Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bekalan Lembah Klang hadapi risiko gangguan tenaga jika CAR terus ditangguh — TNB

August 09, 2012

KANGAR, 9 Ogos — Selangor dan Lembah Klang berdepan risiko gangguan bekalan tenaga yang serius jika projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) terus ditangguh.

Naib Presiden (Penghantaran) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Rozimi Remeli berkata ini kerana bebanan tenaga bagi kawasan tengah Semenanjung semakin meningkat.

“Kami telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tindakan Negeri Selangor sebanyak 27 kali  dan berharap kerajaan negeri membuat keputusan segera bagi memastikan infrastuktur bekalan  itu disiapkan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Projek CAR  yang dimulakan pada 2005, melibatkan pemasangan kabel voltan tinggi sepanjang 60 kilometer antara Bukit Tarek di Rawang dan Kampung Chubadak, Sentul. Projek tertangguh dengan baki jarak 1.5 kilometer di Kampung Sungai Terentang, Rawang sejak empat tahun lepas, susulan bantahan penduduk di situ.

Mengulas lanjut, Rozimi berkata TNB membelanjakan RM300 juta untuk melaksanakan grid nasional itu bagi memastikan negara, terutama kawasan Lembah Klang dan Selangor, memperoleh bekalan tenaga yang cukup.

“Ketika ini, pelabur melihat sistem bekalan tenaga elektrik yang mantap menjadi antara sebab mereka melabur di negara ini dan mereka mungkin meninggalkan negara jika bekalan sering terganggu,” katanya.

Rozimi berkata pada masa yang sama TNB meneruskan usaha meningkatkan grid nasionalnya di seluruh negara.

Sebanyak RM1 bilion diperuntukkan tahun ini untuk melaksanakan infrastruktur grid nasional dan daripada jumlah itu 95 peratus sudah diguna, katanya.

Rozimi berada di sini bagi menghadiri Ihya Ramadan TNB peringkat negeri Perlis yang berlangsung malam tadi di Masjid Al-Amin, Sempering dekat sini.

Pada majlis itu juga 50 anak yatim dan penduduk miskin menerima sumbangan TNB dengan jumlah keseluruhan RM5,000. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.