Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

6/08/12

Shahrizat: Saya tidak tahu mengenai projek NFC

Ketika memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailnya terhadap dua pemimpin PKR, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau tidak tahu yang suaminya membida untuk projek Pusat Fidlot Nasional.

Beliau menyaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berhubung pelbagai komen yang didakwa mengaitkannya dalam kemelut National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.

Shahrizat memfailkan saman tersebut pada 19 Januari berhubung pendedahan Rafizi dan Zuraida mengenai NFC yang telah mengaitkan suaminya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail.

Beliau memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam NFC atau di Agroscience Industries Sdn Bhd.

Shahrizat mendakwa Rafizi dan Zuraida telah menggunakan isu itu sebagai sasaran utama dalam usaha untuk memburuk-burukkan dan memfitnahnya sebagai seorang menteri persekutuan.[MK]


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.