Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ATEE ? DEME ADA DUIT DEME BELI LEE !

8/08/12

Fuyoo !! Kerajaan Zambery beli tiga kereta ‘Nissan Fuga Hybrid’?



Jika isu pembelian kereta rasmi kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu dikatakan tidak ‘patriotik’ kerana telah membeli 16 buah ‘Toyota Camry’ dengan kos sebanyak RM 167,000 sebuah ketika itu. Adakah perkara yang sama juga kini berlaku kepada Datuk Seri Zambry?



Badan Perhubungan PAS Negeri Perak memohon penjelasan Kerajaan Negeri Perak yang dikatakan telah membeli tiga buah kereta ‘Nissan Fuga Hybrid’ untuk kegunaan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri baru-baru ini.


Persoalan juga timbul, adakah Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir tidak ‘patriotik’?

DR RAJA AHMAD AL-HISS


Adakah juga Datuk Seri Zambry menepati janji mahu berbelanja secara berhemah yang pernah dilontarkan juga kepada Datuk Seri Nizar ketika itu?

Jika dengan model Nissan tersebut, iaitu Infiniti M25 – 2.5-litre V6 / 7-speed automatic yang mencecah RM 350,000 sebuah, adakah kerajaan negeri berhemat di dalam kos pembelian?

Kami mendesak ketelusan dan keterbukaan Datuk Seri Zambry di dalam perkara ini kerana ianya melibatkan kewangan rakyat dan keyakinan rakyat.

Dan penting juga adakah ianya dibuat secara terus pembelian tersebut atau sebaliknya?

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Koordinator,
Jawatankuasa Isu dan Strategik,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.