Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PEJUANG SEJATI KENA ADA ADAB

Sunday, January 15, 2012


Mufti Perak kecewa Pas pecat pejuang Islam


“Jika anda benar-benar ikhlas dengan perjuangan Islam, anda tidak lari meninggalkan perjuangan ini sebagaimana pernah berlaku kepada Datuk Abu Bakar Hamzah yang pernah dipecat kerana membuat kenyataan bercanggah dengan keputusan parti, tetapi beliau tidak lari meninggalkan perjuangan
Hassan Ali
SHAH ALAM – Tan Sri Harussani Zakaria, antara personaliti yang cuba mewujudkan kerjasama politik antara Pas dan Umno selepas pilihan raya umum 2008, kesal kerana Datuk Dr Hasan Ali yang memperjuangkan Islam dibuang parti.

Menurut Mufti Perak itu, sebagai pejuang Islam yang sejati, Hasan tidak sepatutnya berputus asa, sebaliknya perlu meneruskan perjuangannya.


“Ini adalah risiko yang perlu dihadapi oleh pendakwah Islam dalam menyebarkan Islam.


“Sejarah dunia telah membuktikan bahawa orang kafir memang tidak pernah suka dan setuju dengan Islam, begitu juga dengan orang munafik.


"Jadi mengapa orang Islam sendiri perlu ikut kata mereka,” katanya kepada Sinar Harian Online.


Ketika diminta mengulas tentang pengguguran Hasan sebagai Exco Selangor dan tindakan Pas memecat Hasan dari parti itu, Harussani bagaimanapun enggan mengulas lanjut.


Selepas pilihan raya umum 2008, Harussani dilaporkan menggerakkan usaha mengadakan perundingan dengan kepimpinan Pas dan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan khususnya di Perak dan Selangor.


Kerjasaman Umno-Pas yang dicadangkan Harussani itu berteraskan Melayu dan Islam.


Hasan dipecat oleh Pas Ahad lalu atas alasan melanggar kepentingan parti.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.