Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mustapa Mohamed
$entry.content.caption.value
KOTA BHARU - Pas Kelantan perlu mengemukakan bukti berhubung dakwaan wujudnya unsur sabotaj dalam pelaksanaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai.

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tuduhan tanpa fakta yang sah boleh dianggap sebagai kenyataan berunsurkan politik.


“Saya tidak tahu, ini bukan urusan saya. Kami tidak terlibat dalam cadangan pembinaan ini, namun jika benar dakwaan itu mereka perlu mengemukakan bukti," kata beliau selepas merasmikan Dewan Utama dan Karnival Pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail di sini, hari ini.


Rabu lalu, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, kontraktor yang diberi tanggungjawab membina lebuh raya itu diganggu pihak tertentu supaya pembinaannya tergendala.