Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

18 July 2012

Cubaan Peguam Utusan Jatuhkan Reputasi Anwar Di Mahkamah Gagal

KUALA LUMPUR 18 Julai: Percubaan defendan kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Malaysia yang diwakili Datuk Firuz Hussin membangkitkan isu reputasi Ketua Umum KEADILAN itu gagal apabila dipatahkan Peguam, N Surendran.

Firuz di awal perbicaraan membangkitkan isu sabitan kesalahan Anwar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V T Singham, dengan mengatakan Anwar pernah dijatuhkan hukuman, justeru beliau tidak mempunyai reputasi untuk menyaman Utusan atas sebab fitnah.


Surendran kemudian membantah hujah tersebut. Hakim turut menolak hujah defendan dan meneruskan sesi soal balas.

Latheefa Koya yang juga peguam Anwar turut menyangkal tindakan Firuz tersebut.

“Isu sekarang adalah sama ada Utusan telah fitnah, betul atau tidak fitnah itu, bila terbukti betul, barulah kita tentukan nilai yang harus dibayar atas fitnah tersebut, tiada kena mengena dengan reputasi,” katanya kepada Keadilan Daily.

Hadir sama mewakili Anwar, peguam Murni Hidayah.

Anwar hari ini tampil sebagai saksi pertama kes saman fitnah beliau terhadap Utusan Malaysia berkaitan isu memutar belit kenyataannya dalam wawancara BBC.

Tindakan saman ini ekoran akhbar milik Umno itu mengatakan beliau “menghalalkan homoseksual” dalam terbitannya 17 Januari lalu.

Dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar – Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali membidas Anwar kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia mendakwa Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan Ketua Pembangkang itu mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk “Anwar ulas isu gay” turut mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.

Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta. Beliau juga menuntut Utusan Malaysia menarik balik segala laporan palsu dan permohonan maaf terhadap dirinya dan menuntut permohonan maaf disiarkan di muka hadapan akhbar itu.

Anwar menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32978

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.