Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

06 August 2012


SAIFUDDIN ABDULLAH SERTAI PKR?




Antara pimpinan Umno yang dilihat vokal dan sering mengeluarkan pandangan kritis dan agak terbuka ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah. Tidak hairanlah beliau sering dikaitkan sebagai antara pimpinan Umno yang akan melompat parti menyertai PR.
Hari ini media menyiarkan kenyataan ringkat Ahli Parlimen Temerloh itu bahawa beliau tidak akan menyertai PKR walaupun dipelawa berbuat demikian.
Media melaporkan bahawa di sebalik desas-desus lompat parti yang menjadi perhatian banyak pihak,  Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menolak 'tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim', yang dikemukakan kepada beliau menerusi mikro blog Twitter.
"Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah," kata Saifuddin sekitar jam 11 pagi tadi.
Bagaimanapun tawaran itu dipanjangkan kepada beliau menerusi satu akaun palsu yang menggunakan nama Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).
Akaun palsu itu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan alamat Anwar yang sebenar ialah @anwaribrahim.
Tawaran sedemikian muncul ketika arena politik tempatan sekali lagi diselubungi spekulasi bahawa akan ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan keluar parti sama ada untuk menyertai PR ataupun bertindak sebagai parti mesra perikatan itu.
Ia semakin ketara selepas perkembangan di Sabah lebih seminggu lalu.
Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau terpaksa menjawab entri akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya, lebih-lebih dalam keadaan sekarang.
"Kalau saya tidak jawab, saya kenalah," kata beliau lagi sambil menjelaskan menerusi satu lagi mesej bahawa "palsu atau tidak, saya masih kena jawab."
Ibu Pejabat PKR juga membuat penjelasan bahawa akaun @anwaribrrahim adalah palsu.
"Sila ambil maklum akaun ini @anwaribrrahim adalah palsu - akaun sebenar Ketua Pembangkang ialah @anwaribrahim #pkrhq," kata Penolong Setiausaha Agung, Sharifah Shahidah dari ibu pejabat PKR.
Saifuddin juga membalas mesej Anwar dengan berkata, "terima kasih atas penjelasan -  gentleman."

Akaun @anwaribrrahim setakat tengah hari ini telah mengeluarkan lebih 70 tweet.
Kita ingin menasihatkan Saifuddin supaya berfikir panjang sebelum PRU 13 kerana ada kemungkinan beliau tidak akan dipilih menjadi calon BN pada PRU 13 nanti ekoran dari kenyataan beliau yang tidak disenangi oleh sebahagian pimpinan Umno Bahagian dan pusat.

Jadi sebelum karier politik beliau berkubur lebih baik beliau 'berpindah' sebelum terlambat. Di Temerloh sendiri ada pihak yang tidak suka kepada Saipuddin.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.