan agar tidak menggunakan istilah Kapal Penggempur Pantai (LCS) bagi pembelian enam unit Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPVs) yang sebelum ini bernilai RM6 bilion, tetapi kemudiannya meningkat kepada RM9 billion.

“Kerajaan sebelum ini mengesahkan kos pemilikan enam buah kapal dengan perbandingan program LCS Amerika Syarikat yang dianggarkan bernilai antara  RM1.5 billion ke RM2.5 billion seunit, dan mendakwa memperoleh kapal tersebut dengan harga yang murah-RM1.5 billion seunit,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (gambar).

Beliau dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini berkata, selepas pertemuan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat – Saifuddin Nasution, Dzulkefli Ahmad, dan dirinya dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi di pejabatnya, mereka dimaklumkan bahawa kementerian berkenaan tidak memiliki LCS.

LCS merupakan program spesifik pembinaan kapal oleh Tentera Laut Amerika sahaja. Amerika hanya mempunyai dua unit LCS yang sedang digunakan dengan kapal tambahan masih lagi dalam pembinaan.

“Menurut Naval-Technology.com, LCS merupakan kapal yang pantas, mudah dikendalikan, dan variasi kapal penggempur pantai khusus dalam keluarga kapal penggempur US. Kedua-dua kapal tersebut berkeupayaan mencapai kelajuan 40 knots dan jarak jangkauan transit melebihi 3,500 batu, jelas Tony Pua.

Menurutnya, Wikipedia pula menyatakan LCS berkeupayaan untuk “menambah keupayaan untuk melancarkan serangan kecil dengan deck penerbangan dan hangar yang cukup luas untuk meletakkan dua unit helikopter SH-60 Seahawk, berkeupayaan untuk melancarkan bot kecil, dan mempunyai muatan yang luas untuk memuat kargo dan kumpulan kecil penyerang bersenjata di kemudahan limbungan pelabuhan.”

Sementara itu, Tony Pua turut menjelaskan, Defense Industry Daily turut mengesahkan LCS mempunyai “115 – 127 meter panjang dan 2,800 – 3,100 tan muatan” dan berlainan dari aspek tipikal melalui kadar kedalaman air.

“Namun begitu, Kementerian Pertahanan telah mengesahkan dalam dialog tersebut, SGVPs hanya mampu mencapai kelajuan 28 knots dan bukannya 40-45 knots seperti kelajuan LCS.

“Selain itu, kapal kita akan menjadi lebih pendek 105 meters dan kadar jarak transit hanya boleh mencecah sejauh 3,500 batu. Pengumuman awal yang dibuat kementerian sebelum ini mengesahkan kapal tersebut akan mempunyai kapasiti  2,500 tan, dan hanya mampu membawa seunit Eurocopter 725 dan tidak memiliki keupayaan untuk melancar bot kecil,” tambahnya lagi.

Menurut Setiausaha Kebangsaan DAP ini lagi, pengumuman oleh kontraktor kementerian, Boustead Naval Shipyards di Bursa Malaysia bulan lalu, dan pertemuan dengan wakil PR mengesahkan “kita akan memiliki ‘Gowind Class Corvettes’ yang dibina oleh syarikat pembinaan kapal yang terlibat skandal DCNS.”

“Ini akan mencalarkan imej pertahanan mana-mana perkhidmatan ketenteraan yang menggunakan khidmat mereka untuk SPGV sampai ke tahap LCS,” tegasnya.

“Kami menuntut kementerian membuktikan perkara yang benar dan tidak berselindung di sebalik penggunaan nama untuk penentuan jumlah.

“Kapal Gowind-bukanlah kapal yang boleh diperkecilkan, dan sangan berkuasa yang akan mengukuhkan kedudukan tentera laut negara, namun begitu, tidak bermakna, ia boleh disamakan dengan LCS seperti yang diwar-warkan menteri dan kerajaan,” tambahnya yang turut berterima kasih kepada Zahid kerana sudi berjumpa wakil mereka dalam dialog tersebut dua hari lalu.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.