Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MALAYSIAN LIBERAL ?

Peguam Muslim: Kerajaan perlu usir Irshad Manji dari Malaysia

May 17, 2012
 
KUALA LUMPUR, 17 Mei – Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mendesak kerajaan supaya penulis buku Islam, Irshad Manji, dikeluarkan dari Malaysia dengan segera kerana cubaan beliau “mengenengah pendirian liberal kepada masyarakat Malaysia”.

Penulis yang berasal dari Kanada itu tiba di Kuala Lumpur semalam untuk mengadakan acara-acara awam di sini, namun menurut satu kenyataan, penganjurnya Borders dan University Monash membatalkan semua programnya kerana kebimbangan keselamatan serta tekanan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“PPMM mendesak kerajaan tidak membenarkan beliau meneruskan program tersebut dan meninggalkan Malaysia dengan kadar segera kerana ia boleh menjadi barah kepada pengalaman agama Islam di Malaysia,” Presiden PPMM, Datuk Haji Zainul Rijal Abu Bakar, berkata dalam satu kenyataan hari ini.

PPMM menyifatkan Manji sebagai seorang lesbian yang “seolah-olah cuba menjuarai isu kebebasan seks dan moral dan mahu menjadikan ia norma masyarakat Melayu walaupun jelas bertentangan dengan agama Islam”.

“Tulisan-tulisan Irshad Manji banyak yang mengelirukan dan tersasar dari Hukum Syarak. Malah acapkali dilihat sebagai mempertikai atau menghina agama Islam,” tambahnya lagi.

Zainul Rijal juga menyeru para ulama supaya menyediakan hujah menyanggah tulisan-tulisan Irshad Manji secara ilmiah agar pembaca beliau tidak akan “terkeliru” dengan tulisan beliau dan diberi penerangan secukupnya mengenai agama Islam.

Namun, penulis buku berjudul “The Trouble With Islam Today” yang juga diharamkan secara rasmi di sini berkata beliau bertekad untuk adakan perbincangan awam di Kuala Lumpur sebelum pulang ke tanah airnya.

“Kita tahu bahawa ramai rakyat Malaysia mahu mendengar tentang pembahuruan Islam dan keberanian moral kerana Twitter saya dihujani dengan mesej-mesej yang memberi sokongan daripada rakyat Malaysia sejak saya mengumumkan ketibaan saya di KL semalam,” beliau berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Penerbit bukunya, ZI Publications, juga sedang cuba mencari ruang awam untuk Manji membincangkan buku beliau, “Allah, Kebebasan dan Cinta”, yang kini diterbitkan dalam bahasa Melayu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.