Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, June 15, 2012

Isu derhaka: Fakta dan sejarah (2)


Oleh: MSK
Umno penderhaka sebenar – Derhaka Dato Onn
Melayu derhaka hanya muncul setelah lahir Umno dibumi beradat ini. Dibawah pimpinan Umno, melayu jadi kurang ajar dan celupar terhadap Raja sehingga Raja hilang wibawa dimata rakyat. Sejarah membuktikan Umno berulangkali mengajar rakyat mentertawakan Raja. Namun dicelah-celah pengkhianatan itu, Umno licik dengan lakonan sebagai pahlawan yang membentengi kedaulatan Raja.
Derhaka Melayu moden abad 20 bermula dengan kritikan terbuka dato Onn Jaafar terhadap Sultan Johor (Sultan Ibrahim) pada tahun 1920an. Dato Onn marah apabila Sultan melelong harta bapanya (Dato Jaafar) kerana kegagalan melunaskan hutang negeri Johor ketika memegang jawatan Menteri besar negeri itu. Kemurkaan Sultan Ibrahim membawa kepada tindakan memecat Dato Onn daripada jawatan Menteri besar dan dibuang negeri ke Singapura pada tahun 1927.
Pada tahun yang sama, abang Dato Onn iaitu Dato Abdullah Jaafar turut dipecat daripada jawatan Menteri Besar dan dilucut semua gelarannya, diikuti hukuman buang negeri bersama Che Dara Jaafar iaitu kakak kepada Dato Onn.
Derhaka itu diteruskan oleh dato Onn dengan cara mengkritik dan menghina Sultan Johor sepanjang menjadi pengarang Warta Malaya di Singapura sekitar tahun 1930an.
Dato Onn kembali ke Johor pada tahun 1936 dan berjaya mendapat semula kedudukan dalam pentadbiran negeri Johor sehingga dilantik memangku tugas Menteri Besar pada Oktober1946. Ketika itu Dato Onn adalah Presiden Umno yang pertama.
Pada tahun 1947, dato Onn atas kapasiti Presiden Umno telah mengemukakan cadangan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu yang diisi oleh seorang Melayu bukan dari istana. Cadangan itu mengakibatkan kemurkaan sekelian Raja-Raja Melayu kerana nyata ia bermaksud meletakkan seorang Melayu bukan Raja dikedudukan lebih tinggi daripada Raja-Raja. Sekelian Raja-Raja terutamanya Sultan Badlishah (Sultan Kedah) mengisytiharkan Dato Onnsebagai penderhaka.
Isu itu membawa kepada pertembungan terbuka diantara Umno yang dipimpin oleh Dato Onn dengan raja-Raja Melayu yang diketuai oleh Sultan Kedah. Kemuncak perbalahan itu ialah serangan Umno terhadap Sultan Kedah dengan cara menghina baginda semau-maunya pada tahun 1948. Akhirnya, Sultan Kedah berjaya mempengaruhi Raja-Raja Melayu supaya menolak cadangan Umno untuk mewujudkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu yang mengatasi ketinggian Raja-Raja itu.
Selepas itu, Umno meneruskan derhaka yang lebih melampau dalam perlbagai isu. Dato Onn berulangkali menuduh Raja-Raja mungkir janji dan bertindak tidak mengikut perlembagaan. Mesyuarat agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949 telah melemparkan tuduhan bahawa Raja-Raja lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri dan mengabaikan kepentingan rakyat Melayu biasa. Umno juga menuduh Raja-Raja telah berkomplot dengan British untuk melemahkan Umno melalui penguatkuasaan larangan berpolitik terhadap pegawai kerajaan bangsa Melayu.
Umno menderhaka pada tahap paling melampau apabila menuduh Sultan Kedah sebagai “kacang lupakan kulit” dan mengugut untuk menggerakkan rakyat menamatkan sistem pemerintahan beraja. Sultan Kedah kemudiannya bercadang mengharamkan Umno dinegerinya manakala Sultan Johor memaksa Dato Onn meletak jawatan Menteri besar pada 17 Jun 1949.
Umno menderhaka kepada raja seawal umurnya masih bayi dizaman Presiden yang pertama lagi.
Derhaka Umno moden
Umno meneruskan tradisi menderhaka kepada Raja di sepanjang sejarah kewujudannya sebagai sebuah pertubuhan dan parti politik yang kononnya memperjuangkan semangat kebangsaan Melayu.
Krisis Perlembagaan 1983.
Pada 1 Ogos 1983, Umno membentangkan Rang Undang-undang (Pindaan) Perlembagaan 1983 dikedua-dua Dewan di Parlimen dan diluluskan secara tergesa-gesa. Ia melibatkan 22 pindaan keatas Perlembagaan Persekutuan, termasuk perubahan besar yang menggugat kedudukan raja-raja Melayu.
Pertama:
