Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, August 17

TIME Anwar untuk berlagak sakan...

Anwar akan berhadapan dengan ‘soalan-soalan susah’ di sesi Google Hangout kata PKR

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan muncul di sesi Google Hangout malam ini, memberi peluang untuk ketua pembangkang persekutuan itu untuk mempamerkan keupayaan bagi menjawab “soalan-soalan susah” daripada orang ramai, kata PKR hari ini.

Anwar (gambar) akan menjadi rakyat Malaysia pertama dan ahli politik Asia Tenggara pertama muncul ke udara di acara
Google Hangout, kata pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada pemberita hari ini.

Pengarah strategi media sosial PKR, Praba Ganesan berkata bahawa pemimpin-pemimpin Asia Tenggara lain masih belum mempunyai forum dalam talian yang sama lagi “kerana ia adalah penglibatan secara langsung dan meletakkan pemimpin di kerusi panas”.

Beliau juga berkata “tidak ramai pemimpin yang mempunyai keupayaan berurusan dengan soalan secara langsung dan soalan-soalan yang tidak meyenangkan”, sambil menambah bahawa Pakatan Rakyat (PR) sedang dalam keadaan untuk “mengubah budaya mendekati rakyat di negara ini.”


Nik Nazmi berkata: “lebih daripada 700 orang telah menandakan kehadiran mereka di halaman Facebook” dan menjangkakan lebih ramai yang akan melihat sesi yang dsiarkan secara langsung itu, sambil menambah bahawa iklan mereka di Google telah “mencatatkan 40,000 hits.”


Facebook dan halaman Google + yang ditubuhkan untuk acara yang diberi nama “Borak Bersama Anwar” sebagai sesi Google Hangout dengan pemimpin de facto PKR dan ketua pembangkang yang akan disiarkan secara langsung melalui
YouTube.

“Bilik Chat Borak Bersama Anwar” di YouTube ditetapkan pada 10:30 malam ini waktu tempatan, dua hari sebelum rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Parti itu juga telah menubuhkan # BorakAnwar sebagai hashtag rasmi untuk acara itu yang akan digunakan di laman microblogging, Twitter.


Orang ramai boleh mengemukakan soalan-soalan mereka melalui Twitter, Google Plus dan Facebook.


Sekumpulan ahli panel akan menurunkan 40 peratus soalan, manakala 40 peratus lagi akan datang dari soalan bertulis dalam talian dan yang lain adalah dari soalan-soalan terpilih yang dikemukakan pada majlis itu.


Praba berkata itu membuat 60 peratus daripada soalan-soalan tidak dirancang.


Nik Nazmi berkata topik pada malam ini merupakan gabungan soalan serius dan ringan untuk memastikan penonton bertahan untuk sesi sejam.


Mereka berdua berkata, ahli panel dipilih secara berhati-hati untuk menjadi wakil penduduk Malaysia, dengan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara untuk menjadi tetamu malam ini.


Walaupun Anwar menggunakan Internet untuk menyampaikan mesej selepas disekat daripada media arus perdana, kehadiran dalam internet masih kurang daripada lawannya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Satu semakan di tapak pemantauan media sosial socialbakers.com pada 8 Ogos, menunjukkan Najib mempunyai 1,135,529 “suka” di Facebook dan 801,833 pengikut di Twitter terhadap 379,612 “suka” Anwar di Facebook dan 179,830 mengikutinya di Twitter.


Tetapi pengikut-pengikutnya berharap Google Hangout akan mengembangkan pengaruhnya kepada pengundi muda di internet, yang terdiri daripada tiga juta daripada 12 juta pengundi negara.


Pakatan pembangkang PR sentiasa dilihat ke hadapan ruang siber berbanding BN akan tetapi dalam beberapa bulan kebelakangan ini, parti pemerintah telah meningkatkan kehadiran mereka dalam internet dengan mewujudkan beberapa portal berita pro-BN dan peningkatan bilangan penyokong yang mengambil bahagian dalam Twitter.


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Perdana Menteri Australia Julia Gillard juga menggunakan Google Hangout untuk mendekati rakyat mereka, dengan Obama menggunakannya sebagai sebahagian daripada kempen pemilihan semula.-
TMI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.