Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, July 16, 2012


[ Bergambar ] Bantah akta ISA 15 Julai 600 peserta Larut dihalang polis.....mana kelibat Datuk Fauzi Shaari ..??




Ini rasanya dah kali ketiga dalam bulan julai ini dibuat himpunan membantah akta zalim,akta kejam atau akta tidak berperikemanusia yang masih berada dimuka bumi tanahair ini, kononya Najib dah bubarkan tapi masih terdapat 45 orang tahanan dibawah akta celaka itu didalam kem tahanan kemunting (KEMTA).

Kali pertama dalam bulan julai himpunan ini kehadiran peserta tidaklah memberansangkan,sekitar 50 saja,kali kedua jumlahnya bertambah mencecah lebih 300 peserta dengan kehadiran 3 artis dan beberapa pimpinan peringkat kawasan dan hari ini kali ketiga jumlahnya bertambah berlipat kali ganda...1500 peserta hadir,itu tidak termasuk hampir 600 ke 1000 peserta yang terkandas kerana sekatan jalan raya yang dibuat oleh pihak polis yang dikatakan sengaja menyekat rombongan peserta yang keseluruhanya dari Kawasan Larut dari menyertai himpunan ini menurut Ust Akmal Kamaruddin. Jelas  sistem demokrasi dinegara ini telah komuniskan oleh mereka hari ini.

Seorang peserta dari Larut melahirkan rasa kecewa dengan apa yang diperlakukan oleh pihak polis hari ini. Kami datang agak jauh dari Selama,Batu Kurau dan ada yang dari Ijok semata-mata ingin bersama menyatakan sokongan kami dalam membantah akta ISA ini,kami ada lesen motorsikal,kami pakai topi keledar dan kami tak bawa apa-apa bendera politik...kami hanya datang hanya sebagai rakyat yang cintakan keadilan dinegara ini ujarnya. Paling agak mengecewakan ialah tiada kelibat Datuk Fauzi Shaari yang menyertai PAS setelah tamat berkhidmat sebagai orang no.3 tertinggi dalam polis...kami harapkan beliau turut hadir memberi sokongan kepada kami dalam membantah akta zalim ini setelah sertai perjuangan PAS tambahnya lagi. Didalam perhimpunan kali ini menampilkan pemimpin Pakatan Rakyat serta barisan artis turut serta seperti Datuk Seri Nizar,Ust Nasruddin Hassan At Tantawi,Aishah Srikandi,Bob Lokman,Leman Raja Lawak dan ramai lagi....kecuali kelibat Datuk Fauzi Shaari...

Bob Lokman,Aishah Srikandi dan Leman turut serta Himpunan Bantah ISA 


Barisan FRU dihadapan pintu KEMTA menyambut kami hari ini..haha..


Peserta mula berkumpul


Barisan pimpinan yang prihatin hadir bersama rakyat



DSN sedang berucap diakhir program ini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.