Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SELEPAS SUBUH

19 April, 2012

Gambar Aktiviti Tuan Guru Nik Aziz Selepas Subuh Di Pulau Melaka


Ini adalah merupakan suatu pemandangan Subuh ‘biasa-biasa’ di Kelantan pada hening Jumaat di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan. Solat Subuh atau biasanya dipanggil Subuh Sajadah akan diimamkan sendiri oleh Tuan Guru Dato’ Menteri Besar, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan beliau yang uzur. 
Para jemaah datang dari segenap penjuru Kota Bharu menyebabkan Masjid 2 tingkat ini sentiasa melimpah keluar setiap pagi Jumaat. Berdasarkan pengalaman saya bermastautin di luar Kelantan selama lebih daripada 5 tahun, keadaan ini sangat ‘rare’ di negeri-negeri lain.
Inilah Subuh yang digeruni Yahudi. Inilah Subuh di Negeri yang dikatakan miskin. Miskin Material, tapi percayalah kita kaya Akhirat. Sesuatu yang tidak ada di negeri lain adalah berkat Ulama terdahulu dalam menegakkan kalimah Allah dibumi Kelantan dan Pattani menyebabkan negeri ini dan rakyatnya sangat cintakan Islam. 
Rakyat Kelantan tidak memuja Tuan Guru Nik Aziz bahkan jauh dari itu. Tapi rakyat telah dididik dan diasuh minda oleh ‘orang tua ini’ supaya cintakan Islam dan mengambil Islam sebagai suatu cara dan gaya hidup, dan bukannya seperti yang diamalkan oleh mereka2 yang lain yang mengambil solat sahaja dari Islam.
Islam tidak mengajar penganutnya untuk berfikir kebelakang, malah kita adalah perintis pemikiran ke hadapan iaitu Akhirat. Kita banyak sangat fikir dunia menyebabkan kita melihat dunia material sesuatu yang perlu diberi fokus. 
Ingat, kita dalam permusafiran, sebagai adat dalam permusafiran, kita perlu ambil yang mana perlu sahaja kerana kita perlu berjalan lagi dan terus berjalan hingga ke negeri yang kekal abadi. Itulah Akhirat. Kita tidak diajar untuk bermewah. 
Kita tidak diajar untuk itu kerana untuk apa diciptakan syurga jika di dunia ini kita telah memasuki ‘syurga’. Hiduplah sederhana. Kita di Kelantan, Alhamdulillah. Walaupun tidak semaju mereka, tapi nilai Islam itu sangat mahal.







~ The Kelantan Times.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.