Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAMAI YANG MENJANGKA PRU 13 PALING KOTOR

Rabu, April 18, 2012

'PRU13 Paling Kotor' Adalah Alasan Cliché Menghadapi Kekalahan Yang Bakal Menimpa Pakatan Rakyat

Tahukah anda mengapa Lim Guan Eng mengatakan bahawa PRU13 ini bakan menjadi yang paling kotor? Ini kerana mereka telah mengetahui bahawa Pakatan Rakyat besar kemungkinan akan kalah dalam PRU13 dan sebelum kesalahan atas kekalahan itu jatuh ke atas mereka, maka bersegeralah mereka mengandaikan kemenangan BN adalah melalui cara kotor.

Secara logiknya, tidak mungkin PRU13 akan menjadi yang paling kotor setelah rakyat semakin pandai menilai siapakah yang layak menjadi pemerintah setelah jelas timbul isu-isu ketempangan pemerintahan Pakatan Rakyat yang menguasai 4 negeri.

Malah ketika BN mengambil alih negeri Perak dari mereka pada 5 Februari 2009, rakyat Perak rata-ratanya (kecuali para penyokong tegar Pakatan Rakyat), menadah tangan mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana pemerintahan 11 bulan yang penuh dengan kegiatan yang dilihat sebagai membalas dendam, telah berakhir.

Cuba gunakan otak yang Bersih 3.0 , dan fikirkan, bagaimanakah PRU 13 boleh dikatakan paling kotor sekiranya kotak undi lutsinar digunakan dan gesaan untuk merefomasikan dasar-dasar pilihanraya telah 3 kali dibuat dan diambil perhatian? Bagaimanakah ia akan menjadi PRU yang terkotor dalam sejarah PRU sejak 1955?

Hakikatnya, ini adalah taktik Lim Guan Eng untuk menyediakan jawapan ke atas kekalahan yang bakal mereka alami nanti.

Kalau blog ini dengan jelas menolak BN sebelum PRU 12, dan hari ini menyokong BN, kita dapat lihat dimensi yang lebih luas, corak pemikiran masyarakat yang tidak akan keluar mengundi mengikut sentimen yang sama pada 8 Mac 2008.

Menyedari hakikat ini, Lim Guan Eng telah pun sedar bahawa mereka akan kalah. Maka kekalahan itu kelak akan dikatakan telah disebabkan oleh PRU13 yang berjalan dengan kotor.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.