Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sudah dalam mana kaji ? Khabaq mai !

Saturday, January 21, 2012

PENJELASAN ISU KUIN OLEH SETPOL MB KEDAH



Oleh Muhammad Sanusi

kOLeJ uNivERsiTi iNsAniAh...Masalah yang berlaku di kuin sekarang ini berpunca
 daripada rasa tidak puas hati pelajar terhadap beberapa 
masalah yang pada pandangan mereka tidak berjaya 
diselesaikan oleh pentadbiran kuin dengan baik. Jika kita 
mengkaji secara lebih mendalam, masalah-masalah yang mereka timbulkan ini bukan hanya berlaku pada sesi 2010/2011 sahaja, 
 
tetapi telah berlarutan sejak beberapa tahun. MPM pada sesi 
sebelum ini pun memperjuangkan isu yang sama.

Rentetan daripada masalah ini dan desakan berterusan daripada mahasiswa, 
maka Majlis perwakilan mahasiswa kuin (MPMKUIN) telah menganjurkan satu
 himpunan mega mahasiswa pada 11.01.2011 untuk menuntut masalah-masalah
 ini diselesaikan segera.

Perhimpunan ini juga dihadiri oleh rektor dan pengurusan tertinggi kuin. 21
 masalah telah dibangkitkan. Antaranya ialah :

1. Masalah kelewatan bayaran ptptn dan zakat
2. Isu penempatan pelajar
3. Isu keselamatan
4. Masalah disiplin
5. Yuran asrama dan pengajian yang tinggi
6. Etika pemakaian pelajar
7. Kemudahan asas dan bilik kuliah tidak mencukupi
8. Masalah pengangkutan pelajar yang tinggal di asrama
9. Karenah birokrasi yang teruk dll.
 
Dalam perjumpaan itu, rektor dan beberapa pegawai kanan KUIN berjanji 
untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sebaik mungkin. Selepas menanti
 selama 3 bulan, pentadbiran KUIN dilihat seolah-olah tidak bertindak sesuatu
 untuk menyelesaikan masalah tersebut. Padahal, masalah yang berlarutan
 sejak bertahun- tahun sebelum ini memerlukan penstrukturan semula KUIN
 secara menyeluruh, dari semua sudut. Apa yang sedang di buat oleh kerajaan
 sekarang ialah transformasi secara total, baik dari sudut pembangunan kursus,
 perubahan attitude pensyarah dan pelajar, kediaman dan kemudahan-
 kemudahan. Pembinaan kampus tetap adalah sebahagian dari komitmen 
besar kerajaan ke arah itu.
 
Daripada tiga ribu pelajar, kini KUIN menampung tujuh ribu pelajar. Sudah
 tentu masalah yang berlarutan itu juga semakin mendesak untuk diselesaikan.
 Usaha gigih ini sudah menampakkan hasil yang sangat baik dari masa ke semasa. 
Tidak mungkin ia dapat memenuhi semua tuntutan dalam sekelip mata.

Tidak dapat dinafikan UMNO melihat peluang memadamkan political millage
 yg diraih oleh PAS dengan usaha- usaha penambahbaikan KUIN sama ada
 menerusi pembinaan kampus tetap di Kuala Ketil, penambahan kursus dari 
7 program ke 42 kursus termasuk Perubatan yang akan bermula Julai ini dgn 
pengambilan pertama seramai 100 org. Jarum politik UMNO dicucuk di pusat 
tahfiz KUIN, tempat paling rapat dan paling sensitif dgn umat islam dan
melayu- lanskap politik Kedah.
 
Kemudian timbullah isu baru iaitu pelajar-pelajar diploma tahfiz diarahkan 
untuk mengosongkan asrama Ar-Razi ( berhampiran Masjid Sultanah) untuk
 memberi laluan kepada Sekolah Bistari (internatinal school di bwh anak 
syarikat Insaniah Holding) Pelajar dan guru tahfiz yang tidak berpuas hati 
dengan tindakan tersebut telah mengadakan satu demontrasi dihadapan
 bangunan tersebut pada 1/4/11 selepas solat jumaat. Pada selepas subuh
 lagi, jemaah masjid dr kalangan UMNO telah menjaja akan ada demo
 selepas jumaat pd hari tersebut.
 
Perhimpunan ini telah mendapat liputan yang luas di media massa dan 
secara tidak langsung telah mencalarkan imej Kerajaan Pakatan Rakyat
 Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato' Seri Ust Azizan Abd Razak. Laporan
kepada MB pulak datang dengan berbagai versi yg melibatkan pemalsuan
 laporan oleh dekan dan pensyarah pusat pengajian itu. Esoknya, satu
 laporan baru yg dilunakkan dihantar, dan sekan membuat statement ttg 
salahlapor sebelumnya. Ini memberikan imej buruk kepada KUIN dan
 Kerajaan Negeri.

