Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SALAH LAKU TAK PE LA !

‘Salah laku profesional’ jika misi rahsia Shafee tidak benar, kata Majlis Peguam

April 19, 2012
 


KUALA LUMPUR, 19 April — Jika seseorang peguam didapati menipu dengan tujuan untuk menangguhkan kes, tindakan itu seperti “salah laku profesional”, kata Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee.

Lim memberikan respons terhadap laporan berhubung surat yang dikatakan dikurung oleh peguam pro Umno Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah untuk menangguhkan semua kes dari 1 April kepada 25 April disebabkan satu “tugasan sah sensitif” di luar negara, dikatakan diminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Lim (gambar) berkata peguam itu berniat untuk meneruskan cuti panjang untuk apa jua sebab biasanya akan meminta peguam lain ambil alih hal-hal mahkamahnya.

“Peguam boleh meminta peguam lain untuk mengambil alih pendengaran kes pada tarikh yang ditetapkan dengan persetujuan peguam,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Melainkan, kata Lim, peguam itu merasakan beliau satu-satunya yang berupaya menguruskan perkara itu berdasarkan kepada kepakaran atau ketidaksediaan peguam lain.

“(Tapi) Jika alasan peguam untuk menangguhkan kes didapati tidak benar, ia seperti salah laku profesional,” katanya.

Surat Shafee, yang ditulis pada 23 Mac, dihantar kepada Ketua Hakim Tan Sri Ariffin Zakaria, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

PKR telah mengaitkan “tugasan” bagi siasatan penjualan kapal selam Scorpene oleh pihak berkuasa Perancis, di mana Najib dan Rosmah dikaitkan sekali.

Tetapi surat kedua semalam dari firma guaman Shafee mendakwa peguam terkemuka Umno itu perlu berada di Sydney untuk satu persidangan undang-undang bulan ini, daripada alasan “tugasa sah sensitif” dalam surat pertama.

The Malaysian Insider difahamkan surat itu dibangkitkan di Mahkamah Rayuan semalam semasa rayuan pendengaran di mana Shafee dilantik sebagai peguam.

Menurut surat itu, firma guaman Shafee telah menulis surat itu pada 9 April untuk menangguhkan perbicaraan hari ini, dengan sebab penyertaan Shafee dalam persidangan undang-undang.

“Sila perhatikan bahawa Dato’ Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah akan berada di Sydney untuk Persidangan Undang-undang Komanwel sebagai peserta dari 18 hingga 22 April 2012,” kata surat itu.

Difahamkan, permintaan Shafee untuk menangguhkan kes ditolak Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad, Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim.

Rayuan kemudiannya diteruskan dan rayuan klien Shafee telah dipertikaikan oleh peguam lain dan ditolak dengan kos.

Tetapi tarikh 9 April di surat Shafee tidak sama dengan surat bertarikh 23 Mac yang dihantar kepada hakim tertinggi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata di Parlimen awal minggu ini mungkin Shafee mempunyai “gambaran salah” tentang dirinya dalam surat tugasan oleh kerajaan.

Menteri itu mengatakan bahawa kerajaan tidak boleh melantik seorang peguam untuk isteri perdana menteri.

Laporan media baru-baru ini mengaitkan Najib dengan perjanjian penjualan kapal selam Scorpene oleh pihak berkuasa Perancis berjumlah RM7.3 bilion, yang mana turut dikaitkan dengan pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Altantuya, kekasih Abdul Razak Baginda, seorang rakan baik Najib dibebaskan dari tuduhan bersubahat bersama dua anggota Unit Khas Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar — melakukan pembunuhan pada 2006.

Minggu lalu, bapa Altantuya Dr Setev Shaariibuu berkata beliau bersedia menawarkan diri menjadi saksi dalam siasatan kapal selam itu, mendakwa testimoninya boleh “menghubungkan titik-titik” antara kematian dan kes Scorpene.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.