Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
NO. SOALAN: 50
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 12 JUN 2012 (SELASA)
DARIPADA : PUAN TERESA KOK SUH SIM
[SEPUTEH]
 

SOALAN:
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta PERDANA MENTERI menyatakan pecahan perbelanjaan lawatan Perdana Menteri ke United Kingdom, Amerika Syarikat dan Sepanyol. Beberapkah hari dalam lawatan ini adalah urusan peribadi dan berapa hari adalah urusan rasmi.

JAWAPAN:
DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,
Pecahan perbelanjaan bagi lawatan YAB Perdana Menteri dan Delegasi ke United Kingdom dan Amerika Syarikat bagi tahun 2012 adalah seperti berikut:

BIL / TEMPAT / TUJUAN / TARIKH / AMAUN (RM)
1     London         Lawatan kerja untuk menghadiri jemputan Majlis Resepsi yang dihoskan oleh Putera Charles   13-15 Mei 2012   849,175.33

2     New York     Lawatan kerja untuk menghadiri mesyuarat Global Science and Innovation Advisory Council    15-18 Mei 2012   1,606,402.75

3     Washington     Pegawai mengiringi lawatan peribadi  YAB Perdana Menteri   19-24 Mei 2012   452,985.75
JUMLAH: 2,908,563.82

Lawatan ke United Kingdom bermula pada 13 Mei hingga 15 Mei 2012. Manakala bagi lawatan ke Amerika Syarikat bermula pada 15 Mei 2012 hingga 24 Mei 2012. Untuk makluman, tiada lawatan dilakukan ke Sepanyol.

13 Mei hingga 18 Mei 2012 adalah merupakan lawatan rasmi YAB Perdana Menteri. Manakala, 19 Mei hingga 24 Mei 2012 adalah merupakan lawatan peribadi YAB Perdana Menteri.

Sepanjang tempoh lawatan peribadi, Kerajaan hanya membiayai perbelajaan pegawai Kerajaan yang mengiringi YAB Perdana Menteri.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.