Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAIFUDDIN BIMBANG ? KELAKARLAH !

Khaled Nordin pandang hina mahasiswa, Saifuddin kata serangan ‘perlu dibimbangkan’

April 19, 2012
 
KUALA LUMPUR, 19 April — Dua pemimpin tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini memberikan komen mengenai serangan ke atas kumpulan aktivis mahasiswa di Dataran Merdeka, dengan menterinya Datuk Seri Khaled Nordin (gambar) menolak untuk bersimpati sementara timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah melahirkan kebimbangan tentang insiden itu.

Di laman Twitter pagi tadi, Khaled memberikan respons berhubung laporan serangan itu mengatakan tiada sesiapa yang mengarahkan kumpulan mahasiswa itu berkhemah di kawasan tumpuan ramai itu.

“Takde siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa2 perkara, jgn tagih simpati,” tulisnya di Twitter.

Tetapi semasa bertemu di Parlimen di sini, Saifuddin berkata beliau lega tiada sesiapa mengalami kecederaan parah dalam insiden pukul 2.45 pagi tadi menambah bahawa ia satu “perkara yang perlu dibimbangkan.”

Ahli Parlimen Temerloh itu juga mengulangi pandangannya bahawa kumpulan mahasiswa itu “mempunyai hak berada di situ” walaupun bukan semua bersetuju dengan tindakan itu.

Kumpulan aktivis mahasiswa itu telah berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu selepas ratusan mahasiswa menyertai himpunan aman di bandar raya mendesak kebebasan selepas kecewa oleh terma dan syarat bayar balik skim pinjaman pelajaran tinggi kerajaan.

Namun pagi ini, kumpulan mahasiswa itu mendakwa diserang kira-kira 60 hingga 70 individu tidak dikenali mendesak agar mereka pulang.
MENYUSUL LAGI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.