Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ABBY ABADI DAN HASSAN JATI – SEORANG SERU KEPADA ISLAM, SEORANG PENYEBAR FITNAH

0
0
  
Print Friendly
Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM keadaan fikiran aku rungsing kerana ayah aku masih berada di wad CCU di IJN dan banyak masa aku tidak mengemaskinikan blog ini, sekali sekala sempat juga menjenguk perkembangan terkini politik negara. Terbaru, aku dapat berita pelakon terkenal Abby Abadi telah menyerahkan borang sertai PAS di Kelantan di mana Mursyidul Am PAS sendiri menyerahkan borang kepada artis terkenal dengan watak “Inspektor Aleeza” dalam Drama Gerak Khas itu.

Alhamdulillah, PAS kini berjaya menambahkan Mujahadah mereka untuk berjuang di dalam PAS. Di saat Hassan Jati bertungkus lumus menjalankan tugas Syaitan iaitu dengan memburukkan PAS, PAS semakin mendapat sokongan dari mereka yang selama ini sukar untuk kita percaya boleh terima perjuangan PAS. Itulah yang dikatakan kuasa Allah Yang Maha Besar. Hassan Jati boleh terus bekerja secara kontrak dengan Umno, tetapi kesannya amat baik buat PAS.

Dahulu, orang amat menghormati Hassan Jati sehinggakan walaupun beberapa hari dan cop jari di dalam PAS masih belum kering, Pakar Motivasi ini diletakkan oleh PAS di kedudukan tinggi. Malangnya, sikap ego dan tamak Hassan Jati menyebabkan beliau kini terhina. Sikap beliau berubah sebaik sahaja kedudukannya di dalam parti hilang. Ertikata lain, Hassan Jati sertai PAS hanya untuk kepentingan dirinya bukan untuk perjuangan Islam.
Itulah beza Hassan Jati dengan Abby Abadi. Abby Abadi sertai PAS tanpa ditawarkan sebarang jawatan pun. Kerja Abby Abadi sekarang adalah menyeru rakyat menyokong perjuangan PAS untuk memartabatkan Islam di negara ini. Kerja Hassan Jati sekarang adalah mengajak rakyat jangan menyokong PAS, tetapi beliau segan untuk memberitahu rakyat agar menyokong Umno. Jika bukan Umno, Hassan Jati mahu rakyat sokong mana? Mahu dikatakan sokong JATI jauh sekali sebab JATI pun belum berdaftar sebagai parti politik. Bahkan, JATI pun berapa kerat ahlinya? Jumlah keahlian JATI dengan TIBAI, aku rasa lebih kurang saja.

Allah melihat manusia di penghujung usianya. Di penghujung usia Hassan JATI adalah menyebarkan fitnah seks, zina dan liwat serta mengaibkan maruah orang lain. Manakala, Abby Abadi terus mengajak rakyat mengenali politik Islam. Itulah ketentuan Allah, walaupun keadaan awal kedua-dua mereka amat berbeza, tetapi di penghujungnya berbeza./

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.