Menghapuskan keperluan mendapatkan perkenan Yang Dipertuan Agong bagi sesuatu rang undang-undang sebelum boleh digazetkan sebagai undang-undang. Sebaliknya, ia memperuntukkan bahawa , jika Yang Dipertuan agong tidak memberi perkenan baginda dalam tempoh 15 hari, baginda hendaklah dianggap telah memperkenanya, dan undang-undang tersebut boleh dikuatkuasakan.
Kedua:
Memperkenalkan peruntukan selari yang menghapuskan keperluan emndapatkan perkenan Sultan untuk undang-undang negeri.
Ketiga:
Memindahkan kuasa mengisytiharkan darurat daripada Yang DiPertuan Agong kepada Perdana Menteri, yang tidak terikat untuk mendengar nasihat dari sesiapapun. (Untuk rekod, sebelum pindaan ini dibuat pun, Yang DiPertuan agong hanya bertindak mengisytiharkan darurat berdasarkan nasihat jemaah menteri)
Pindaan itu diluluskan oleh Dewan rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang DiPertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan Pindaan) tersebut, setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain.
Raja-raja Melayu bertegas bahawa rang undang-undang  itu bercanggah dengan Artikel 38(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa tiada undang-undang yang secara langsung memberi kesan kepada kemuliaan, maruah dan keistimewaan raja-raja melayu boleh diluluskan tanpa perkenan Majlis Raja-Raja.
Raja-raja Melayu juga faham sepenuhnya implikasi perundangan apabila perkenan DiRaja untuk sesuatu undang-undang dihapuskan. Ini bermakna, apabila ahli-ahli Parlimen telah mengundi untuk menghapuskan sisem beraja, Duli-duli YMM sultan tidak ada kuasa untuk menghalang mereka.
Pindaan itu telah mencetuskan krisis perlembagaan yang parah. Umno menganjurkan siri rapat umum menghentam Raja-Raja diseluruh negara dan telah meletakkan kedudukan Raja dipandang amat hina oleh rakyat.
Ketika itu, RTM dan TV3 telah menyiarkan bermacam-macam cerita perihal kezaliman Raja-Raja Melayu. Filem dan dokumentari yang menonjolkan kezaliman Raja-Raja disiarkan berulangkali sepanjang tempoh krisis itu.
Akhbar-akhbar kawalan Umno menyiarkan gambar pentas DiRaja diStadium Merdeka digunakan oleh jurugambar untuk merakam perlawanan bolasepak. Hebahan ini bertujuan menunjukkan kepada rakyat bahawa Raja sudah tidak diperlukan lagi.
Umno menggunakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengarahkan sekatan penyiaran berita tentang rang undang-undang (pindaan) perlembagaan itu. Walaupun berita mengenai kelulusan rang undang-undang itu disiarkan, tetapi kandungannya tidak dimaklumkan kepada rakyat. Langkah itu ditentang hebat oleh Lim Kit Siang ketika perbahasan di Parlimen.
Sepanjang 2 bulan berikutnya tiada sebarang laporan berhubung dengan undang-undang itu di media massa, tetapi suara mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu tetap kedengaran dikalangan peringkat bawahan. Seterusnya, muncul puak liberal menentang peruntukan yang memberikan kuasa kepada Perdana Menteri mengisytiharkan darurat secara unilateral.
Pada Ogos 1983, Aliran (Sebuah NGO) mengeluarkan satu kenyataan mengutuk rang undang-undang (pindaan) perlembagaan tersebut dan menyifatkan pindaan yang dicadangkan itu membuka pintu kepada salahgunakuasa.
“Perdana Menteri diketahui sebagai seorang personaliti politik yang banyak terlibat dalam konflik dan kompromi politik kepartian. Tiada mekanisme perlembagaan yang dapat memastikan Perdana Menteri tidak akan menggunakan kuasa mengisytiharkan darurat untuk menindas mana-mana musuh politiknya,”
Namun begitu jika tersepit, Umno cukup licik bersandar kepada Raja-Raja Melayu untuk melepaskan diri daripada masalah yang dihadapi. Ketika Umno mengalamai kemerosotan sokongan rakyat akibat pertambahan kecenderungan kepada PAS, maka Umno cuba menggunakan Majlis Raja-Raja untuk mengharamkan penggunaan nama Islam kepada semua parti politik. Mujur Raja-Raja tidak menerima desakan Umno itu.
Inlah wajah sebenar Umno – dulu, kini dan selamanya. Sejarah akan tetap menceritakan perkara sebenar walau pun Umno cuba membohonginya.

bersambung….

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.