Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

12 August 2012

JIKA TUN GHAFAR UMUR PANJANG, DIA PUN MASUK PAS


Bukit Katil : Timbalan Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu berkata jika bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba masih hidup beliau juga akan menyertai PAS sama seperti anaknya Tamrin Ghafar.

"Di akhir hayatnya Tun Ghafar sudah membayangkan bahawa Umno semakin menyimpang jauh dari perjuangan membela orang Melayu dan Islam".

"Beliau sudah nampak bahawa Umno semakin teruk dengan gejala rasuah dan penyelewengan yang dahsyat" ujar Muhammad.

Beliau berkata demikian pada ceramah Badar Al Kubro anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka di Kampung Bukit Katil malam tadi.

Muhammad berkata semasa Tun Ghafar sakit teruk di rumahnya, beliau menghabiskan kira-kira 2 jam berbual dan bertukar-tukar pandangan tentang sejarah perjuangan beliau dan isu-isu politik semasa.

"Mat, engkau kena lawan Umno sungguh-sungguh, Umno dah teruk"

"Umno ini ibarat gajah, badannya besar tetapi kaki plastik" tambah Muhammad Sabu.

Menurutnya kata-kata Tun Ghafar benar-benar berlaku pada hari ini di mana Umno dilihat semakin hari semakin menghampiri saat kematiannya di mana berduyun-duyun ahli malah bekas-bekas pimpinan Umno meninggalkan Umno.

"Siapa sangka anak Tun Ghafar sendiri, Tamrin yang ada bersama kita malam ini akan meninggalkan Umno dan masuk PAS".

"Kalau Tun Ghafar masih hidup, saya yakin beliau juga akan meninggalkan Umno dan masuk PAS, jadi keputusan Tamrin masuk PAS menunaikan hasrat dan keinginan Allahyarham bapanya yang di akhir hayatnya sudah nampak betapa teruknya Umno". tambah Muhammad.

Selain itu, Timbalan Presiden PAS juga menyeru seluruh rakyat negara ini termasuk Melaka menjejaki langkah umat Islam di seluruh dunia khususnya di dunia Arab yang telah membuat perubahan menukar kerajaan yang zalim dan korup dengan kerajaan baru melalui sistem demokrasi.

Sementara itu, Tamrin Ghafar dalam ucapannya menyatakan bahawa beliau sudah lama nampak betapa teruknya Umno yang menjadikan rasuah sebagai cara untuk mengumpul harta dan wang.

"Umno semakin teruk khususnya selepas Mahathir mengambilalih tampuk pemerintahan, sehingga pemimpin-pemimpin Umno semuanya kaya raya".

"Sebelum zaman Mahathir kita lihat Perdana Menteri kita berjuang atas landasan semata-mata untuk membantu rakyat" ujar Tamrin yang menyampaikan ucapan rasmi pertamanya selepas menyertai PAS dua hari lepas.

Majlis malam tadi dimulakan dengan program penyampaian duit raya dan barangan kepada anak-anak yatim seluruh Melaka diikuti dengan Iftar Jamaie dan solat tarawikh.

Selain Mohamad dan Tamrin turut menyampaikan ceramah pada program tersebut ialah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan yang juga  bekas Adun Pulau Manis, Dato Arif Sabri Abdul Aziz dan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.