Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bersih latih sukarelawan pantau PRU13

May 16, 2012
 
KUALA LUMPUR, 16 Mei — Bersih 2.0 hari ini melancarkan kempen menentang penipuan dalam pilihan raya sebagai sambungan daripada siri perhimpunan Bersih 3.0 duduk bantah dan menjemput setiap rakyat Malaysia mengambil bahagian sebagai pemantau untuk pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi.

Pertubuhan badan bukan kerajaan yang dianggotai 84 NGO turut melahor kekecewaan kerana perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu masih lagi gagal mendapatkan reaksi positif kerajaan dalam menangani untuk menghapuskan penipuan yang didakwa mereka.

“Bersih 2.0 dengan kerjasama Tindak Malaysia dan Jom Pantau akan melatih sukarelawan yang akan memantau pilihan raya umum ke-13 kali ini bagi mengurangkan risiko penipuan dalam pilihan raya.

“Mereka bertindak sebagai pemantau, pemerhati, pegawai pilihan raya, pengira undi dan agen untuk pengundi pos,” kata Pngerusi Bersama Bersih Datuk A. Samad Said kepada pemberita ketika sidang media di sini.

Tambah Sasterawan Negara yang dikenali dengan panggilan Pak Samad itu, Tindak Malaysia telah menjalankan banyak latihan di seluruh negara untuk melatih ejen pengundi, pengira undi, dan ejen Barung (PACABA).

“Kempen ini akan dilaksanakan sekurang-kirangnya kepada 400 individu setiap minggu bagi mendapatkan sejumlah 180,000 ejen pilihan raya.

“Sukarelawan PACABA adalah yang paling penting kerana mereka adalah barisan hadapan yang akan mencium bau penipuan dan memastikan pegawai pilihan raya tidak terlibat dengan penipuan dan mematuhi peraturan pilihan raya,” tambahnya lagi.

Kempen yang dikenali dengan nama 'Jom Pantau” itu diketuai oleh KOMAS, satu badan yang bekerjasama dengan Malaysian Observer Network (MEO-Net) dan National Institute for Democracy Electoral Integrity (NIEI). Latihan kepada sukarelaan tersebut akan dijalankan oleh Tindak Malaysia.

Ketika sidang media hari ini, Jawatankuasa Pemandu Bersih turut melancarkankan laman web bagi memudahkan orang ramai membuat aduan terhadap sebarang gejala penipuan sewaktu pilihan raya kepada Bersih.

Laman web yang dikenali itu membolehkan orang ramai membuat aduan melalui mesej teks, emel, twitter, panggilan telefon, atau mengisi borang aduan yang disediakan di laman web tersebut.
Selain itu, laman web berkenaan turut menyediakan khidmat peta bagi membolhkan pengadu menandakan dengan tepat lokasi di mana penipuan tersebut berlaku.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.