Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

15 Jun, 2012

Seorang Ahli PKR Di Gantung, 2 Orang Bakal Di Buang?

PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada dua ahlinya dari Cabang Kapar berhubung dakwaan penyelewengan baucer Program JOM Shopping. Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, kerajaan negeri sedang menyiasat aduan berhubung dakwaan penyelewengan tersebut. Program JOM Shopping merupakan salah satu program kebajikan Kerajaan Negeri Selangor. Dalam satu kenyataan hari ini, Saifuddin PKR memandang serius perkara itu dan melalui mesyuarat Biro Politik pada 13 Jun lalu, telah meminta Jawatankuasa Disiplin parti mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka.

Katanya, ia termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kedua-dua ahli berkenaan. Pada waktu yang sama, katanya, keanggotaan seorang daripadanya digantung secara serta-merta berdasarkan Fasal 27.3 perlembagaan Parti sementera menunggu siasatan disiplin selesai.

"PKR sekali lagi menegaskan tidak akan berkopromi kepada mana-mana anggota yang melakukan kesalahan disiplin, lebih-lebih lagi kesalahan yang mencemarkan maruah dan nama baik parti," tambahnya. ~malaysiakini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.