Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Skandal Umno Bukit Gantang

0
0
  
Sejak beberapa bulan lalu, hampir keseluruhan kepimpinan Umno sudah turun ke Bukit Gantang. Dan setiap kali mereka turun, maka bepuluh juta ringgit ditaburkan untuk memikat pengundi. Jalan diturap. Dewan dibina. Hamper dan sumbangan disampaikan.
Mengapa Bukit Gantang menjadi tumpuan Umno?
Sebenarnya Parlimen Bukit Gantang suatu masa dulu merupakan fixed-deposit Umno. Dari tahun 1986 hingga 2004, Parlimen Bukit Gantang disandang oleh Dr. Abdullah Fadzil Che Wan. Dr. Abdullah Fadzil bukan orang Bukit Gantang tapi orang Kuala Kangsar.
Dalam PRU 2004, Parlimen Bukit Gantang diberikan kepada Gerakan. Walaupun begitu, Umno tetap kuat sehinggakan Gerakan berjaya memenangi PRU tersebut menerusi Tan Lian Hoe. Kekuatan Umno kerana mereka berjaya memperbodohkan orang Melayu Bukit Gantang. Umno bagi tau kepada pengundi supaya jangan undi Pas sebab Pas bersekongkol dengan Cina DAP…tapi dalam masa yang sama, tak salah kalau undi Cina Gerakan sehingga sanggup menyerahkan kerusi Bukit Gantang kepada Gerakan. Dan orang Umno hanya menurut perintah kerana pemikiran mereka sudah dibonsaikan.
Dalam PRU 2008, Parlimen Bukit Gantang dikembalikan kepada Umno dan kalau pengundi Bukit Gantang boleh memenangkan Tan Lian Hoe..tak kan lah tak boleh bagi kepada calon Umno sendiri!! Tapi, kerakusan pemimpin Umno yang meletakkan Azim Zabdidi sebagai calon telah memakan diri. Ahli-ahli Umno memberontak.
Dalam PRU 2008, Azim Zabidi telah dikalahkan oleh Roslan Shahrum.
Nasib tidak meneyebelahi PAS, (ataupun sudah ditakdirkan), Roslan Shahrum meninggal dunia setahun kemudian dan Pilihanraya Kecil diadakan. Nizar Jamaludin kemudiannya memenangi PRK ini.
Kemenangan Nizar memberi tamparan hebat kepada Umno kerana pada masa itu Nizar dicop sebagai “penderhaka”. Kemenangan seorang “penderhaka” tidak dapat diterima oleh UMNO dan sejak itu, pelbagai usaha dibuat untu memastikan Nizar akan tewas di Bukit Gantang.
Beratus juta ringgit ditaburkan di Bukit Gantang untuk memenangi hati pengundi…asalkan Nizar tewas.
Durian runtuh yang berbentuk projek-projek dari Kerajaan Pusat ini telah menyebabkan berlaku perebutan kuasa di Bukit Gantang. Pemimpin Umno Bukit Gantang berselisish sesama sendiri macam ayam berebut gandum.
Persaingan untuk merebut projek-projek ini berlaku dikalangan dua kem utama di Bukit Gantang. Kem Dato Mat Isa Ismail dan Dato Rosli Mat Isa. Masing-masing saling cantas mencantas tetapi akhirnya yang menenerima akibat ialah ahli-ahli dan mereka yang berurusan dengan Umno.
Kes yang menyebabkan bagaimana Bangunan Umno ini disita hanyalah satu dari beberapa kes yang kami perolehi. Akan kami siarkan dalam posting-posting akan datang dan buat masa ini, kami hanya menyiarkan kes yang melibatkan Darul Taalim.
Pada awal 2000, Bukit Gantang dikuasai oleh Dato Mat Isa yang pada masa itu menjadi Ketua Bahagian dan juga merupakan Speaker DUN Perak. Pelbagai projek-projek diperolehi oleh Dato Mat Isa, (dan banyak juga yang bungkus).
Salah satu projek yang cuba dilakukan oleh Dato Mat Isa ialah membina satu pusat pengajian Islam yang dikenali sebagai Darul Taalim. Dato Mat Isa sendiri mewakafkan tanah miliknya seluas lima ekar untuk dijadikan pusat Islam ini.
Sapa kata pemimpin Umno tak bagus?? Sampai sanggup mewakafkan tanah sendiri untuk dijadikan Pusat Islam!!.
Itu hanyalah sandiwara saja supaya menunjukkan bahawa Dato Mat Isa ni seorang pemurah, pemimpin rakyat.
Mana ada pemimpin Umno yang benar-benar ikhlas!! Bila bagi satu, depa akan pastikan depa dapat balik lebih dari itu. Dato Mat Isa boleh bagi lima ekar, sebab dia boleh dapat balik 50 ekar.
Pada tahun 2002, Dato Mat Isa telah mewujudkan satu entiti yang di panggil “Pusat Pengajian Islam Darul Taalim” yang didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Perak. ( No. Pendaftaran: J.A.I PK/PP/TG.91/98).
Pusat Pengajian Islam ini telah didaftarkan dengan menggunakan alamat pejabat Umno Bahagian Bukit Gantang iaitu di 13A, Taman Simpang Jaya, Simpang, Taiping.