Kejadian serangan bom petrol dihadapan pejabat HEP beberapa hari 
kemudian juga telah dikaitkan dengan demontrasi tersebut. Seterusnya 
berapa kenyataan media dan tindakan susulan dilakukan oleh pelajar, 
pensyarah, pengurusan kuin dan pimpinan kerajaan telah menjadikan
 isu ini semakin rumit. Pelajar yg dikenakan tindakan adalah antara 
penganjur demo dan berucap di khalayak dan memberi statement
 kepada media memburukkan imej KUIN dan kerajaan.

Akhirnya, 6 orang pelajar tersebut telah diberikan surat tunjuk sebab 
diatas beberapa kesalahan seperti menghadiri demontrasi, memberi 
kenyataan kepada media tanpa kebenaran, mengganggu ketenteraman 
awam dan lain-lain. Selepas dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin
 KUIN, 5 orang telah digantung pengajian dan seorang didenda RM 100.

TINDAKAN DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

DPPNK melalui JPM telah mengadakan beberapa siri perjumpaan 
tertutup dengan wakil mahasiswa dan pensyarah untuk menyelesaikan
 kemelut ini. Kita ingin terus membantu, mahasiswa maupun pihak 
pengurusan KUIN.

Berbagai pandangan dan nasihat yang diberikan untuk menyelesaikan
 isu ini tetapi, isu ini menjadi semakin panas apabila ada campurtangan
 dari SMM dan beberapa gerakan mahasiswa di lembah kelang.

Antara tindakan mereka ialah menghantar satu memorandum kepada
 pimpinan tertinggi PR termasuk Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi
 dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mereka menuntut agar YAB Dato' Seri
 Ust Azizan dinasihati dan ditegur.

Pada 29 Mei 2011, DPPNK telah mengambil langkah menjemput 
semua pihak termasuk wakil pentadbiran KUIN untuk memberikan 
penjelasan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH PENTADBIRAN
 
1. MASALAH KELEWATAN BAYARAN PTPTN
Ptptn mempunyai jadual pembayaran yang tetap, dan pihak kuin tidak 
ada kuasa untuk melakukan perubahan, selain itu, ada sesetengah
 pelajar yang tidak menyediakan dokumen yang lengkap menyebabkan 
bahagian pemprosesan maklumat peminjam di jabatan hep terpaksa 
menunggu untuk menghantar permohonan secara serentak.

2. ISU PENEMPATAN PELAJAR
Asrama yang ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah yang ramai, 
selain itu kuin mempunyai sumber kewangan yang terhad dan tidak 
mampu untuk menyediakan penempatan kepada semua kerana sewa 
yang dikenakan untuk sesebuah rumah tinggi, akibatnya terpaksa menanggung
 subsidi yang tinggi. Contohnya, bahagian perumahan negara meletakkan
harga bagi sebuah rumah di flat gemilang ialah rm 750. Sedangkan pihak
 kuin mengenakan yuran asrama hanya rm 50 sebulan. Untuk keselesaan,
 sebuah rumah hanya boleh memuatkan 8 orang pelajar. Rm 50 x 8 orang 
bersamaan rm400. Jadi kuin terpaksa menampung rm 350 untuk sebuah
 rumah.

3. YURAN ASRAMA DAN PENGAJIAN YANG TINGGI
Kuin antara ipts yang mengenakan bayaran yang terendah kepada 
pelajarnya berbanding dengan ipts yang lain.yuran pelajar diploma 
hanya rm 48 bagi satu jam kredit, manakala untuk ijazah rm 60 satu 
jam kredit. Ada sesetengah ipts yang mengenakan yuran sebanyak rm250 
untuk satu jam kredit. Kementerian pengajian tinggi pernah menegur 
kuin kerana mengenakan yuran yang terlalu rendah seolah-olah
mensia-siakan sumber yang ada iaitu yuran pelajar.

Kenaikan yuran juga untuk menampung kos penambahan pensyarah.
 Jumlah pelajar dalam sesebuah dewan kuliah sekarang ialah 150, 
manakala jumlah yang yang disyorkan oleh kpt ialah 50 orang untuk
 diberi keselesaan pembelajaran.

Selain itu, kuin ada mengenakan yuran pentadbiran kepada pelajar.
 Yuran ini bertujuan untuk peperiksaan, percetakan dan lain-lain lagi.

4. ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR WANITA
Masalah ini berlaku di kuliah kejururawatan dan hospitaliti kerana
 kuliah ini mewajibkan pelajar memakai pakaian seragam sesuai 
dengan bidang yang dipelajari, kod etika yang dikeluarkan oleh 
kuin memang tidak menyalahi tuntutan syarak. Cuma ada segelintir
pelajar wanita yang melakukan ubahsuai dan menyebabkan pakaian 
ini tidak memenuhi tuntutan syarak. Pihak hep akan melakukan tindakan 

yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini.

5. KEMUDAHAN ASAS DAN BILIK KULIAH TIDAK MENCUKUPI
Pihak kuin memang mengakui kelemahan ini, ada sesetengah bilik
 kuliah yang tidak mempunyai kemudahan kerusi, meja, mikrofon 
dan lcd yang secukupnya. Walau bagaimanapun pihak kuin memang 
berusaha untuk memastikan setiap bilik kuliah mempunyai kemudahan
 yang lengkap.

