Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JADI ANAK BOTOL

Hanya 10% ibu beri susu badan kepada bayi





SIBU - Hanya 10.1 peratus ibu di negeri ini memberi susu badan kepada anak masing-masing selama enam bulan selepas kelahiran mereka tahun lepas, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri Datuk Fatimah Abdullah. 

Sambil melahirkan kebimbangan beliau tentang perkara itu, Fatimah menyarankan kepada Kementerian Kesihatan supaya menyusun strategi untuk meningkatkan jumlah ibu yang memberi susu badan kepada bayi mereka.

Kata beliau, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan para ibu memberi susu badan kepada bayi masing-masing sepanjang tempoh enam bulan pertama kelahiran mereka, manakala Islam pula menganjurkan para ibu berbuat demikian sehingga anak mereka berusia dua tahun.

Fatimah berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Minggu dan Seminar Penyusuan Susu Ibu Sedunia anjuran bersama Hospital Daerah Sibu dan Jabatan Perubatan Bahagian di Maktab Latihan Jururawat di sini hari ini.— BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.