Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Bekas Pengarah LPP sertai Pas
Wartawan Sinar Harian
6 Ogos 2012
Bekas Pengarah LPP sertai Pas
Azhar (dua, kiri) bersama Mohamad Sabu dan Mohammad Nizar.
Bekas Pengarah LPP sertai Pas
Bekas Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perak, Azhar Yunus
TELUK INTAN - Bekas Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perak, Azhar Yunus mengisytiharkan menyertai Pas, semalam.

Pengisytiharan itu dibuat pada ceramah Badar Kubra Peringkat Negeri Perak di Kampung Bahagia dekat sini dan turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.


Azhar, yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam kerajaan berkata,  pengalaman bekerja di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) Perak selama 11 bulan memberikannya satu suasana lain.


"Sebagai pegawai kerajaan, pergerakan kita dahulu sentiasa diawasi, tidak bebas untuk memilih dan bergiat aktif dalam mana-mana parti.


"Saya merasakan kelainan, seakan satu semangat dan gembira apabila bekerja di bawah pemerintahan PR," katanya.


Hadir sama dalam sesi ceramah berkenaan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain.


Azhar, anak jati Teluk Intan juga pernah menjadi Pengarah LPP di Negeri Sembilan dan Pahang.


Azhar berkata, beliau kini bersedia untuk bersama-sama ahli Pas dan PR lain membantu dalam misi menawan Putrajaya.


"Saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," katanya.


Kemasukannya ke dalam Pas menambah bilangan bekas pegawai tinggi kerajaan dari Perak selepas beberapa nama besar sudah mengisytiharkan sertai parti itu termasuklah bekas Pengarah Pelajaran Perak, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas Pegawai Tinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Imran Abdul Hamid.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.