Bukan setakat itu, pejabat TEKUN dan beberapa institusi lain juga banyak yang didaftarkan di pejabat ini.
Pembinaan Pusat Pengajian Islam Darul Taalim kemudiannya dimulakan dimana syarikat JRAS Corporation telah diberikan kontrak yang berjumlah RM10 juta ringgit.
Tapi bila pembinaan siap sebanyak 20%, Dato Mat Isa sudah mula mungkir janji. Pembayaran tidak dibuat dan tidak dapat dipastikan kemana wang peruntukan sebanyak RM10 juta itu pergi. Malah tidak dapat dipastikan, dari mana wang RM10 juta itu diperolehi. Apa yang pasti, hanyalah RM90,000 ringgit yang diperolehi dari sumbangan dari beberapa pihak.
Projek tergendala dan kontraktor mengalami kerugian berjumlah kira-kira RM1.9 juta.
Pelbagai usaha telah dibuat oleh pihak kontraktor untuk mendapatkan kembali modal yang telah digunakan dan akhirnya pihak kontraktor telah membuat tuntutan mahkamah pada tahun 2005.Pihak kontraktor telah memenangi kes tersebut tetapi tidak ada peguam yang berani untuk mengambil kes ini kerana ia melibatkan Umno!!
Kes tersebut terpendam begitu saja. Tapi anehnya, Dato Mat Isa telah memohon kepada Perdana Menteri peruntukan sebanyak RM10 juta pada tahun 2007.


Macam mana boleh jadi macam ni? Apakah tidak ada peruntukan semasa mula-mula bangunan Darul Taalim ini dibuat dulu pada tahun 2002?  Ataupun buat dulu, selepas kontraktor hampir bankrap dan kes dibawa kemahkamah, baru nak minta peruntukan?
Tapi jangan terkejut..sebab di Perak, apa saja boleh berlaku.
Pelbagai usaha telah dibuat oleh pihak kontraktor untuk mendapatkan kembali modal yang sudah hangus tetapi tak ada siapa yang peduli. Semua pihak sudah dihubungi tapi masing-masing buat tak tau. Sekarang mereka mahu melakukan Jelajah Tepati Janji…sedangkan janji dengan rakyat Trong untuk mengadakan Pusat Pengajian Islam pun kantoi. Janji dengan kontraktor tidak ditepati.
Sekitar bulan Mei tahun lepas, pihak kontraktor telah membuat permohonan mahkamah sekali lagi dan berjaya. Pelaksanaan penyitaan sepatutnya dilakukan pada 31 Mei 2012, tapi tangan-tangan ghaib telah menghalang penyitaan tersebut dan sepatutnya, bangunan tersebut telah dilelong pada 14 Jun yang lalu.
Oleh kerana proses penyitaan tidak dapat dilakukan pada 31 Mei, maka pihak kontraktor telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menyita sekali lagi pada 14 Jun dan Umno Bukit Gantang mempunyai masa sehingga 5 julai untuk menyelesaikan kes ini.
Kita tunggu sehingga 5 Julai untuk melihat…apakah Bangunan Umno Bukit Gantang akan dilelong..ataupun ada tangan-tangan ghaib yang akan sekali lagi menafikan hak pihak yang teraniaya.


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.