Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JALAN GHAYA SIK BAGUS DI SITUK ?


Friday, August 17

Mati serentak menjelang Aidifitri

Keterangan gambar - ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Sundar-Terusan, Lawas kelmarin.

Hari Raya Aidifitri yang dijangka disambut pada Ahad ini memberi makna yang memilukan buat sebuah keluarga apabila lima ahlinya menemui ajal selepas van yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 5, Jalan Sundar-Terusan di sini kelmarin.

Kejadian pukul 5.50 petang itu mengakibatkan Mohd. Tafia, 45; Nur Khairunisa Nazwa Omar, 17; Zaimah Mohd. Taib, 12; dan Nurul Husna Izzati Imbran, 17, maut di tempat kejadian manakala ibu Nur Khairunisa Nazwa, Mariah Awang, 37, meninggal dunia di Hospital Lawas.

Sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Awat-Awat di sini selepas membeli kelengkapan raya di pekan Sipitang. Jarak antara dua tempat itu kira-kira 50 kilometer.

Difahamkan, sebelum membeli-belah, Mariah bersama suami, Omar Abdul Rahman, 40-an, pergi ke pekan Sipitang untuk menjemput Nur Khairunisa Nazwa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Gadis itu menuntut di Politeknik Kuching, Sarawak.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.