Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HANGPA DAPAT PENCENPUN DAH CUKUP BAIK

Friday, August 10

GEMPAR: Senarai MP PKR yang akan gugur? [Foto]

Angin bukan lagi sepoi-sepoi bahasa, tapi sudah bertiup kencang laksana taufan. Terdapat beberapa ahli parlimen dari Parti KeADILan Rakyat tidak akan diberi peluang sekali lagi untuk mempertahankan kerusi parlimen yang mereka sandang kini pada PRU 13 nanti berdasarkan pada rekod mereka pada penggal yang lepas.
Antaranya adalah;
1) Abdullah Sani Abdul Hamid ( Kuala Langat )

2) Loh Gwo-Burne ( Kelana Jaya )

3) S. Manikavasagam (Kapar)

4) Aziz Kadir (Ketereh)
5) Amran Ghani (Tanah Merah)
6) Azan Ismail (Indera Kota)
7) Rashid Din (Merbok)

Mereka-mereka ini sudah dianggap sebagai bukan lagi calon yang mampu membawa kemenangan.... atau "winnable candidate"... tetapi lebih kepada calon yang memberi liabiliti kepada parti dan gagasan Pakatan Rakyat keseluruhannya.
Pelbagai sebab dan alasan mengapa mereka sukar untuk diberi peluang untuk kali kedua sebagai calon mewakili PKR/PR pada PRU nanti.

Alasan serupanya ( common reasons ) ialah:-
  1. Kurang efektif dalam memberikan khidmat kepada pengundi setempat.
  2. Tidak mesra rakyat
  3. Sukar dihubungi.
  4. Enggan menjawap panggilan talipon.
  5. Kurang mengambil bahagian dalam perdebatan dalam parlimen.. Kalau ada pun sekadar melepaskan batuk ditangga.
  6. Menghadapi masalah peribadi.
  7. Tidak popular dikalangan pengundi setempat 
  8. Kesetiaan kepada parti amat diragui sekali... dipercayai mudah berlompat arah dan berpindah jika keadaan memaksa.

Alasan kelapan adalah amat crucial dan penting sekali apabila pucuk pimpinan parti diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan siapa yang perlu dipilih untuk membawa obor PKR sebagai wakil Pakatan Rakyat.

Kena terima hakikat bahawa PRU 13 adalah PRU yang paling sengit dan kotor sekali dalam sejarah.

Sengit kerana pengaruh kedua PR dan BN dianggap seimbang walaupun peluang kepada PR lebih cerah.. Parti mana yang menang hanya mampu menguasai sekadar "simple majoriti".

Kotor kerana parti UMNO khasnya dan BN amnya akan menggunakan apa saja dalam kuasanya mempastikan Putrajaya tidak terlucut dari tangan mereka. Pertempuran hidup matinya UMNO. Pertandingan yang bakal menyaksikan segala dana terutamanya wang ringit digunakan tanpa ada had dan batasan.

Bila berlakunya kemenangan simple majority maka sudah pasti kerja membeli wakil rakyat akan terjadi.

Sayugia diingat.. Datuk Seri Najib Razak sudah pun terkenal sebagai pemimpin yang sanggup berbelanja sakan semata-mata untuk membeli pengaruh dan kuasa jika kena pada harganya.

Sejarah hitam "Perak" sudah pasti tidak mau diulangi sejarahnya.. PREVENTION IS BETTER THAN CURE.

KEBENARAN ITU PAHIT...PERJUANGAN ITU PERIT....KEADILAN ITU SAKIT

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.