6. MASALAH PENGANGKUTAN PELAJAR YANG TINGGAL DI ASRAMA
Kuin hanya mempunyai 3 buah bas dan tidak mampu untuk mengangkut
 beribu-ribu pelajar yang berada di 4 asrama, untuk mengatasi masalah 
itu, kuin terpaksa menyewa bas-bas dari syarikat luar setiap hari dengan
 kos rm40 satu perjalanan. Oleh sebab itulah kuin terpaksa mengenakan
sedikit yuran pengankutan kepada pelajar

​ Secara kesimpulannya memang pihak kuin berusaha untuk menyediakan 
perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar, tetapi kekangan utama ialah 
faktor kewangan. Peruntukan dari kerajaan negeri ialah 9 juta setahun,
manakala perbelanjaan ialah 30 juta setahun. 
 
Kuin terpaksa mencari jalan untuk menampung lebih dari 20 juta. Jikalau kuin menaikkan yuran, maka
 pelajar akan mengadakan demontrasi, kalau yuran tidak dinaikkan, maka 
semua masalah ini sukar untuk diselesaikan. Dilema inilah yang dihadapi oleh
 pihak kuin sekarang.
KESIMPULAN
 
Akhirnya bolehlah kita simpulkan bahawa isu KUIN ini menjadi panas 
disebabkan beberapa faktor :
 
1. Kegagalan pihak pentadbiran KUIN menyelesaikan masalah yang disuarakan 
dan tidak membuat penjelasan secara terperinci kepada pelajar.
 
2. Kegagalan MPM mendapatkan penjelasan tentang masalah yang mereka
 bangkitkan.
 
3. Hubungan pentadbiran KUIN khususnya HEP dengan MPM yang semakin 
renggang.
 
4. Masalah kewangan yang dihadapi oleh KUIN.
 
5. Demontrasi yang dilakukan untuk mengangkat isu ini kepada umum.
 
 
6. Permainan media menjadikan isu ini kontraversi.
 
7. Hubungan pegawai tinggi KUIN dengan staf bawahan pensyarah tidak
 begitu baik.
 
8. Campurtangan daripada pihak luar yang mengeruhkan keadaan.
Semua pihak berharap agar isu kuin ini segera selesaikan dengan cara 
yang baik. Semua pihak mesti bersedia duduk berbincang dan berlapang 
dada untuk menerima kelemahan dan kekurangan masing-masing. Matlamat
 perjuangan mesti diletakkan dihadapan mengatasi kepentingan peribadi.
 Keikhlasan dan keazaman untuk mencari penyelesaian adalah anak kuncinya. 
Agar beroleh keredhoan didunia dan diakhirat.
 

Kerajaan negeri, khususnya MB sgt komited utk merungkai masalah KUIN 
sejak bertahun-tahun menjadi cacamerba dibawah BN. Sebarang tindakan 
yang memberi kesan negatif kepada KUIN dan kerajaan negeri sangat
 memberi bekas kpd usaha2 ini. Kerajaan harus diberi peluang dan masa 
untuk merungkai masalah ini satu persatu. Kami hanya perlukan sedikit
 masa dan sokongan, bukan kegopohan dan aksi gelojoh akibat tertusuk
 jarum UMNO.

Siapa yang peduli dengan KUIN sebelum ini? Kenapa susah payah
 membangunkan KUiN tidak dipeduli, tetapi bila ada pihak yang 
tergopoh gapah mencalarkan imej dan melanggar peraturan sedia
 ada diambil tindakan, dipersalahkan KUIN pula! Diarahkan pula
 memberi kemaafan kerana mereka punya hak untuk berdemo
 walaupun atas asas teknikal yang tidak sepatutnya diangkat sebagai
 perjuangan mahasiswa.
 
Ya boleh! Kata MB, tetapi mesti melalui proses rayuan. Hari ini mereka 
menghantar surat "tidak mengaku salah" malah mengecam pengurusan KUIN 
dan Lembaga tatatertib, juga membuat edaran kpd media. Surat itu dibuat
oleh peguam yang mereka lantik.
 
Siapa pula peguam itu? Fahamkan mereka isunya apa, masalahnya apa, puncanya apa dan kenapa tindakan diambil?
 
Pada 6 Jun ini, sesi kemasukan pelajar baru bermula. Pihak pelajar yg kena 
tindakan dan penyokong mereka mengadakan kempen boikot sesi itu, dan 
mungkin ada demo lagi.
 
Apa tindakan yg perlu? Maafkan? Tengoklah.......!
Selepas semua usaha dan perbincangan untuk membantu dari kami di DPPNK 
tidak dipedulikan, malah pihak diluar terutama di KL lebih senang didampingi
 untuk mencari sandaran atas ketelanjuran mereka..kalau perlu, Saya mahu
 istiharkan Perang!!!! Dengan kedegilan!

Muhammad Sanusi Md Nor. -

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.