Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Potong gaji: Pakatan sedia ikut jejak Perancis



27 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat bersedia mengikut jejak langkah pimpinan baru Perancis, Francois Hollande yang mengarahkan Perdana menteri dan menterinya memotong 30 peratus gaji, apabila berjaya mengambil alih Putrajaya.

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, tidak salah untuk pimpinan Pakatan Rakyat menunjukkan komitmen kepada rakyat dengan memotong gaji mereka.

"Tidak ada masalah, sama ada kita potong beberapa peratus untuk menyatakan komitmen kita pada rakyat, bergantung pada keadaan pada waktu itu," katanya kepada Harakahdaily.

Malah, katanya, sikap pimpinan Pakatan Rakyat hari ini sudah membuktikan mereka mampu melaksanakan usaha, apabila menolak syor kerajaan menaikan gaji ahli parlimen.

"Bila Najib umum naikkan gaji wakil rakyat, kita di kalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menolak kenaikan itu pada masa ini kerana lebih utamakan bajet itu untuk rakyat," katanya.

Jelasnya, penolakan itu sebagai contoh kesungguhan Pakatan Rakyat apabila peruntukan kenaikan pangkat sebanyak RM30 juta dimanfaatkan untuk rakyat sebaiknya.

Mujahid turut menyokong usaha kerajaan pimpinan baru Perancis dari kerajaan Sosialis, Francois Hollande dalam mesyuarat pertamanya sebagai langkah untuk menangani ekonomi negaranya.

"Saya amat menyokong usaha itu. Kerajaan Perancis tunjuk contoh yang baik, mesyuarat pertama terus arah potong gaji.

"Inilah pemimpin yang kita suka, amat mulia seorang pemimpin melihat keperluan rakyat lebih diutamakan," katanya.

Perdana Menteri Perancis, Jean-Marc Ayrault sebelum itu berkata, agenda utama mesyuarat pertama kabinetnya adalah mengenai potongan gaji yang menjadi salah satu janji pilihan raya sekali gus menjadi contoh kepada Perancis.

Langkah itu, sebagai usaha menangani masalah hutang negara selain, bertujuan bagi menunjukkan perbezaan di antara gaji yang diterima Hollande dan bekas Presiden, Nicolas Sarkozy yang sebelum ini menerima pendapatan 19,000 euro (RM75,241) sebulan.

HARAKAHDAILY/-

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.