Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS TAKKAN HILANG DI DUNIA

Thursday, May 17, 2012

Pas sedia ganti Umno untuk memimpin orang Melayu

Umno telah terbukti gagal memimpin dan membela nasib orang melayu di Negara ini, tegas Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussian.

Menurut beliau, Orang melayu telah memberikan amanah kepada umno sejak 55 tahun untuk memperjuangkan hak orang melayu, dan jelas umno telah gagal serta tidak mampu memberikan corak kepimpinan yang boleh disanjungi dan diteladani untuk dijadikan kebanggaan orang melayu.

Beliau menjelaskan lagi, kini sudah tiba masanya   kepimpinan orang melayu ditukar ganti dengan PAS dan KeADILan dalam memperjuangkan hak orang melayu bagi mengekalkan corak kepimpinan yang bersih dan amanah.

Beliau juga menyatakan bahawa rakyat di Kelantan telah membuktikan mereka boleh hidup tanpa umno.Orang Kelantan telah hidup tanpa kepimpinan umno sejak tahun 1990 lagi, kita telah lihat bahawa hak dan kedudukan orang melayu tidak terjejas walaupun sedikit.

" Maka mitos bahawa umno lenyap melayu akan terjejas adalah cerita karut yang terbukti tidak benar" ujarnya lagi.

Tambahnya, kepimpinan baru kerajaan negeri Pakatan Rakyat selama empat tahun di Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Perak selama 11 bulan adalah bukti bahawa melayu boleh hidup tanpa umno.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.