Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jul 20, 2012

Calon PRU13 : Awang Adek digugurkan.

Sumber UMNO Bachok yang rapat dengan NGO ROYALTI hari ini memberitahu, 'think tank' Najib Razak memutuskan Awang Adek digugurkan sebagai calon P25 Bachok kerana 2 sebab.

Pertama faktor 'winnable candidate' (calon boleh menang) dan kedua faktor 'pengundi lama tepu, pengundi baru penentu'.


Sumber menjelaskan rekod mendapati Awang Adek pernah kalah di Bachok. Dan adalah amalan buruk kepada BN jika masih meletakkan Awang Adek di situ selepas tsunami politik 2008.


"Lagi pun perisikan polis mengetahui dokumen rasuah Awang Adek berada dalam simpanan PAS Bachok yang akan diedarkan menjelang PRU13."


Dipercayai dokumen tersebut dibocorkan oleh kumpulan penentang dalaman UMNO Bachok atau kumpulan Mustapha Mohammed.


Kajian yang dibentangkan kepada Presiden UMNO itu sendiri juga menjelaskan bahawa pengundi warga lama memiliki peratus berubah undi yang sangat rendah. Kata lainnya tepu. Tetapi P25 Bachok memiliki hampir 50% pengundi muda yang memiliki daya keputusan yang berubah-ubah.


UMNO akan mengikuti trend dengan meletakkan calon muda, berikutan PAS juga dikatakan mengekalkan trend calon muda di Bachok. Pada 2008, Nasaruddin (calon PAS) dianggap muda pada ketika itu.


"Besar kemungkinan UMNO akan meletakkan calon muda yang 'clean' dan anak jati Bachok bagi menyaingi PAS di Bachok. Dan sudah pasti bukan Awang Adek." Jelas sumber itu lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.