Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAA ! POLISPUN KENA BELASAH ?

19/04/12

Serang aktivis, polis tahan seorang lelaki

KUALA LUMPUR - ‎​Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung serangan terhadap mahasiswa dan aktivis yang berkhemah menuntut dimansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dataran Merdeka awal pagi tadi.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan reman sehingga 24 April ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira 2.40 pagi, peserta yang tinggal dalam khemah diserang lebih kurang 30 lelaki berpakaian hitam.
Menurutnya, dua detektif polis yang berada di tempat kejadian mengalami kecederaan kerana cuba meredakan keadaan.
"Lima minit selepas kejadian, anggota peronda dari balai polis Dang Wangi bertindak meleraikan keadaan.
"Kita menerima enam laporan polis daripada pegawai polis, pegawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan peserta yang menyertai perkhemahan di Dataran Merdeka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini. 
Mohmad  berkata, seorang peserta cedera di mata kanan dan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Beliau turut menafikan kenyataan mengenai tindakan polis yang tidak melakukan sebarang tindakan ketika kejadian.
Menurutnya, sekiranya tiada tindakan daripada pihak polis, sudah tentu keadaan bertambah teruk dan banyak kecederaan yang dialami.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.