Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LANTAK JE LA !

[WASPADA] Sosej Bercampur Pasir


Kuantan – Seorang kakitangan swasta tidak dapat menikmati sosej berperisa lada hitam kegemarannya selepas merasa pasir ketika mengunyah sosej itu.

Roslam Mohamad, 46, berkata, dia membeli sosej itu bersama isterinya, Norehan Zakaria, 37, di sebuah pasar raya, di sini malam kelmarin.

Menurutnya, ketika pulang dari pasar raya berkenaan, dia meminta isterinya untuk menyediakan sosej tersebut, namun kecewa setelah merasainya.

“Pada mulanya, saya menyangka rasa kasar itu ialah serbuk lada hitam yang ada di dalam sosej berkenaan.

“Namun, setelah beberapa kali merasa benda yang sama, saya jadi pelik. Dalam fikiran saya, takkanlah serbuk lada hitam sekasar itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak di Indera Mahkota 6, di sini semalam.

Tambahnya lagi, isterinya juga turut mengadu perkara yang sama setelah memakan sosej itu.

“Bila isteri saya menyatakan perkara yang sama, saya yakin bahawa ‘benda’ kasar itu ialah pasir, bukannya serbuk lada hitam yang tidak hancur.

“Saya dan isteri juga cuba untuk menguraikan isi sosej itu dan mendapati isinya bercampur dengan pasir,” katanya.

Roslan berkata, dia sering menjadikan sosej sebagai hidangan malamnya namun itu adalah kejadian pertama dialaminya.

“Sebelum ini, saya pernah membeli makanan yang dihasilkan oleh syarikat yang sama dengan sosej itu. Puas hati dengan produk yang dihasilkan membuatkan saya ingin membelinya lagi.

“Namun, apa yang berlaku membuatkan saya benar-benar serik dan akan berhati-hati selepas ini,” katanya.

Katanya, jika benar tekstur kasar yang dirasainya itu pasir, dia meminta supaya pihak bertanggungjawab lebih peka serta mengutamakan kebersihan dan keselamatan pengguna.

“Jika dibiarkan, saya bimbang ramai lagi yang mengalami nasib yang sama seperti saya. Justeru, saya harap pihak terbabit mengambil tindakan segera serta meneliti semula bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan sosej itu,” katanya. -SH


0 comments:
View Comments/Post a Comment



Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB:

[WASPADA] Sosej Bercampur Pasir - (0 comments)
ESQ Meragukan. Siapa Pantau & Mana Laporan Pemantauan? - (1 comments)
Parlimen Bersidang Sampai 3.00 Pagi, MP BN Hanya Sekadar Pak Angguk - (3 comments)
[TRAGEDI] Bas Kilang Rempuh Treler, 2 Maut, 9 Cedera - (2 comments)
"Toyol Betina" Pakar Pecah Rumah Dicekup - (0 comments)
Shafie Apdal Terus Membisu, Zahida Pula Jawab Di Twitter - (8 comments)
BERS✔H 3.0 Diteruskan Sekalipun DBKL Tidak Izinkan Guna Dataran Merdeka - (1 comments)
Blogger UMNO Fitnah Mahasiswa Dataran Merdeka Bawa Kondom - (8 comments)
Pelajar Dirogol Dalam Kelas Kosong - (2 comments)
Budak Terlampau Perkosa Jiran - Apa Mau Jadi Ni? - (1 comments)
DBKL Tolak Himpunan BERSIH Di Dataran Merdeka, Mahu Rakyat Ke Jalanraya? - (7 comments)
Nazri Berundur (Diundurkan) Kerana Kes Anak Bapak? - (3 comments)
Emang Dasar UMNO Bajingan: Berani Serang Tak Berani Mengaku - (7 comments)
Menteri Pengajian Tinggi Memutar Lidah Apabila Dikecam Kerana Angkuh & Tunjuk Lagak - (6 comments)
Rentetan Terbongkarnya Skandal Shafie Apdal & Zahida Rafik - (20 comments)
2 Kes Libatkan Pesawat MAS Mendarat Cemas, Ada Sebab Penumpang Takut Naiki MAS - (2 comments)
[Bongkar] Apa Tujuan Akhbar NST Besarkan Najib Dari Agong - (4 comments)
Himpunan BERS✔H 3.0 Serentak Di 41 Bandaraya Di 14 Negara - (2 comments)
[Video] Kronologi Samseng Serang Mahasiswa Di Dataran Merdeka, Penyerang Dikenalpasti - (10 comments)
Pecat Secara Salah: Utusan Kalah Rayuan Bayar Norzahizan Sebanyak RM71,128 - (0 comments)
Aktivis Wanita Terus Kecam Gurauan Lucah Ahmad Zahid Hamidi - (4 comments)
[SUSULAN] Skandal Shafie Apdal & Zahida - Siasat Sumber Wang Tunai Jutaan Ringgit - (4 comments)
[MELETUP] Skandal Shafie Apdal & Zahida Terbongkar Dalam Laporan Polis Pemandu - (15 comments)
Tugasan Apa Najib Hantar Peguam Shafee Ke Luarnegara? - (1 comments)
SPR & JPN Gunakan Formula Terengganu 2004 Untuk Tumbangkan PR Selangor - (2 comments)

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.