Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Friday, August 17, 2012

Hamburg bandar Jerman pertama iktiraf hari kebesaran Islam

Lesson during Ramadan by Sheikh Ramadan 
at Al Quds al-quds mosque, Hamburg Germany
 
BERLIN: Hamburg menjadi bandar Jerman pertama mengiktiraf hari kebesaran dalam kalendar Islam, langkah bagi menggalakkan integrasi agama minoriti yang sering dikecam oleh golongan yang menentang pendatang.
Kakitangan dan pelajar Islam akan dibenarkan mengambil cuti meraikan hari kebesaran Islam dan kelas-kelas agama Islam akan dibenarkan di sekolah pemerintah, kata pihak berkuasa dan kumpulan Islam setelah rundingan selama lima tahun.
"Kami harap pengenalan kelas agama Islam di bandar wilayah utara ini akan menjadi isyarat kepada 15 wilayah lain di Jerman," kata Encik Daniel Abdin, daripada majlis masyarakat Islam Hamburg.

"Persetujuan ini merupakan langkah penting dalam mengiktiraf Islam di negara ini," katanya.
Perjanjian itu akan berkuat kuasa tahun depan dan merupakan perjanjian pertama seumpamanya di negara yang menjadi tempat tinggal sekitar 4 juta penduduk Islam, dengan separuh daripada penduduk itu merupakan warga Jerman.
Jerman mempunyai sekitar 82 juta penduduk dan isu toleransi agama dan bangsa merupakan isu sensitif.
Penggubal dasar undang-undang berfahaman konservatif, Encik Volker Kauder, yang juga sekutu rapat Canselor, Cik Angela Merkel, awal tahun ini berkata bahawa Islam bukanlah sebahagian tradisi dan identiti Jerman.
Bulan lalu, sebuah mahkamah di Cologne pula melarang amalan berkhatan bagi kanak-kanak lelaki, yang mengundang kritikan masyarakat Islam dan Yahudi.
Kumpulan-kumpulan Islam di Hamburg, yang mewakili sekitar 150,000 Muslim, menyatakan perjanjian itu merupakan tanda bersejarah penerimaan Islam di negara itu. - Reuters.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.